Sunday, April 24, 2011

Sayonara Boss

Saat perpisahan itu tiba juga akhirnya...29hb Mac 2011 warga Tsung Wah menyaksikan seorang yang bergelar pengetua, pemilik yang bernama Tung Chon Huat AMP diraikan dengan penuh penghormatan dan kasih sayang dari mereka yang menghargainya.
Jasanya dibidang pendidikan bermula dengan menjadi seorang guru biasa yang mengajar mata pelajaran Fizik di SMK (RLKT) Felda Lasah, Sungei Siput Perak. Beliau merupakan lulusan Bachelor in Chemistry Universiti Malaya.
Perjalanan ke kawasan felda pada ketika tahun 70an bukannya mudah seperti sekarang ini. Beliau terpaksa merentasi jalan besar dan beberapa perkampungan Melayu. Sekolah pertama beliau terletak di felda Kampong Baharu Parit Ador. Beliau ada bercerita pada aku, sumber tenaga elektrik datangnya dari kuasa bateri yang di cas.
Encik Tung Chon Huat meneruskan perjalanan kerjayanya di SMK Temenggong Kati dan disinilah hati anak2 didik melayu terpaut pada tingkah lakunya yang ikhlas dan bersahaja.
Zainurin Zulkipli pemuda yang bergambar bersebelahan dengan ku ini merupakan anak didik beliau di SMK Temenggong Kati.

Beliau begitu rapat dan setia dengan cikgunya yang bernama Tung Chon Huat dari usianya 15 tahun, dan keakraban mereka semakin erat apabila Zainurin bertugas di SMK Tsung Wah.

Pada hari perkahwinan Zainurin dan kekasih hatinya 20 tahun yang lalu, cikgu kesayangannya ini menjadi pengapit dan mengipaskannya di atas pelamin. Bukan itu sahaja, beliau meminjamkan kereta barunya untuk membawa pengantin baru ke rumah mempelai perempuan.
Sifat penyayang Encik Tung pada mereka yang memahaminya tidak boleh di ukur dengan wang ringgit, kerana dalam suatu hubungan manusia, keikhlasan dan niat yang baik akan menjadikan ia cantik.
Selepas beberapa ketika berada di SMK Temenggong Kati, beliau mengajar pula di SMK Tsung Wah Kuala Kangsar sebagai seorang guru muda yang penuh dengan pengalaman hidup di kelompok orang Melayu.

Beberapa ketika disitu, beliau meneruskan baktinya di SMK Tok Muda Abdul Aziz, Sungei Siput sebagai guru kanan. Hubungan akrabnya dengan guru dan pelajar-pelajar di situ terpaksa diakhiri apabila kebolehan kepimpinannya terserlah di mata pegawai tinggi Jabatan Pelajaran Perak.
Encik Tung Chon Huat sekali lagi dialu-alukan menjejakkan kakinya di SMK(C) Tsung Wah , Kuala Kangsar sebagai Penyelia Petang. Selepas itu beliau perlahan-lahan mendaki perjalanan kerjayanya sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid, di ikuti dengan Penolong Kanan Pentadbiran.
Akhirnya beliau mencapai tahap tertinggi mentadbir sebuah sekolah dengan bergelar seorang Pengetua. Mentadbir sebuah sekolah yang terletak di sebuah bandar kecil dengan pelajar yang datang dari latar budaya ekonomi yang tidak sama bukanlah suatu yang mudah. Apatah lagi anak-anak didik kini yang telah terdedah dengan dunia IT dan globalisasi sosial tanpa sempadan.

Encik Tung Chon Huat tidak pernah menjadikan sesuatu sebab sebagai penghalangnya untuk memajukan kecemerlangan akademik di sekolah yang diterajuinya. Dalam masa yang sama beliau tidak lupa berusaha meningkatkan prasarana sekolah menjadi sebuah tempat belajar dan kerja yang lebih kondusif untuk warga Tsung Wah.
Beliau tidak pernah berhenti berfikir untuk memajukan sekolah dengan pelbagai caranya yang kreatif dengan kapasiti kewangan yang ketat. Seperti yang ramai sedia maklum, SMJK merupakan sekolah separuh bantuan kerajaan, dan ia adalah berlandaskan pada frasa-frasa yang telah di tetapkan oleh dasar kerajaan.
Peluang bekerja dengan Encik Tung Chon Huat mencatat sejarah peribadiku yang tersendiri. Selesai mural bunga raya aku yang pertama , hati ku begitu teruja untuk melakarkan satu sejarah yang tidak pernah ku impikan akan berlaku iaitu melukis mitos masyarakat cina iaitu " Dragon & Phoenix"

Kecintaanku terhadap bidang pemuziuman tidak pernah padam. Minat yang tidak pernah padam itu seperti nampak cahayanya apabila aku bekerja dengan boss ku ini. Kepercayaan penuh yang Encik Tung beri padaku untuk berkarya di dinding-dinding usang sekolah lama yang dibina pada tahun 1961 ini seperti menyemarakkan kembali kecintaanku .
Sebelum berkarya aku akan melayari internet dan memahami latar budaya masyarakat cina, pantang larang warna dan bilangan angka, maksud sesuatu objek lukisan dan kesukaan mereka. Adalah menjadi satu syarat yang telah aku tetapkan dimana-mana sekolah tempatku berbakti, aku akan membincangkan perkara-perkara yang akan ku lakukan untuk mengindahkan sesuatu kawasan. Semuanya ini penting agar tidak berlaku perbalahan dan perasaan tidak puas hati semua pihak.
Pesan boss pada aku dan Zainurin..jika nak buat sesuatu buatlah dengan bersungguh-sungguh dan dengan hati yang ikhlas. Maka dari situlah kita akan berjaya.. Lihatlah itu.....sekeping gambar sudah cukup menceritakan kasih sayang yang lahir dari jiwa ikhlas tanpa mengenal warna kulit, bangsa dan agama.
Selama bekerja tiga tahun dangan beliau, tidak aku nafikan terdapat keserasian bekerja dengan nya. Ada juga sesekali aku bersembang dengan beliau sifat yang ada padanya dan padaku yang kebetulan sebintang, iaitu di bawah naungan bintang Aries.
Jika dikaji sifat tulen sibintang Aries ialah seorang yang berani, cerdas, daya berfikir yang luas dan berkembang,tidak suka duduk diam dan apabila melalui rintangan akan menghadapi dengan gigih kerana ia merupakan sebahagian proses hidup yang menjadikannya semangat untuk meneruskan kehidupan dengan positif.
Oleh kerana kami sebintang, banyak topik-topik perbualan berkisar tentang minat dan matlamat yang sama untuk memajukan sekolah dalam bidang yang berbeza tetapi atas satu tujuan yang sama.
Apabila berbual dengan beliau kadang kala aku akan memancing emosinya, untuk melihat di "other side " of Mr tung. Satu soalan yang pernah aku lontarkan padanya tentang persoalan hidup.

.............

Perbualan ini kira-kira dua tahun yang lalu..

Mr Tung,,.. I am not happy..saya sedih, how to over calm my emotion?

Azni,..life is like that..there won't be happiness if there is no sadness, and there won't be sadness if there is no happiness, right or not ?

Ini lah kata-katanya yang paling terkesan dihatiku dan akan aku ingati hingga bila-bila.
Maka tidak hairanlah begitu ramai yang mengkagumi dan menyayanginya dalam diam.

Sebagai seorang manusia, kita bukanlah makhluk yang sempurna dan pasti akan ada kelemahan tersendiri. Yang Maha sempurna itu hanya lah Tuhan. Sudah pasti sepanjang perjalanan kehidupan seorang manusia, sepanjang berurusan dengan manusia lain akan terdapat kekurangannya yang tersendiri.
Sebagai seorang pemimpin yang mementingkan organisasi yang diamanahkan, Encik Tung Chon Huat sering kali terpaksa mengenepikan beberapa perkara yang menjadi kata-kata dibelakangnya. Katanya pada aku,..

...............................................................

Aku juga tidak akan melupakan patah perkataan yang menjadi "favourite"nya seperti..

As long as its for the sake of school,..just do it!

lets do it..and do it now.

ok,, no problem
Sudah hampir sebulan beliau meninggalkan sekolah
namun,.. senyumannya
percakapannya yang kadang kala lembut, kadang kala lantang
akan menjadi satu kenangan pada jiwa-jiwa yang beliau sentuh
.............yang patah kan tumbuh
..............yang hilang kan berganti
tetapi gantinya tidak akan sama
kerana......
beliau diingati dengan karekternya yang penuh warna warni
...........dan berani
seberani kain yang berwarna merah itu...
...kerana,.. tanggungjawab yang terpikul dibahunya itu..
...dalam mengimbangkan kejayaan akademik anak didik, dalam masa sama perlu memberi perhatian pada anak didik yang terpinggir dan hauskan perhatian..
..bukanlah satu tugas yang mudah...
namun... 29 Mac 2011 tetap hadir....dan beban itu semakin hampir ke penghujung jalan...
........................................

Tengahari 29hb Mac 2011,.. berakhir dengan satu penghormatan
kepada seorang pemimpin yang berkarisma
dan terkalung dalam dirinya yang sentiasa positif dalam kehidupan
dan dirakam dalam kotak memori mereka yang pernah mendampinginya
yang seringkali memperkatakan kehebatannya,.. secara berdepan mahu pun secara belakang
Boss...
Selamat jalan...

Sekalung Budi Seikhlas Hati buat seorang insan yang istemewa yang bernama Tung Chon Huat
Semoga kehidupanmu di luar sana dalam keadaan yang sihat dan sejahtera serta gembira

...yang tinggal hanya memori indah dan akan menjadi sebutan dan kenangan pada masa akan datang.

Sekian. Terima kasih.

Saturday, April 9, 2011

Jurufoto dan pelagak singa Tsung Wah yang hebat

Cikgu Azni jurufoto bebas sekolah
Cikgu Hayati jurufoto rasmi no 1 SMJK Tsung Wah
Encik Zainurin jurufoto bebas sekolah
Cikgu Jamaliluliana ajk fotografi sekolah
Cikgu Hong jurufoto bebas sekolah
Cikgu Kamiza ajk fotografi sekolah
ini ialah kerja suka2 dan hobi tetap ku dari zaman sekolah menengah
Kami semua ialah self taught photographer
Subjek matter kami ialah sang singa
mesti lah ada pelagak singa yang hebat seperti ex student Tsung Wah ini

bagaimana boleh jadi seorang yang hebat..
mestilah belajar dari sifunya yang ber t shirt merah itu

sifu yang tidak banyak bercakap tetapi banyak bergerak
pagi itu mereka berlatih dengan tekun
supaya persembahan jam 11.00 pagi kelak berjalan dengan lancar
Fokus dan konfiden..mungkin itu yang di kata oleh sifu pada anak didiknya

Wajah stuntman Tsung Wah tanpa topeng singa, yang di sebelah kiri sekali ialah ex student tahun 2010 manakala yang 3 orang lagi masih bergelar pelajar
Gema gendang tarian singa menandakan satu persembahan hebat akan berlangsung
Suasana ketika itu sungguh berfokus dan masing2 memberikan tumpuan yang tidak berbelah bagi
Gambar2 ini hasil gabungan dari 2 kamera Compact dan 5 kamera DSLR
Aku mengambil masa untuk menyusun gambar dari 7 kamera yang berbeza
Lihatlah itu, dari 1 kamera yang ku "crop' supaya dapat di lihat lebih jelas kehebatan pelagak2 singa
untuk dapat 'capture" seperti ini mesti ada mata yang tajam dan tangan yang tangkas memetik pemicu kamera
Hebat dan penuh yakin mereka melompat..yang penting tenaga dan fokus mereka sangat kuat dan tajam
Setiap jurufoto mempunyai sudut pandangan dan cita rasa yang berbeza
ada yang suka mengambil sudut pandangan dari jauh
ini antara 'capture" yang aku minati kerana dalam gambar itu ada karektar dan cerita di belakang tabir
ini ialah pic original sebelum di "crop"
'angle" dari sudut 'eye level"
dari pandangan "bird view"
Tarian singa adalah tarian tradisional dalam adat warisan kaum Cina
...ia di iringi sekumpulan pemuzik yang akan memainkan perkakasan alat muzik tradisional kaum Cina
Kesinambungan penari, pemuzik, penonton dan jurufoto melengkapkan sesuatu majlis yang diraikan
Pelagak tarian singa akan menggunakan sepenuh kreativiti untuk menggerakkan kepala, badan serta bahagian belakang kostum
Dalam sesuatu tarian ada jalan ceritanya yang tersendiri
Acara yang padat tidak membolehkan aku untuk bertanya2 pada sifu sang singa apakah cerita di sebalik persembahan mereka
tapi aku dapat melihat dengan jelas dari salah satu kamera ,ekspresion sebenar di sebalik kehebatan tarian ini.

Jelas di sini ~~penghayatan watak adalah sangat penting untuk satu persembahan yang hebat
walaupun aku tidak tahu jalan ceritanya, tapi ia cukup untuk aku mentafsirkan penceritaannya yang tersendiri
aku tidak perlu mempengaruhi pembaca jalan cerita tarian, kerana apa yang di lihat tidak sama apa yang di fikirkan
Mereka kelihatan sangat comel di lihat dari jarak dekat
... sedang berkira2 untuk memulakan aksi

1...
2....
3.....
lepas..
dari 2 kamera berbeza dan sudut yang tidak sama
setiap kamera mempunyai peranan dan kepentingan yang tersendiri
saling melengkapkan antara satu sama lain
menjadikan ia lebih menarik... ialah pemikiran serta teamwork bekerja di sesebuah organisasi
terutama semasa merakamkan gambar dokumentasi peristiwa
tidak ada yang berkata aku lebih hebat, kerana semua orang ada kehebatan dan nilai tersendiri
apatah lagi bila mendapat sudut gambar yang istemewa seperti ini
seperti mana hebatnya pelagak singa ini
begitu juga lah jurufoto yang merakamkan mereka
walaupun kami tidak mendapat pendidikan formal di bidang fotografi
namun kerana minat dan kecintaan yang sama, menjadikan ia sesuatu yang indah
apatah lagi,bagi mereka yang sememangnya betul2 bergelar seorang jurufoto profesional
seperti 3 sifu foto dari akhbar Nanyang Siang Pau
Ini lah satu2nya koleksi foto tarian singa dari mereka yang aku perolehi
selebihnya adalah dari tangan2 jurufoto amatur
yang ingin merakamkan penghormatan terakhir buat seorang pengetua
agar ia menjadi satu kenangan yang sering di perkatakan
walaupun jejak segak dan bergaya pengetua yang bernama Tung Chon Huat tidak kelihatan lagi di Tsung Wah
namun keberanian dan kehebatannya memimpin sebuah sekolah di sebuah pekan bernama Kuala Kangsar
tetap terakam di kotak memori
Beliau sentiasa di ingati dan dikenang dengan senyuman istemewanya
serta karekternya yang "transparent"
serta kasih sayangnya pada anak2 didik Tsung Wah
yang mulai merindui kehilangannya..
..................................

Begitulah..
Setiap yang bermula
akan ada akhirnya..

Walau apa pun yang kita lakukan dalam hidup
sudah pasti ada banyak cabaran serta rintangan yang perlu kita tempuhi
sebagaimana pelagak2 tarian singa ini
Kehidupan ini bermula dengan sesuatu yang asing, dan di mahirkan melalui latihan dan pengalaman
seperti bidang pendidikan atau apa juga pekerjaan mesti lah dengan minat, di ikuti dengan fokus
serta ketajaman hati serta keikhlasan budi
di sulami dengan sentuhan kreativiti
dan yakin diri
tanpa melupakan siapa yang ada di sekeliling, yang menjadi sesuatu yang kita lakukan dengan penuh minat menjadi sekalung budi, seikhlas hati di dalam jiwa kita
pasti sesuatu yang baik di lakukan dalam kehidupan akan di akhiri..
dengan satu penghormatan
serta kenangan
yang di tinggalkan..
tetapi tidak di lupakan

Begitu juga dengan diri ku, yang sentiasa mengenang beliau sebagai seorang pengetua yang bergaya, berkarekter, istemewa dan unik.

till we meet again

Terima kasih sudi singgah