Serangga yang telah di taxidermist ( awet )
2nd job
Penolong Kurator Muzium Selangor
Galeri Ilmu Kejadian
8.30 pagi di kaunter penyambut tetamu muzium ...
" Selamat pagi Wan , Vasughi
Selamat pagi kak azni
Pagi2 ni nak kemana kak
..........
............................................................
Perbualan terhenti bila kami melihat kelibat dua orang renjer hutan, berpakaian uniform hijau, lengkap dengan kasut boot berjalan kearah kami dengan muka serius.
Salah seorang renjer yang berkumis tebal menyapa dengan suara garaunya..
Assalamualaikum..
" Kami dari Jabatan Perhutanan Selangor. Ada appointment dengan pegawai yang menjaga Galeri Ilmu Kejadian . Kami datang untuk ambil Encik Azni bersama ke hutan bakau Selangor. Boleh talipon beliau menyatakan kami dah sampai...
So begitu lah selalunya yang terjadi...alkisahnya
Oleh kerana nama dekni Azni ,dan ditempatkan oleh Pengarah Muzium di bahagian Galeri Jadi2an ini,, maka sering kali berlaku salah faham jantina orang yang mengurus balai ini. Kebiasaannya Natural Gallery selayaknya diurus oleh mereka yang berkelulusan dari bidang Arkeologi n Geologi. Entah mengapa Encik Paiman tidak" hire" orang yang berkelayakan begini beliau saja yang tahu. Dekni anggap ini adalah rezeki dekni menimba ilmu dalam bidang yang agak mencabar .
My first job di Balai Ilmu Kejadian ialah ikut otai2 Muzium Negara ke ladang ternak buaya di Jenjarum Selangor. Tugasnya ialah memilih seekor buaya yang sederhana besar untuk di "korban"kan dan diawet dalam peti pameran Diorama Hutan Paya Bakau.
Kerja di muzium bukan duduk terperuk di bangunan muzium, kena selalu keluar mencari bahan pameran
Peta Negeri Selangor kena hafal segala ceruk daerah dan kawasan. Mesti tau on " finger tips" dimana lokasi hutan simpan, rekreasi dan lain2 Semua bahan di dokumentasikan oleh Penolong kurator dan di edit dan di endorsed oleh Pengarah sebelum bahan di hantar ke bahagian Grafik.
Hutan Lipur Selangor
layan.....
Dekni tiba di lapangan terbang Kuching untuk lawatan kerja di Sarawak
Tugas membawa dan menjaga tok batin dan anak2 buah orang asli ,membuat jerat binatang di Balai Ilmu Kejadian adalah yang paling mencabar. Dekni kena design platform jerat yang diperbuat dari plywood dan tanahnya dari bancuhan simen. Semasa proses melentur jerat adalah proses yang paling susah, kerana perlu fikir secara teknikal bagaimana nak mengekalkan keaslian jerat dalam suasana pameran.
Masa ni memang kena bermalam tidur di muzium dan menunggu mereka buat kerja. Menjelang tengah malam Pengarah Muzium kami yang bernama Paiman Keromo akan tiba dengan jaket sejuk sambil menghisap cerut. sering kali kedatangannya tanpa tangan kosong,, paling tidak dua tiga bakul buah durian yang di borong sekitar bandar Klang.
Pembantu muzium setia dekni yang bernama Fuad, sentiasa beri kerjasama yang baik. terima kasih Fuad! tah di mana dia sekarang ni.
Bila dah bercampur dengan Renjer Hutan, Perhilitan, Orang asli,, letih la bau rokok2 mereka ini,, nasib baik la dah terbiasa dengan gudang garam Tuan Techno.
Bersama sifu2 Balai
Ini adalah pioneer yang memulakan bahan pamer asal Muzium Selangor
Satu petang dekni di arahkan ke Muzium Negara, berjumpa dengan pakar pengawet binatang disitu. Seorang berbangsa cina, nama beliau dah tak ingat langsung. Orangnya sudah berusia dan agak serius, perbualan santai kami itu menjadi titik tolak dekni memikir2 kembali patut atau tidak dekni terus berada di Balai Ilmu Kejadian Muzium Selangor.
Sambil berbual2 Master ini membawa dekni meneroka dunia pengawetan dan menunjukkan berbagai2 binatang dalam peti ais besar yang "menunggu" tangan dekni "menghidupkan" mereka dengan kreativiti dan kehalusan orang seni. So sebelum dekni balik ke Muzium Selangor petang itu,, Master berkata " So, i will confirm back to put your name under Taxidermist class, it will takes around three months courses . Semoga kita dapat berkerjasama dengan baik "
Selain dari keras2 binatang, dan tau hutan2, orang jadi2an kena kenal batu2
Keseronokan bekerja di muzium hanya mereka yang mengalaminya boleh memahaminya. Semasa Puan Rokiah , Penolong Kurator Balai Kebudayaan mengambil keputusan berhenti kerja, dekni telah menawarkan diri untuk mengambil alih tempat beliau. Ini adalah memandangkan balai itu lebih relevan dengan kelulusan orang fesyen. Pengarah menjawab ringkas " Balai tu dah banyak selesai, u kena bantu i kat natural gallery". Begitu lah adoo nyerr..
Contoh Diorama Natural Gallery
Maka selepas beberapa purnama perbualan topik menjadi pelapis Taxidermist dengan Master itu, maka dekni pun dengan berat hati dan berdukacita telah membuat keputusan....
Sayonara........Muzium Selangor yang kucintai....
Muzium Selangor ..always a special place in my heart...
waaa.... Dekni kalau tak pasal ni...tak jumpa kita di ATD yer...sebab Dekni dah seronok sangat kat muzium...heheheh Ehh..kenapa uda tak tau Dekni pernah jadi orang jadian...
ReplyDeletenasib baik kak Dekni tak jadi macam crocodile hunter tu. Jauh pulak perjalanan sampai ke ceruk sabah sarawak, ye....kalau tak tough memang tak jadi. Tapi sesiapa yang memang adventurous mesti enjoy buat tugasan ni.....and definitely the person is not me!! sebab saya ni snake phobia...huhuhu....
ReplyDeleteKerja macam nii kalau part-time pun syok juga ya.....Kalau saya buat kerja ni...full-time.... tentu jadi Tarzan kut???
ReplyDeleteingat, keje bawa teksi...
ReplyDeleteUda~~
ReplyDeleteMasa kita sebilik di Delima, jadual perbualan kita padat, tak dan 'slot in' kisah orang jadi2an ni.~~
Asw~~
ReplyDeleteBetul telahanmu itu, jika tak I dah jadi bomoh mengubat orang..hehe..dah tu,, berurusan dengan otai2 jadi2an mereka suruh selok tangan dalam mulut ternganga buaya tu. Petua mereka,, org yg wat gini boleh ngubat sakit..ish3
Taufik~~
ReplyDeleteBoleh sangat u wat part time dengan mana2 muzium bcoz i da tgok kepakaran u n bole jadi portfolio.
Otai2 yg buat Diorama Muzium di Malaysia dah ramai yg pencen dan tiada pelapis. Masa I jaga Balai, Mie Pak Lah dan Hanapiah Waiman AD82 yg buat Diorama Burung Helang tu.
I pi Muzium Pasir Salak,Perak,staf g tau,, majoriti work diorama di buat orang luar especially from Thailand.
Bro Lenon~~
ReplyDeleteJika dekni bawak teksi,,braim kena bawak trailer ^..^
lenon...texi dah mis...he2..
ReplyDeletedekni...ingat lagi ke nak awet mengawet ni...kalau awet muda ok kot...he2
Tuan Gemagong~~
ReplyDeletemana ingat da awet2an ni. Dulu sempat la sapu satu magik portion kat muka untuk jadi awet,, tengok la hasilnya lagi 40 tahun dari sekarang,, takutnya...masa tu berumo lapan puluh hempat tahun..adoyai larat lagi ke berlari..hehe
salam puan...taxidermist berbangsa cina di muzium negara tue mr wee ke jeffrey..
ReplyDeletepuan jadik ambil kelas taxidermy kt muzium negara mase tue...berape lama ye...menarik plak story puan ini
ReplyDelete