Wednesday, September 30, 2009

Mak & Bak Johor



Budak AD83 ( Ceramic Department )
Kelahiran Batu Pahat


HARI RAYA KE 4

Tarikh : 23 September 09

Seawal jam 7.40 pagi kami sekeluarga bersama Bak dan mak Johor dengan gembiranya telah berpoya2 bersarapan pagi di Jalan Ibrahim . Kedai kopi ini terletak berhampiran dengan pasar besar Batu Pahat. Suasana didalam kedai agak sibuk dan riuh dengan suara pelanggan bercampur dengan strategi penjual barangan nostaljik dan antik di tepi pasar. Kelihatan orang ramai tidak putus2 bergerak masuk dan keluar kedai memesan sate samada untuk di makan atau dibungkus. Apa istimewanya sangat sate jalan Ibrahim ni....hmm..sudah tentu pada perapan rempahnya yang cukup rasa. Kelembutan tekstur daging yang melalui tekak pengemar2nya di lengkapkan dengan aroma kopi dari cawan batu cap bunga hijau.




Penggemar tegar sate.. Wak Don (Bak) , Yem dan anak2
Orang Johor panggil ayah "Bak'


Sarapan pagi sate dan lontong adalah biasa di Batu Pahat


Kami berpoya2 seawal pagi dengan Bak dan Mak Mon di kedai kopi

Selesai sarapan, Bak di usia hujung 80an, dua cucu lelaki sambil di ikuti anak lelaki Bak yang ke 6 dengan kuasa magnet menghabiskan masa berjam2 di bahagian keris2 lama dan hobi2 kaum Adam.

Zulaika perlahan2 memimpin erat tangan Nek Mon ( nama penuh Maimunah).Tenang berjalan kearah pasar basah Batu pahat mencari2 kerusi batu bawah redupan pokok. dari jauh ku perhati ika menyapa mesra seorang warga emas seusia neneknya. Poyo betul kak long mencari teman bual nenek. Pantas ika mengikut belakang mak menjadi pecacai bawa bahan basah untuk agenda makan2 tengahari

Nasi PUtih
AsaM PeDas IkAn Pari
SaYur PeToLA UdaNg
IKan TiMah GoReng
KangKung BeLacan
TemPe & Sambal KiCap
SaMbal Belacan & Pucuk Ubi
Air SiRaP
Agar-aGar




Allah SWT mengurniakan deria merasa, mendengar dan melihat
dan berjuta nikmat yang tidak terhitung


Sesungguhnya terlalu banyak Dia limpahkan kurniaan yang percuma tanpa bayaran


Amat sedikit pula kita membalasnya semula




Kadang kala
tanpa segan silu
berani pula kita mengeluh dan merungut kepayahan dan kesedihan yang diberi
Apapun putaran roda kehidupan yang diberi

Terima kasih Ya Allah





Monday, September 28, 2009

Raja Sculpture

KARYA RAJA SHARIMAN


Raja Shariman memberi taklimat ringkas pembuatan arca pada tetamu seninya

Satu petang Sabtu waktu redup2, Boss Techno ( Ibrahim Don aka my man) telah membuat lawatan keterujaan bersama anak2 buah Unimas ke Tanah Tuan Kedawung Bukit Chandan kepunyaan Raja Shariman Budak AD85 ( main teka je ni)

Saya hanya ingat Raja Shariman adalah adik Raja Norshiba Budak AD83 (Textile)

Raja Sculpture Malaysia ini adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat walau pun beliau adalah dari golongan bangsawan. Setiap kali berbicara dia akan membahasakan dirinya man. Saya biasa lihat man kat Ad tapi masa tu hanya sekilas pandang saja, memang tak sangka man menjadi seorang yang hebat pada hari ini.


Selama 15 tahun bermaustautin di Selangor, saya hanya mengenali Raja Shariman menerusi karya2 hebatnya di Balai Seni Lukis Negara. Penghijrahan kami ke Perak, peluang mengenalinya menjadi mudah.


Keperibadiannya sangat sederhana, merendah diri, tenang dan senyuman sentiasa mengiringi tutur katanya. Sikapnya yang paling saya kagumi, beliau sangat mengasihi bondanya. Setiap kali jumpa man samada di pasar tani, pasar malam, ceramah2 seni dan masjid2, man sentiasa bersama isteri dan bondanya. Sambil berjalan, man akan memegang tangan sambil berbual mesra
Raja Shahriman, kamu adalah hamba Allah yang hebat. Akak doa moga man berjaya didunia dan di akhirat.Amin



Velan budak Johore dengan work Raja Shariman

Student Unimas ( Practical di Techno Ceramic)

Duduk dari kiri : Akhbar ( Sabahan) , Velan ( Johorian)
Belakang dari kiri : Rashid ( Sarawakian), Reza ( Pahang)


STUDIO RAJA SHARIMAN BUKIT CHANDAN , KUALA KANGSAR, PERAK


Depan : Unimas ( Fine Art & Ceramic )
Belakang : Amri, Azani, Ibrahim Don dan Tuan Tanah Studio