Thursday, December 30, 2010

ole ole kenangan

Tiga orang sahabat yang lama terpisah
dari kiri ..kak faiz, jamae dan husniyah

masa ni jam dah menunjuk hampir ke angka 12 tengah malam. Tengok tu...kak faiz sampai dah terpejam2 kepenatan, jauh perjalanan nak jumpa kawan2
Sehari sebelum reunion, dekni mendapat sepucuk surat ,yang di warkahkan oleh anakanda Siti Rosnah ke kotak mesej facebook dekni.

Antara isi kandungannya.... mereka menyatakan hasrat adik beradik, memohon pertolongan auntie azni agar dapat membelikan jambangan bunga ros pada ayahanda dan bonda .

Kebetulan ... hari ulang tahun perkahwinan dekros dan suami, jatuhnya pada hari kami be "reunion di Taiping.

Tersentuh hati ku...

Seperti yang di janjikan.. dekni mengota permintaan mereka. Pada malam reunion, dengan pertolongan Zulhilmi anakanda Zulazlan, kami bersiaran terus dari internet, membuka kotak surat facebook dekni, Dari situ dekni membaca isi kandungan surat dari Fatin.

Terdakap jiwa bonda dengan ketulusan hati anak2 yang putih bersih
Malam itu Salbani membuat surprise menyediakan ole2 kenangan untuk kawan2 bawa pulang

Samsurizal dan Salbani

Demikian kasihnya sahabat..walaupun telah lama terpisah, pertemuan yang singkat menjadi begitu bermakna bila keikhlasan yang di hulur tanpa sempadan

Terima kasih Sal
Tersentuh hati Salbani malam itu kerana dapat jumpa kawan2 lama dan berjabat tangan
Kira2 2 minggu sebelum reunion, di hujung talian talipon,kedengaran suara serak2 basah kak faiz. Dalam perbualan ringkas kami, kak faiz menyatakan hasratnya untuk memberi satu tanda kenang2an sempena reunion pertama AD83.

Katanya.." dekni, kak faiz nak bagi towel kat kawan2 yang datang, kat towel tu kak faiz nak buat sulaman, agak2 berapa orang yang hadir?.."
Malam itu, walaupun dalam keadaan yang sangat penat kerana urusan kerja di Sabah, kak faiz tetap ceria berjumpa dengan geng lama.
Nazri dan kak faiz


'''''''''''''''''''''''''''
Sekarang ialah masa bersuka2, mari bergembira
pasolla pasolla
Husna geng kamceng kak faiz masa predip

ala la la..comelnya anakanda Rohaizah ni..chak!
Anggunnya Fatmawati sekarang ni...seperti wanita Arabia
Pendi yang rajin dan tak reti dok diam
Toke Techno Ceramic tidak ketinggalan memeriahkan suasana dengan ole2 buatan tangannya
Hakimi > Terima kasih Yem
Yem..jaga dekni elok2..hehe ye ke itu dailognya
Eh..eh..ada yang sambut birthday kat sini la...
Ini lah anak2 Jamie aka Kak Rock, sekarang beliau adalah seorang yang anggun penuh kewanitaan gitu
ada lagi ole2....tapi kena jawab kuiz dulu ek?
Yeah!pandai pakcik ucop jawab kuiz mak kita
Pakcik Lan..terima lah hadiah kita orang ya


Awatnya dekni tu dok kalut sangat tu...tengok cikgu Husniyah...tenang dan relak je..
Nah, ni stok jajan untuk anak2 Daddy
Chok, kalau ko gosok2 pasu aku ni nasib baik akan kua duit

Yazid, ni ha kak faiz bagi tupperware, jangan lupa bawak bekal pergi kerja,, ingat tu..baru le kaya

Wawawawa..apa lak ni...
Unsangkarable n tenkiu la Tuan Haron untuk ole-ole mu, patik berdua sangat gumbira memiliki koleksi dari pelukis DiRaja Selangor ini.

Sekian dulu kawan2, jika rajin I tulis lagi u..jika tak muncul2 maknanya sedang bertapa mencari ilham nusantara,, bubu bubye

Tuesday, December 21, 2010

Potret kasih


Allah itu Maha Pengasih lagi Penyayang.

Setiap manusia pasti mengharungi liku-liku kehidupan, tidak kira ia penghuni istana atau penghuni pondok..

Sembahyang memberi ketenteraman dan melenyapkan kegelisahan

Lihat apa yang kita lihat, fikir apa yang kita fikir

Misi hidup manusia di dunia adalah untuk menjadi seorang hamba Allah yang hidup mensyukuri nikmat dan anugerah Allah

Beralih dari yang buruk kepada yang baik merupakan satu pejuangan yang panjang dan sukar, namun di dalamnya terdapat kelegaan dan kepuasan.

Ada masanya Allah memberi nikmat melalui musibah yang dahsyat
dan
ada masanya Allah menguji sesetengah manusia dengan nikmat dan kesenangan

Anak, suami, isteri, harta, kesihatan adalah pinjaman dari Allah Taala. Bersyukur kita dengan nikmat yang dilimpahkan Nya
Firman Allah bermaksud

" Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pengajaran dari Tuhanmu dan penawar bagi hati.

Kenapakah kamu memilih untuk berbuat baik hanya kepada mereka yang berbuat baik kepadamu?
Kenapakah kamu memilih untuk bersilaturahim hanya kepada mereka yang bersilaturahim denganmu?
Kenapa kamu memilih untuk berbicara hanya kepada mereka yang berbicara denganmu?
Tidak terlebih baik seseorang itu daripada yang lain. Sesungguhnya orang yang beriman kepada Allah dan Rasul, mereka melakukan kebaikan kepada orang yang jahat kepada mereka, bersilaturahim kepada mereka yang memutuskannya.
Memaafkan mereka yang tidak memberi kemaafan kepadanya.
Mereka amanah kepada mereka yang mengkhianatinya.
Berbicara kepada mereka yang enggan berbicara dengannya.
Memuliakan mereka yang menghinanya.

Sesungguhnya Aku sangat mengetahui tentang perbuatan kamu "
Kekuatan iman yang sebenar adalah pemangkin untuk seseorang itu dapat melaksanakan perkara terbaik dalam hidupnya.

Segala nikmat yang Allah berikan sentiasa diingat dan disyukuri
Setiap hari dalam kehidupan kita telah ditentukan oleh Allah dan setiap perkara yang dilakukan akan dihitung
Jalani kehidupan kita dengan gembira, kerana sememangnya hidup ini indah.
Percaya kepada diri sendiri sangat besar pengaruhnya untuk mengisi hidup dengan kebaikan dan kedamaian
Allah berjanji orang yang menghubungkan silaturahim akan dilanjutkan umurnya
Orang yang beradab dan berbudi pekerti tinggi akan hidup dalam kasih sayang
Allah menilai seseorang itu berdasarkan sifat hatinya
Sentiasa ingat kepada nikmat Allah dan perjanjian dengan Nya
Sabar adalah antara sifat yang amat terpuji
Setiap sedekah yang diberikan, dijamin gantiannya oleh Allah
Kita adalah hamba Allah, segala harta yang kita miliki adalah milik Allah
Umur manusia semakin berkurang sejak dilahirkan, dan semakin hampir ke liang lahad
Renunglah semula masa lalu dan masa depan kita. Insaflah, bahawa hidup ini penuh dengan peristiwa yang datang silih berganti, orang yang mampu keluar dari ujian itu dengan selamat, itulah yang menang.

Allah Maha mengasihani kepada orang-orang yang beriman
Amin.. Allah Maha Mengetahui









Tuesday, December 14, 2010

Manisnya persahabatan

Senyuman 2 sahabat..Husniyah dari Fine Metal dan Husna dari Fine Art.
pic diplagiat dari Husniyah FB :-)

N3 kali ini adalah tentang suasana reunion slot sidang siang. Aturcara pertemuan budak2 AD83 di bahagikan kepada 3 bahagian, iaitu slot siang, slot malam dan slot sarapan pagi esoknya.

Pecahan slot reunion di bahagi kepada 3 bahagian, tujuannya supaya rakan2 yang datang dari jauh dan dekat dapat bertemu dan bermesra dalam keadaan tenang dan santai.
Sidang siang diadakan dalam suasana sambutan ala2 pengantin..ialah... menyambut dan meraikan rakan2 yang dah lama terpisah dalam keadaan yang berdebar2..maklumlah...lama tak bersua muka....macam ala2 pengantin..malu2 u..hehe

Pastinya perasaan bercampur baur di hati semasa masing2 membuat keputusan untuk menghadiri pertemuan ini. Nak pi ke tak...nak pi ke tak...secara lojik nya, kita yang masih tinggal di tanah dan bumi yang sama, masalah jarak itu bukan satu masalah besar. Tetapi memandangkan masing2 sudah ada kehidupan sendiri,banyak perkara yang perlu di pertimbangkan.

Pada dasarnya semua nampak seperti ok..tapi jauh disudut hati, banyak yang berteka teki...eh, macam mana kalau diorang tengok aku..kenalkah lagi mereka kat aku ni... rupa kawan aku tu ha macam mana la pulak ye, eh..macam mana perangai dia tu ha..sedar tak sedar..sebenarnya diri kita sendiri, secara fizikal dan spiritual telah banyak yang berubah.

Dalam tempoh kempen kami mengajak rakan2 ikuti reunion, selain dari bertanya khabar, terselit juga usikan2 nakal di laman fb..yang dulunya langsing dan ramping, dari pinggang 24 inci dah terbalik ukurannya menjadi 42 inci. Apatah lagi rambut yang dulu lebat tersisir sudah mulai kurang dan bertukar warna. Perkara2 seperti ini kadangkala membuatkan "jiwa kacau".

Tapi dalam ramai2 sahabat..dekni tabik pada Amran Abdullah atau panggilan manjanya Bob. Buat lah lagu mana pun ayat..kutok lah macam mana pun..telinga dia tak lut..steady ja..itu lah kelebihan Bob,dan dengan sikapnya itu lah, membuatkan rakan2 mesra dan sayang kat Bob.....ehem..suka la Bob tu.. :-)

Dalam tempoh menjelang reunion dan kesibukan tugas di sekolah, sempat juga dekni melihat gambar2 yang di muat turun di laman peribadi rakan2 AD.....kita semua telah berubah dan menginjak ke satu tahap yang lebih matang... selari dengan perubahan arus masa. Kita terpisah semasa masing2 tengah "jambu"..maklum...... masa tu usia kita adalah di lingkungan 20an +....sekarang usia kita seganda dari itu..majoriti berusia 45 tahun dan ada sebahagian nya 46 dan lebih.
Dekni, Zul dan Yem merasa bersyukur ke hadrat illahi, kerana dengan izin Nya,nawaitu untuk berkumpul dengan kawan2 dapat di laksanakan dalam suasana penuh kasih sayang.

Melihat raut wajah dan gelagat rakan2 yang masih seperti dulu..sesekali hati dekni di gamit rindu...betul lah kata Zamri..aku rasa seperti bermimpi . Ini lah kelebihan zaman IT, siapa sangka..dari usik mengusik di layar internet akhirnya dapat bertemu di alam realiti.

Yang paling penting... kesudian kawan2 untuk sama berkumpul...tanpa kalian apalah maknanya. Secara dasarnya, ia bukan lah satu keputusan yang segera dapat diputuskan untuk memberi kata setuju, memandangkan masing2 terikat dengan pelbagai komitment.
Jemaah surau serta jiran2 turut menyerikan majlis makan tengahari

Kelihatan dalam gambar ialah Zulazlan yang baru pulang dari solat Jumaat bersama Effendi dari Pottery n Ceramic dept. Fendi sampai dengan bersusah payah menaiki bas ekspress dari Kuala Lumpur dan turun di Pekan Simpang Taiping.

Ayahanda Zul berpakaian baju Melayu berwarna biru bersama jemaah suraunya, turut sama merestui majlis reunion ini.


Berikut ialah rakaman detik indah wajah tetamu yang hadir...layan...

Dari kiri isteri Bob, isteri Yazid,anakanda Yazid dan isteri Roslan

Dari Selatan tanahair.. Roslan Fine Metal n geng hadir stylo sedondon putih.

Haron Mokhtar dari Jabatan Seni Halus
Pelukis terkenal tanahair dan juga pelukis Diraja Selangor

Gelak Haron macam dulu jugak..itu lah identiti karekternya

M Yusof Marsidin Fine art
Very brotherly dan mantan pengerusi Budak AD83 semasa minggu induksi. Beliau merupakan jawa Johor yang telah berhijrah ke Tanjung Karang. Percintaannya dengan buah hatinya yang bernama Husna sampai ke jinjang pelamin.
Nazri atau lebih mesra di panggil kakang dari Jabatan Seni Logam Halus
Terima kasih Nazri...jauh perjalanan bersama keluarga , beratus2 kilometer dari Trengganu

Yazid Parlan dari Jabatan Seni Logam Halus
Beliau merupakan Pengarah Kraftangan Melaka

Shamsu Mohamed dari Jabatan Seramik
Beliau juga dikenali dengan gelaran dady, sebab bapak kepada geng metro :-)
Yem dan dady bermain tanah sebengkel di AD..kini membawa haluan masing2 tetapi masih di bidang yang sama iatu bidang orang2 tanah
Dady bertugas sebagai pensyarah di USM dan kini sedang menyambung PHD

Orang rumah dady bersama anakandanya. Antara dialog..

Assalamualaikum..apa khabar..lamanya kita tak jumpa..last kita jumpa masa tengok u berdua bersanding di pelamin, kami datang majlis kawin tu..sekarang jumpa kita di sini dgn anak pinak....alhamdulilah..

Majoriti rakan2 yang hadir ke majlis reunion membawa ole2..terima kasih banyak2 hingga kami tak dapat ingat keseluruhannya siapa yg bawa apa...yang Arah jinjing tu ialah jeruk2 dan buah pala dari Penang.

Dari kiri Salbani, Yusof atau nama manja nya Choq dan Kamil dari Jabatan IDE

Lama dekni nak cam yang ber t shirt hitam itu ialah Kamil Sohaimi...dulu rambutnya ala2 kerinting.Dekni mintak maaf banyak2 ya Kamil. Perwatakan beliau semasa berada di AD adalah sebagai pemuda yang pendiam

Zaini Zaid Jabatan Seni Grafik ,penaja banner AD83 Reunion

Azman Mohd aka Manboro
gayanya kekal macam dulu2 kat AD

Banyak yang nak di kongsi dan nak di luahkan

Pertemuan para sahabat yang begitu lama terpisah. Masa ni Yem dan Zul baru balik dari pasar.. entah round yang kali ke berapa ke pasar pada hari tu..

Aznan Azoeddin dan Kamil Sohaimi

Bertemu semula selepas 23 tahun terpisah


Keceriaan dan kesyahduan terserlah di wajah masing2

Kami menyambut kehadiran Mhd Nor dan keluarga

Ceria menyambut tetamu yang hadir
Ketibaan Hakimi dari jabatan Seni Grafik


Su, isteri Salbani yang manis jelita, ibu penyayang
Ketibaan Jamaliah atau panggilan manjanya Jame
terima kasih Jame sudi hadir

Gelak ketawa tanda kegembiraan

Mazz, isteri Mhd Nor bersembang dengan Siti Rosnah dari Textile dept
Zaharah yang peramah, pandai melayan tetamu walau pun pertama kali bersua muka
tengok tu...siap cekak2 pinggang bercerita penuh perasaan
Berikut ialah barisan Tukang gambar AD83 reunion

Tukang gambar no 1 ~~ Ijoy
Tukang gambar no 2 ~~ Zulhilmi anakanda Zulazlan


Tukang gambar no 3 ~~ Dekni
Hobi merakam gambar merupakan hobi tetap yang tidak boleh di pisahkan

Ini antara shoot feveret dekni
layan..

Siapa tu..

rasa macam kenal..

Hadir bersama isteri dan anakanda

Allah..rindunya


Apa khabar..
Sekeping gambar mampu menterjemahkan segalanya
Gurau senda sahabat menceriakan kehidupan yang semakin senja

Sahabat2 ku..

TERIMA KASIH UNTUK PERTEMUAN INI
5 November yang sangat bererti

bersambung....