Tuesday, December 14, 2010

Manisnya persahabatan

Senyuman 2 sahabat..Husniyah dari Fine Metal dan Husna dari Fine Art.
pic diplagiat dari Husniyah FB :-)

N3 kali ini adalah tentang suasana reunion slot sidang siang. Aturcara pertemuan budak2 AD83 di bahagikan kepada 3 bahagian, iaitu slot siang, slot malam dan slot sarapan pagi esoknya.

Pecahan slot reunion di bahagi kepada 3 bahagian, tujuannya supaya rakan2 yang datang dari jauh dan dekat dapat bertemu dan bermesra dalam keadaan tenang dan santai.
Sidang siang diadakan dalam suasana sambutan ala2 pengantin..ialah... menyambut dan meraikan rakan2 yang dah lama terpisah dalam keadaan yang berdebar2..maklumlah...lama tak bersua muka....macam ala2 pengantin..malu2 u..hehe

Pastinya perasaan bercampur baur di hati semasa masing2 membuat keputusan untuk menghadiri pertemuan ini. Nak pi ke tak...nak pi ke tak...secara lojik nya, kita yang masih tinggal di tanah dan bumi yang sama, masalah jarak itu bukan satu masalah besar. Tetapi memandangkan masing2 sudah ada kehidupan sendiri,banyak perkara yang perlu di pertimbangkan.

Pada dasarnya semua nampak seperti ok..tapi jauh disudut hati, banyak yang berteka teki...eh, macam mana kalau diorang tengok aku..kenalkah lagi mereka kat aku ni... rupa kawan aku tu ha macam mana la pulak ye, eh..macam mana perangai dia tu ha..sedar tak sedar..sebenarnya diri kita sendiri, secara fizikal dan spiritual telah banyak yang berubah.

Dalam tempoh kempen kami mengajak rakan2 ikuti reunion, selain dari bertanya khabar, terselit juga usikan2 nakal di laman fb..yang dulunya langsing dan ramping, dari pinggang 24 inci dah terbalik ukurannya menjadi 42 inci. Apatah lagi rambut yang dulu lebat tersisir sudah mulai kurang dan bertukar warna. Perkara2 seperti ini kadangkala membuatkan "jiwa kacau".

Tapi dalam ramai2 sahabat..dekni tabik pada Amran Abdullah atau panggilan manjanya Bob. Buat lah lagu mana pun ayat..kutok lah macam mana pun..telinga dia tak lut..steady ja..itu lah kelebihan Bob,dan dengan sikapnya itu lah, membuatkan rakan2 mesra dan sayang kat Bob.....ehem..suka la Bob tu.. :-)

Dalam tempoh menjelang reunion dan kesibukan tugas di sekolah, sempat juga dekni melihat gambar2 yang di muat turun di laman peribadi rakan2 AD.....kita semua telah berubah dan menginjak ke satu tahap yang lebih matang... selari dengan perubahan arus masa. Kita terpisah semasa masing2 tengah "jambu"..maklum...... masa tu usia kita adalah di lingkungan 20an +....sekarang usia kita seganda dari itu..majoriti berusia 45 tahun dan ada sebahagian nya 46 dan lebih.
Dekni, Zul dan Yem merasa bersyukur ke hadrat illahi, kerana dengan izin Nya,nawaitu untuk berkumpul dengan kawan2 dapat di laksanakan dalam suasana penuh kasih sayang.

Melihat raut wajah dan gelagat rakan2 yang masih seperti dulu..sesekali hati dekni di gamit rindu...betul lah kata Zamri..aku rasa seperti bermimpi . Ini lah kelebihan zaman IT, siapa sangka..dari usik mengusik di layar internet akhirnya dapat bertemu di alam realiti.

Yang paling penting... kesudian kawan2 untuk sama berkumpul...tanpa kalian apalah maknanya. Secara dasarnya, ia bukan lah satu keputusan yang segera dapat diputuskan untuk memberi kata setuju, memandangkan masing2 terikat dengan pelbagai komitment.
Jemaah surau serta jiran2 turut menyerikan majlis makan tengahari

Kelihatan dalam gambar ialah Zulazlan yang baru pulang dari solat Jumaat bersama Effendi dari Pottery n Ceramic dept. Fendi sampai dengan bersusah payah menaiki bas ekspress dari Kuala Lumpur dan turun di Pekan Simpang Taiping.

Ayahanda Zul berpakaian baju Melayu berwarna biru bersama jemaah suraunya, turut sama merestui majlis reunion ini.


Berikut ialah rakaman detik indah wajah tetamu yang hadir...layan...

Dari kiri isteri Bob, isteri Yazid,anakanda Yazid dan isteri Roslan

Dari Selatan tanahair.. Roslan Fine Metal n geng hadir stylo sedondon putih.

Haron Mokhtar dari Jabatan Seni Halus
Pelukis terkenal tanahair dan juga pelukis Diraja Selangor

Gelak Haron macam dulu jugak..itu lah identiti karekternya

M Yusof Marsidin Fine art
Very brotherly dan mantan pengerusi Budak AD83 semasa minggu induksi. Beliau merupakan jawa Johor yang telah berhijrah ke Tanjung Karang. Percintaannya dengan buah hatinya yang bernama Husna sampai ke jinjang pelamin.
Nazri atau lebih mesra di panggil kakang dari Jabatan Seni Logam Halus
Terima kasih Nazri...jauh perjalanan bersama keluarga , beratus2 kilometer dari Trengganu

Yazid Parlan dari Jabatan Seni Logam Halus
Beliau merupakan Pengarah Kraftangan Melaka

Shamsu Mohamed dari Jabatan Seramik
Beliau juga dikenali dengan gelaran dady, sebab bapak kepada geng metro :-)
Yem dan dady bermain tanah sebengkel di AD..kini membawa haluan masing2 tetapi masih di bidang yang sama iatu bidang orang2 tanah
Dady bertugas sebagai pensyarah di USM dan kini sedang menyambung PHD

Orang rumah dady bersama anakandanya. Antara dialog..

Assalamualaikum..apa khabar..lamanya kita tak jumpa..last kita jumpa masa tengok u berdua bersanding di pelamin, kami datang majlis kawin tu..sekarang jumpa kita di sini dgn anak pinak....alhamdulilah..

Majoriti rakan2 yang hadir ke majlis reunion membawa ole2..terima kasih banyak2 hingga kami tak dapat ingat keseluruhannya siapa yg bawa apa...yang Arah jinjing tu ialah jeruk2 dan buah pala dari Penang.

Dari kiri Salbani, Yusof atau nama manja nya Choq dan Kamil dari Jabatan IDE

Lama dekni nak cam yang ber t shirt hitam itu ialah Kamil Sohaimi...dulu rambutnya ala2 kerinting.Dekni mintak maaf banyak2 ya Kamil. Perwatakan beliau semasa berada di AD adalah sebagai pemuda yang pendiam

Zaini Zaid Jabatan Seni Grafik ,penaja banner AD83 Reunion

Azman Mohd aka Manboro
gayanya kekal macam dulu2 kat AD

Banyak yang nak di kongsi dan nak di luahkan

Pertemuan para sahabat yang begitu lama terpisah. Masa ni Yem dan Zul baru balik dari pasar.. entah round yang kali ke berapa ke pasar pada hari tu..

Aznan Azoeddin dan Kamil Sohaimi

Bertemu semula selepas 23 tahun terpisah


Keceriaan dan kesyahduan terserlah di wajah masing2

Kami menyambut kehadiran Mhd Nor dan keluarga

Ceria menyambut tetamu yang hadir
Ketibaan Hakimi dari jabatan Seni Grafik


Su, isteri Salbani yang manis jelita, ibu penyayang
Ketibaan Jamaliah atau panggilan manjanya Jame
terima kasih Jame sudi hadir

Gelak ketawa tanda kegembiraan

Mazz, isteri Mhd Nor bersembang dengan Siti Rosnah dari Textile dept
Zaharah yang peramah, pandai melayan tetamu walau pun pertama kali bersua muka
tengok tu...siap cekak2 pinggang bercerita penuh perasaan
Berikut ialah barisan Tukang gambar AD83 reunion

Tukang gambar no 1 ~~ Ijoy
Tukang gambar no 2 ~~ Zulhilmi anakanda Zulazlan


Tukang gambar no 3 ~~ Dekni
Hobi merakam gambar merupakan hobi tetap yang tidak boleh di pisahkan

Ini antara shoot feveret dekni
layan..

Siapa tu..

rasa macam kenal..

Hadir bersama isteri dan anakanda

Allah..rindunya


Apa khabar..
Sekeping gambar mampu menterjemahkan segalanya
Gurau senda sahabat menceriakan kehidupan yang semakin senja

Sahabat2 ku..

TERIMA KASIH UNTUK PERTEMUAN INI
5 November yang sangat bererti

bersambung....








6 comments:

  1. Kak...seronok melihat kegembiraan kalian semua....:)

    ReplyDelete
  2. ida, memang pertemuan ni 1 sejarah..dan sangat seronok! terima kasih ya sudi singgah dan tinggalkan komen.

    ReplyDelete
  3. Bila lah peristiwa ni akan berulang lagi?

    -Rasiah

    ReplyDelete
  4. TAHNIAHHHHHH...Kak Dekni..excellent job! Confirm penat but puasnya hati kan??

    ReplyDelete
  5. Salam Pn Dekni,

    Looking at ur friends rasanya ramai yg rasa mukanya quite familiar once upon. Pn faizah tu ur best friend kan? Kalu tak silap dia selalu jalan sebelah kiri Puan kalu balik ke Jati dr kuliah. Dan dia 2 kalu menjeling tajam tuh he he.Maaf le ye. Ada sorang budak AD rambut afro hitam manis tapi agak berumur skit. Quite nice guy, if Im not mistaken dah meninggal. Alfatihah untuknya.Kalu tak silap I pernah join berjalan balik dr kuliah with him. kalu tak silaplah. BTW congratulation for all of u of having nice encounter an most important thing menyambung silaturrahim. Besar pahalanya tu weh.

    AWO.

    ReplyDelete
  6. kawan2 ku...
    terima kasih sudi singgah dan sudi baca blog I. Semoga kehidupan kita diberkati AllaH Taala.Insyallah

    ReplyDelete