Friday, June 13, 2014

Jiwa yang diuji, berbahagialah dengan rahmat dan nikmat Allah SWT.

 
Assalamualaikum rakan pembaca yang ku kasihi.
Al kisahnya...

suatu hari di petang nan hening...
 
Dingin hujan memagut - magut pipi ku.
Ku lihat titis hujan menyapa mesra alam.

Sesekali air mata ku tergenang di kelopak mata menyaksikan keindahan ciptaan Allah yang Maha Esa.
Setiap kali memandang alam, mata ku akan melekat terpesona pada setiap perincian yang ada.

Sungguh Allah itu Hebat, mencipta dari yang tiada kepada ada.

Sesuai dengan sifat Allah dalam Asma Al Husna.
 

 
Untuk sekian kalinya ku panjat syukur kepada Mu wahai Allah kerana masih bermurah hati melimpahkan nikmat kehidupan yang tidak terperi kepada aku serta muslimin dan muslimat.






Memberi nikmat, rahmat Nya serta ujian Nya yang menginsafkan aku. Mudah-mudahan segala ujian itu mentarbiahkan aku menjadi insan yang redha dan tawaduk kepada ketentuan yang Dia telah tetapkan.
 




Seperti baru semalam ku peluk kemas sahabat baik aku yang sudah tentunya seorang wanita.
Sahabat susah senang semasa mula-mula berkhidmat di bumi Perak yang bertuah ini.
Sahabat yang telah lama terpisah kira-kira tujuh tahun lamanya semenjak aku bertukar perkhidmatan di kawasan lain.

Sepanjang perjalanan aku ke hospital besar Kuala Lumpur, mata ku menerawang keluar jendela LRT sambil roh ku menjerit perit....Tuhan...hanya Kau yang Maha Mengetahui...hanya Kau yang maha mengetahui.......
 

 
Takdir Nya menentukan bahawa menjelang seminggu ulang tahun kelahirannya yang ke 39 tahun, .....Allah mengambil sebelah kaki beliau dari paras peha hingga ke bawah. Tanpa amaran, tanpa musibah kemalangan, yang aku kira dari kata logik sahabat taulan dan empunya diri, kaki kiri sakit seminggu lamanya, di ikuti dengan kaki kanan pula sakit seminggu lamanya.

Rujuk ke doktor pakar, pembuluh darah telah tidak berfungsi dan demi menyelamatkan keseluruhan organ rosak, maka satu keputusan pantas terpaksa di muktamadkan.


Tragisnya, beberapa tahun sebelum itu suami beliau meninggal dunia pada usia 40 tahun, dan hingga kini sahabat ku setia tanpa pengganti.
 Masih aku ingat,..pada waktu-waktu meriah kami berkawan, pergi kerja bersama, balik bersama. Masa berbual adalah panjang memandangkan perjalanan sehala memakan masa 30 minit. Sahabat aku itu pernah menyampaikan perasaan kagum nya terhadap kesabaran dan keredhaan aku pada satu ujian yang Allah beri kepada diri ku.



Pada waktu itu aku hanya tersenyum dan berkata....
...kerana ujian ini...diri ku dekat pada Nya
...kerana ujian ini... rindu sungguh aku pada Nya
sudah lumrah manusia, apabila sampai di batas selamat, diri merasa selesa dan rindu itu masih ada..

 
....tetapi perasaan luar biasa rindu itu pada Allah sukar untuk ku ungkap dengan kata-kata...
pengalaman mahal akan memberikan kemanisan iman dan kerinduan pada Nya yang sangat mendalam.
 Kita sebagai hamba Nya yang beriman akan sentiasa percaya kepada ketentuan Nya. Walau segetir mana pun ujian yang di beri Nya,..masa akan menyaksikan kesembuhan hati mereka yang di uji Nya.

Betapa Allah mengasihi hamba Nya yang beriman dan sabar. Betapa bertuahnya hamba yang di uji kerana mereka adalah hamba Nya yang terpilih. Bertambah bahagianya jiwa yang di uji, mampu melepasi ujian Nya dengan redha dan berikhlas hati pada Nya.
Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Mudah berkata , namun tidak mudah melaluinya.
 
Setiap manusia di uji dengan cara yang berbeza oleh Nya. Samada kita sedar atau tidak sedar.
 
Bagaimana kita menerima sesuatu ujian Nya. Adakah dengan cara bersyukur pada Nya...atau memaki hamun dan meratapi nasib malang yang di lalui.
 

 
Episod hidup manusia saling berganti-ganti...
suka...duka..


Maka ada eloknya , kita sebagai hambaNya yang tdak sempurna, berbakti kepada Nya dengan sayap-sayap ketekunan iman, amalan dan ibadah kita kepada Nya.
 
Bersama kita menuju kemuliaan hati dengan keikhlasan, keredhaan, dan yang paling susah dan sering kali kita terlanjur melakukan ialah perasaan riyak dan kagum atas kepandaian dan kehebatan diri sendiri.
 
Ramai di antara kita termasuk diri aku punyai sifat yang tidak di sukai Allah...
 
Riyak..riyak yang tanpa kita sedar...hakikatnya riyak adalah perbuatan dan perlakuan yang berkehendak akan pujian dunia yang kita lakukan dengan sedar atau tanpa di sedari..
 
Inilah antara penyakit hati yang berbahaya, perlakuan kita....yang sentiasa di perhatikan oleh Allah SWT.
 
Masyaalah...SubhanAllah...Tuhan bantu lah kami jauhi sifat riyak ini wahai Allah.
 
Segala nikmat yang datang, segala kehebatan yang Kau beri itu hanya lah pinjaman. Di pinjamkan untuk menguji kami wahai Allah. maafkan lah kami...
 
 
Kami juga lalai dan taksub kepada sesuatu yang meleka dan melalaikan.
 
Dunia ini hanyalah senda gurau dan permainan....

 Sungguh adakala kami tenggelam dan lemas dalam keasyikan dunia yang mengalpakan.
 
Lalai dan leka tanpa kita sedar bahawa itulah yang di cita-citakan oleh syaitan dan iblis si penghasut yang ingin melihat manusia di humbankan ke dalam api neraka.
 
 
 
Di penghujung tulisan ini, sama-sama lah kita hayati petikan pilihan  surah Al Quran yang di firmankan oleh Nya. Mudah-mudahan kita menjadi hamba yang di kasihi oleh Allah.
 
 
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Surah Ar Rahman

 
 
[1](Tuhan) Yang Maha Pemurah serta melimpah-limpah rahmatNya.
 

[2]Dia lah yang telah mengajarkan Al-Quran.


[3]Dia lah yang telah menciptakan manusia



[4]Dia lah yang telah membolehkan manusia (bertutur) memberi dan menerima kenyataan.




[17](Dia lah) Tuhan yang mentadbirkan dua timur, dan Tuhan yang mentadbirkan dua barat.

[18]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[19]Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu;



  
 

[25]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?


[26]Segala yang ada di muka bumi itu akan binasa:



 




[27]Dan akan kekal lah Zat Tuhanmu yang mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan:

 
[28]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?
 

[29]Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Ia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)

 
[38]Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?

[39]Pada masa itu tiada sesiapapun, sama ada manusia atau jin, yang akan ditanya tentang dosanya (kerana masing-masing dapat dikenal menurut keadaannya)
 


 

.....demikian lah sebahagian petikan surah Ar Rahman....mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kumpulan orang-orang yang beriman.
 Untuk peringatan aku dan mereka yang ku kasih, hayatilah kehidupan di dunia ini dengan hakikat kehidupan dan ketentuan Allah dengan redha dan terus berbakti kepada Nya yang Maha Esa.

Di doakan seluruh muslimin dan muslimat berbahagia di dunia dan di akhirat. Insyallah. amin.
Salam ukhwah dari ku untuk kalian pembaca yang budiman
Sekian. Wassalam


 


Wednesday, April 9, 2014

Indahnya ciptaan Allah SWT dan begitu banyak nikmat Nya yang tidak terhitung.

Assalamualaikum WBT.
Salam sejahtera buat rakan pembaca yang ku kasihi.

Syukur kepada Allah SWT, kita masih di beri kewarasan akal fikiran, diberi rezeki dan kesihatan seadanya mengikut apa yang sepatutnya.

Samada sedikit atau banyak rezekinya., samada sihat atau sakit diri kita,


seharusnya kita perlu bersyukur.

Sesungguhnya nikmat yang telah Allah limpahkan kepada umat manusia terlalu banyak dan melimpah ruah. Semuanya terpulang kepada manusia  bagaimana cara melihat nikmat yang Allah beri.

Jika dulu, aku mengambil mudah dengan apa yang ada di sekeliling... kini ia semakin lama semakin berubah.




Setiap apa yang ku pandang selalunya ku hayati, dan ku  kaitkan dengan apa yang Allah firmankan dalam Al Quran.

Sejujurnya aku dalam proses perubahan pemikiran terhadap kehidupan di dunia.


Semakin menginjak usia, bahan bacaan aku semakin selektif.  

Terjemahan surah Al Quran merupakan penawar  jiwa yang paling mujarab dalam memantapkan hala tuju kehidupan di dunia.
 
 

Sesungguhnya, Allah Maha Bijaksana. Setiap patah kata Nya memberi kekuatan hati, menundukkan kesombongan, menginsafkan diri yang lalai dan alpa, dan memberi seribu pengertian hidup yang bermakna. 


Kini, hidup aku jauh berbeza,....banding dengan tempat asal aku yang sudah hilang ketenangan dan ketenteraman

Sesekali aku akan pulang ke kota besar Kuala Lumpur.
Aku tidak dapat menipu diri bahawa hingar bingar dan kesibukan jalan raya yang padat dan sendat adalah melemas dan melemahkan jiwa aku.

Kita hanya dapat merancang, tetapi perancang yang terhebat ialah Allah SWT. 

Kediaman yang suatu ketika dulu di rancang untuk di duduki dan di nikmati telah lama dan jauh ku tinggalkan. Aku bersyukur kepada Allah, rumah itu di duduki dan di nikmati oleh penyewa yang benar suka dan sayang akan rumah tersebut.
Tidak banyak yang aku pinta,
.....hanya jagalah rumah itu seperti milik mereka dengan kadar sewa separuh dari potongan gaji setiap bulan. Aku ikhlas dan redha.

Semasa aku membuat keputusan menyewa kepada orang seberang, tiada apa sangat yang ku fikirkan.

 Jika sebelum ini aku kurang faham betapa nikmatnya mendapat sebuah kediaman yang selesa dengan prasarana yang selesa.Kini aku akui, bahawa rezeki yang Allah datangkan kepada manusia dari arah yang tidak di sangka-sangka.
Dengan tiga kali berpindah rumah di daerah sama dalam tempoh sembilan tahun, aku berkira-kira mencari sebuah rumah sewa yang berhampiran dengan sekolah anak bongsu ku.

Allah Maha Kaya,
...dengan takdir Allah yang Maha Esa aku telah dihadiahkan dengan sebuah kediaman yang aman dan tenteram. Ramai sahabat yang berkata pada aku, daripada sewa, minta beli sahajalah terus rumah beliau( sahabat cina aku yang telah bersara dan berhijrah ke tempat lain)

setakat ini jawapan aku tetap sama, cukuplah dengan apa yang Allah berikan dan dapat aku nikmati.

Petang itu, sedang aku ralit memangkas pohon -pohon kecil yang memagari rumah, mata aku terpanggil untuk memandang langit petang.

Aku terdiam seketika..
Ku pandang langit petang dengan awan yang berarak lembut. Sekian lama, inilah keadaan yang sangat aku rindukan. Mata ku kabur seketika dengan sentuhan lembut Allah di jiwa ku. Aku tidak mampu menahan sebak ku melihat alam yang indah ini,apatah lagi ia berada sangat dekat dan tidak perlu aku pergi jauh-jauh mencarinya.


Dari pengalaman aku melihat fenomena alam langit ciptaan Allah, ia akan berubah dengan sangat pantas terutama waktu  awal pagi dan lewat petang.

Dalam air mata ku yag berkaca-kaca, aku menahan nafas,........

masuk ke rumah dengan seberapa pantas dan mendapatkan kamera tua ku.

Syukur alhamdulilah, dengan izin Allah SWT, marilah sama -sama kita hayati firman Allah yang indah di iringi  alam ciptaan Nya  yang Maha Agung.

BismillahirRahmanirRahim


Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


[1]Bukankah telah berlalu kepada manusia satu ketika dari masa (yang beredar), sedang ia (masih belum wujud lagi, dan) tidak menjadi sesuatu benda yang disebut-sebut, (maka mengapa kaum musyrik itu mengingkari hari akhirat)?






[2]Sesungguhnya Kami telah aturkan cara mencipta manusia bermulanya dari air mani yang bercampur (dari pati benih lelaki dan perempuan), serta Kami tetap mengujinya (dengan kewajipan-kewajipan); oleh itu maka Kami jadikan dia berkeadaan mendengar dan melihat.


[3]Kerana keadaan itu tidak mencukupi, maka) sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) sama ada ia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun ia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka).



[4](Dalam pada itu), sesungguhnya Kami telah menyediakan bagi sesiapa yang berlaku kufur (atau menderhaka): beberapa rantai dan belenggu serta neraka yang menjulang-julang.
 


[5]Sesungguhnya orang-orang yang berbakti (dengan taat dan kebajikan), akan meminum dari piala: sejenis minuman yang bercampur dengan “Kafur”, -

[6]Iaitu sebuah matair (di Syurga), yang diminum daripadanya oleh hamba-hamba Allah (yang taat); mereka boleh mengalirkannya (di tempat-tempat tinggal mereka) dengan aliran yang semudah-mudahnya dan menurut kemahuannya.




[7](Mereka dikurniakan kesenangan itu kerana) mereka menyempurnakan nazarnya (apatah lagi yang diwajibkan Tuhan kepadanya), serta mereka takutkan hari (akhirat) yang azab seksanya merebak di sana sini.

[8]Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,






[9](Sambil berkata dengan lidah atau dengan hati): “Sesungguhnya kami memberi makan kepada kamu kerana Allah semata-mata; kami tidak berkehendakkan sebarang balasan dari kamu atau ucapan terima kasih

 



[10]“Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Ia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut”.

[11]Dengan sebab (mereka menjaga diri dari kesalahan), maka Allah selamatkan mereka dari kesengsaraan hari yang demikian keadaannya, serta memberikan kepada mereka keindahan yang berseri-seri (di muka), dan perasaan ria gembira (di hati).


 



[12]Dan kerana kesabaran mereka (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan laranganNya), mereka dibalas oleh Allah dengan Syurga dan (persalinan dari) sutera.



 


[13]Mereka berehat di dalam Syurga dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias), mereka tidak nampak di situ adanya matahari (usahkan hawa panasnya), dan tidak juga merasai suasana yang terlampau sejuk;


[14]Sedang naungan pohon-pohon Syurga itu dekat kepada mereka, dan buah-buahannya pula dimudahkan (untuk mereka memetiknya) dengan semudah-mudahnya.






[15]Dan (selain itu) diedarkan kepada mereka (oleh pelayan-pelayannya): bijana dari perak dan piala-piala minuman yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) -


[16](Keadaannya laksana) kaca, (sedang ia) dari perak; pelayan-pelayan itu menentukan kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya.







[17]Dan mereka dalam Syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya dari “Zanjabil”,
[18]Iaitu sebuah matair dalam Syurga, yang disebutkan sifatnya sebagai “Salsabil”.
 








[19]Dan mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka; apabila engkau melihat anak-anak muda itu, nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.



[20]Dan apabila engkau melihat di sana (dalam Syurga itu), engkau melihat nikmat yang melimpah-limpah dan kerajaan yang besar (yang tidak ada bandingannya).


[21]Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak; dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman (yang lain) yang bersih suci.


 


[22](Serta dikatakan kepada mereka): “Sesungguhnya (segala pemberian) ini adalah untuk kamu sebagai balasan, dan adalah usaha amal kamu (di dunia dahulu) diterima dan dihargai (oleh Allah)”.


[23]Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran kepadamu (wahai Muhammad), dengan beransur-ansur.

[24]Oleh itu hendaklah engkau bersabar menerima hukum Tuhanmu (memberi tempoh kepada golongan yang menentangmu), dan janganlah engkau menurut kehendak orang yang berdosa di antara mereka, atau orang yang kufur ingkar.

 




[25]Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;


26]Dan (dengan apa keadaan pun maka) pada sebahagian dari waktu malam sujudlah kepada Tuhan (dengan mengerjakan sembahyang), dan (seboleh-bolehnya) bertasbihlah memujiNya (dengan mengerjakan sembahyang Tahajjud), pada sebahagian yang panjang dari waktu malam.





[27]Sesungguhnya orang-orang (yang menentangmu) itu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya, serta mereka membelakangkan (tidak menghiraukan bekalan) untuk hari akhirat yang amat berat (penderitaannya kepada orang-orang yang tidak bertaqwa).




[28]Kamilah yang menciptakan mereka serta menguatkan tulang sendi dan urat saraf mereka; (Kami berkuasa membinasakan mereka) dan apabila Kami kehendaki, Kami gantikan (mereka dengan) orang-orang yang serupa dengan mereka, dengan penggantian yang sebaik-baiknya.


[29]Sesungguhnya (segala keterangan yang disebutkan) ini, menjadi peringatan; maka sesiapa yang mahukan (kebaikan dirinya) bolehlah ia mengambil jalan yang menyampaikan kepada keredaan Allah (dengan iman dan taat).



[30]Dan tiadalah kamu berkemahuan (melakukan sesuatu perkara) melainkan dengan cara yang dikehendaki Allah; sesungguhnya Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana (mengaturkan sebarang perkara yang dikehendakiNya).





[31]Ia memasukkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang ditetapkan) ke dalam rahmatNya (dengan ditempatkannya di dalam Syurga); dan orang-orang yang zalim, Ia menyediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

 
 
Wahai pembaca yg patut dikasihani dan tidak berdaya! Apa yang engkau dapat dari membaca al-Quran hanyalah berupa gerakan lidah.

Seandainya engkau merenungkan apa yang engkau baca, maka hatimu akan hancur oleh apa yang membuat rambut Rasullullah s.a.w beruban.

Tetapi kalau engkau sudah merasa cukup puas hanya sekadar menggerakkan lidah, engkau tidak memperolehi buah al-Quran "

– Imam Al Ghazali (dzikr al-maut wa ma ba’dahu -ihya ulumuddin)