Sahabat Selamanya ad83
Zulazlan>Zamri >Azni >Ibrahimdon>Jamaludin Said
Exit ke destinasi...
Alhamdulilah, pada 3hb Febuari 2011 misi jejak kasih budak AD telah selamat sampai di Kedah dan bertemu dengan seorang sahabat.
Pengerusi AD83 Utara Zulazlan Ramli ceria menyampaikan amanah kawan2
Kisahnya......
Pada satu petang sekitar bulan Oktober 2010, suara Zamri di talian talipon dalam keadaan cemas. Dailognya lebih kurang begini dalam loghat Kedah yang pekat..
Zamri > Assalamualaikum Azni. Zamri di sini,... ni saya nak habaq kepada Azni. Baru sat2 ni....baru ja sat2 ni..Jamaludin Said mai ke pejabat saya. Dia serah wang sebanyak satu ratus ringgit untuk tabung reunion... tu..baru saja balik.Putih dia Azni oi..putih sungguh..comel ja saya lihat.
> Dia tak talipon.. terus mai. Punya lah terkejut ! Tu..dia... kali pertama saya berjumpa Jamal selepas 23 tahun.
(...putih tu ok lah boleh dekni faham, kerana seingat dekni jamal memang berkulit putih, manakala comel..lagu tu dekni belum belajaq lagi la maksud comel tu..dalam hati kata mungkin la comel tu lawa o hensem kot dalam loghat Kedah)
Goodies bag dan bekal lauk dari kuale
Zamri > Dia mai sat dengan isteri . Tak sempat sembang apa pun.
Itu lah nak habaq kat Azni. Jamal orang pertama yang bayag pada tabung kita...
Nada suara Zamri sangat ceria dan gembira dengan pertemuan singkat itu.
Dekni > eh..hangpa dok satu kapai tak kan tak pernah jumpa ?
Zamri > Azni , kami tak pernah berjumpa..itulah kali pertama bertemu selepas tamat di AD. Tu lah..masing2 sibuk dengan urusan hidup yang tak pernah habis.
Dekni>setuju..
Konvoi 2 famili ke Utara
Begitu lah sikap Zamri, seorang yang prihatin dan percakapannya teratur.
Bila memanggil, beliau akan menyebut nama penuh kita.
Jika dulu dekni tidak mengenali siapa Zamri (atas sebab musabab kononnya dia anak Dato )
Tetapi sejak menguruskan hal ehwal reunion, banyak keperibadiannya yang dekni mula faham.
Sarapan pagi
Dekni ada berterus terang dengan Zam tentang persepsi dekni terhadapnya dulu, beliau tertawa dan memberi komen ringkas..yang dato tu ayah saya, bukan saya.
Mungkin atas status dan cara Zamri berpakaian ala2 skima membuatkan rakan2 memikirkan beliau seorang yang sombong
Roti canai dan sambal udang
Selepas beberapa waktu berurusan dengan Zamri, dekni perhatikan beliau merupakan seorang insan yang berhati luhur dan mewarisi sebahagian sifat ayahandanya. Ayahanda Zamri ialah Allahyarham Dato Paduka Haji Ahmad Basri bin Mohd Akil, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah yang ke 14 dan ikon hebat sukan bola sepak Kedah. Al Fatihah...
Menjelang reunion kami masing2 sibuk dengan hal ehwal untuk di uruskan, sehingga dekni mendapat satu mesej dari Jamal.
Mesejnya ringkas, menyatakan beliau tidak dapat hadir ke reunion kerana banjir.
Si penebar roti canai, Simpang Taiping
Pada mulanya dekni fikirkan Jamal cuba bergurau, kerana masa kami satu kelas di grup 2, Jamal suka mengusik kawan2 sekelas . Tetapi selepas dekni membuat susulan panggilan talipon, Jamal sekeluarga telah pun berada di pusat banjir Kedah.
Roti canai o roti canai
Berita ini membuatkan kami merasa simpati. Dalam keterujaan menjelang reunion, Jamal melalui keadaan yang sukar. Apabila banjir melanda kemusnahan harta benda akan berlaku, lebih dari itu ialah kemusnahan emosi. Bukan satu perkara yang mudah melalui saat2 seperti itu.
Makcik tolong kira...kami nak berjalan jauh ni..
Dalam masa yang sama, Zamri juga senasib dengan Jamal. Cuma paras air yang naik di kediamannya tidak sekritikal Jamal . Dalam keadaan sukar, Zamri anak beranak mengharungi air banjir dengan berjalan kaki dan kemudian menaiki lori bantuan untuk mengambil kenderaannya yang di letak ditempat selamat untuk datang ke reunion di Taiping
....katanya... ini cerita 23 tahun tak berjumpa..pakat pi juga lah lagi umur ada.
ni air milo siapa tak habis ni..ish2
Zamri dan keluarga sampai di Taiping pada senja menjelang reunion dalam keadaan lesu dan letih. Raut wajah Zamri pada malam reunion kelihatan resah dan sedih.
Fikirannya bercelaru dan risau memikirkan keadaan kereta yang di showroom Alor Star tempat beliau di pertanggungjawabkan untuk menjaganya.
Begitu juga dengan anak2 dan isterinya yang tidak ceria pada malam itu.
Perjalanan ke utara
Pada petang reunion, Haron Mokhtar dari Jabatan Seni Halus mencadangkan agar di adakan kutipan derma kilat untuk Jamal dan mendapat persetujuan semua ahli
Malam itu , sebelum berpisah kami berpakat mengadakan mesyuarat ringkas dan membincangkan hal2 yang berkaitan. Selepas tamat mesyuarat, masing2 berkumpul untuk mengambil gambar kenang-kenangan di bawah khemah.
Dekni sempat perhatikan Zamri sedang tekun mengemas kini akaun budak AD83. Dalam keadaan begitu pun beliau tetap menjalankan tanggungjawabnya sebagai bendahari. Dengan cermat beliau menghitung kutipan sumbangan untuk Jamal.
Ketelitiannya bekerja menjadikan Zamri ketinggalan semasa sesi fotografi bersama kumpulan AD. Masa dekni melihat2 gambar untuk di upload pada rakan2 fb dekni perasan Zamri tidak kelihatan.
Selepas reunion..
Dekni, yem, zul dan isterinya Zaharah mencari2 tarikh yang sesuai untuk turun ke Utara. Dalam tempoh itu ada2 sahaja halangan..dari raya Hindu..ke raya Krismas..menjangkau ke raya Cina
Setia menanti Zamri menjemput kami di pejabat touch n go utara
Kami tiba di exit 178 kira2 jam 11.15 pagi. Sepanjang perjalanan itu Zamri mesej ke handset dekni dan zul supaya masuk ke exit 178. Katanya lain kali ingat Zamri ingat, birthdaynya 17.8. Sama nombor dengan exit ke rumahnya.
Sebaik tiba dekni terus menalipon Zamri. Katanya..dia berada di Tesco dan akan sampai dalam tempoh 20 minit. Kami tertanya2, apa lah pulak yang dibuat Zam di Tesco, masih membeli barang2 untuk menjamu kami kah?
Tidak lama selepas itu Zamri tiba dan sambil melambai tangan meminta kami mengikuti kenderaannya dari belakang. Baru saja bergerak, berhenti di traffic light yang pertama, handset dekni berdering dan tertera no zamri ad83Zamri >...Hello Azni, ni sat lagi sampai di rumah saya, suruh Ibrahim terus parking di porch. Spontan dekni jawab..baiklah.
Begitu lah Zamri, begitu detail dan bersusah payah memikirkan kepentingan dan keperluan yang lain.
Tidak sampai 7 minit, kami sampai di rumah Zamri yang terletak bersebelahan dengan SMK Dato Syed Omar, Alor Setar. Wajahnya kelihatan ceria dan berseri2.
Sambil menjemput kami masuk tangannya mengusung sebuah kotak yang sederhana besar...
Yem & Zul > zamri, ko beli apa tu....Rupa2nya Zamri pergi membeli meja makan untuk kami. Kami ingatkan dia main2, tapi bila kami lihat beliau membuka kotak, betul Zamri membeli sebuah meja makan plastik. Katanya, meja makan yang ada tidak cukup untuk menampung tetamunya. Begitu sekali Zamri meraikan kehadiran kami.
Isteri Zamri bernama Haziana yang lebih mesra di panggil Yana. Yana dan anakanda Adilia begitu sibuk di dapur dan kami memang sangat pandai membawa diri di rumahnya.
Mungkin kerana ini merupakan kali ke tiga kami bertemu, maka sudah tidak terasa kekoknya.
2 kali berjumpa di rumah Zul dan ini kali pertama di rumah mereka.
10 minit duduk sembang2, suami isteri ini sibuk mengajak kami makan.
10 minit duduk sembang2, suami isteri ini sibuk mengajak kami makan.
Ada nasi lemak, pulut serunding dan talam suji. Sambil2 tu Yana ligat di dapur memanaskan lauk yang dekni bawa untuk hidangan tengahari itu.
Sedap sungguh pulut serunding yang dekni makan di rumah mereka. Masih terasa2 di tekak kehalusan pulut itu dan serunding yang secukup rasa.
Sedap sungguh pulut serunding yang dekni makan di rumah mereka. Masih terasa2 di tekak kehalusan pulut itu dan serunding yang secukup rasa.
Tidak lama kemudian Jamal sekeluarga tiba.
Syahmiboy > Kak ika, ambil gambar puding ni..cantik..nampak sedap
Syahmi, siapa yang bawa tu...
auntie Fatimah
Hei..kenapa awak ambil gambar saya
...sebab awak sangat comel la
Saya lagi comel la..
comel tak saya
Inilah rezeki dan nikmat yang Allah berikan kepada hambanya. Dengan kuasa yang Esa dapat kami berkumpul semula dalam keadaan yang berbeza.
Isteri Zul bernama Zaharah sangat memahami ibadah suaminya sesama manusia. Dekni bersyukur berpeluang mendampingi mereka. Inilah di katakan rezeki....mendapat rakan yang ikhlas melebihi kasih saudara
Keceriaan dan kegembiraan terpancar di wajah masing2 bila mengimbas kembali kisah2 lalu
Allah menganugerahkan kepada Jamal isteri yang baik dan seorang puteri yang bijak bernama Amirah
Dekni dan anak sulung Zul
Jamaludin Said merupakan rakan terawal dekni, semasa mula2 dekni menjejak kan kaki ke bangunan AD. Kami di tempatkan di kelas yang dipanggil grup 2. Kami berada di grup 2 selama 2 semester bersamaan 1 tahun. Grup 1 dan grup 2 di letakkan di aras "ground floor" terpisah aras dari grup2 AD83 yang lain.
Ada di kalangan rakan2 kami yang telah kembali ke Rahmatuallah iatu Allahyarham Azman Muda dan Allahyarham Azli. Al Fatihah.
Walau pun telah terpisah lama dan sesekali jumpa tidak pernah menjadikan suasana menjadi kekok . Ada2 saja yang hendak di guraukan.
comelnya budak2 kecik tu...sebelah kiri dekni tu Zakuan Zamri &Ajwa Zamri
yang baju merah jaket itam tu Syahmi Zulazlan la..
Kegembiraan berjumpa semula dalam suasana kekeluargaan.
Hidup ini indah untuk di nikmati .
Selepas makan tengahari dan menunaikan solat kami bergerak ke destinasi seterusnya...
Cuba tengok ekspresi wajah dekni ..seperti memikirkan sesuatu.
ni ke rumah jamal yang kena banjir tu.tapi ni kan tinggi..kata air naik paras kepala orang dewasawaaa......rupanya, ini ialah rumah ke 2 jamal yang sedang di pulihara dan di bina semula. Masa kami bersembang2 mereka ada bercerita perihal ini. Tetapi kisahnya seperti tiada apa2..seperti hanya kayu yang di longgokkan di sebidang tanah yang terletak tepi sawah padi.
Rumah Tradisional Melayu ini sudah tegak berdiri dan pandai tukang sudah pun memasang alang rumah, lantai , daun tingkap dan lain2. Kami rasa sangat teruja melihat seni bina rumah melayu lama ini.
Geng sekelas Grup 2
Jamal tahniah,gembiranya kami semua untuk jamal. Inilah impian yem dan zul. Berangan memilikinya adalah satu keterujaan yang tidak akan pernah padam.
Rumah kayu tiang berapa ni...tak sempat kira la hari tu
Lihat lah betapa tinggi lampainya Zamri, sama tinggi dengan tiang. Yem dan2 tu hisap rokok, menandakan betapa sukanya dia dengan keadaan yang sedang di lihatYana dan Timah ralit bersembang sambil di buat penilaian teliti oleh si Amirah
Wanita2 penting dalam kehidupan kaum Adam
yang ujung kanan baju pink terang tu Zulaikha Nadia Zulazlan
Kasih sayang adalah anugerah Allah yang terbesar pada makhluk ciptaan Nya
Adilia >Mama Haziana > Amirah > Mama Fatimah
Mummy..we love u..you are the best mom in the world!
Dari kasih sayang akan lahirlah zuriat yang melengkapkan lagi kebahagiaan hidup
Bersyukur bagi mereka yang memilikinya
Akhirnya kami sampai juga ke destinasi yang paling penting dalam misi ini
Fatimah & Jamal > Jemputlah masuk semua, terima kasih sudi mai ke rumah kami
Kediaman yang kemas dan tenang membuatkan jiwa lapang dan gembira di rumah ini
1...2...3..senyum
dekni memang pantang tengok kamera...ramai yang faham sangat pe'el dekni
yem pulak sedang asyik menghayati kediaman Jamal, itu dah memang hobi tetapnya..bertukang
dato..1..2..3..senyum!
...serius dan terpegun kan apa tu cek oii...
tu dia...dengar cerita zamri.....pengalaman menjadikan kita semakin matang
Dalam loghat Kedah yang pekat Zam bersungguh2 bercerita hingga kami tak kering gusi, wal hal ceritanya itu adalah perihal banjir yang melanda
tu talipon sapa pulak tu..
jom.....
Ini lah dia sungai yang terletak bersebelahan dengan rumah jamal
Sungai ini cantik dan nampak tenang..tetapi mampu merosak dan memusnahkan harta benda dan jiwa manusia
Destinasi terakhir kami pada hari itu ialah ke rumah adik angkat dekni yang bernama Sarinah Hussein.
Ketibaan kami di rumah ina dan suaminya yang bernama Asun Mahadzi di sambut dengan penuh berhemah dan meriah. Maka sambung lagi sembang kami..
dato..o dato..hang tidoq ka..Zamir..tu.....p kejut pak hang..
aik...tuan presiden pun pakat lelap ka...
..bukan la............sedang mengimbau nostalgia kenangan lalu
ish2..lawanya budak rambut kerinting ni,,anak sapa yang comei ni..
....tu la Ajwa Balqis Ahmad Zamri
masing2 keluarkan cerita2 hot dan gosip sensasi serta slot tak kering gusi AD
zul sedang asyik bercerita sambil di hayati oleh yem
masa perpisahan pun sudah semakin hampir, jam telah pun menunjukkan ke angka tanda2 hari akan semakin gelap
1...2...3...senyum
..sayonara terima kasih semua...nanti kita jumpa lagi ye....
jom la..nak kemana pula ni
jom jalan pekan alor star sat
Sapa nak naik..lat ta li lat..
1..2..3...senyum
ish..naper yang lain tak nak posing..
Kami meninggalkan exit 178 kira2 jam 6.30 petang dengan perasaan gembira dan berpakat singgah di hentian Gurun untuk solat....
Sesungguhnya..Pertemuan ini merupakan ibadah kita sesama insan. Ia juga lambang kasih budak2 AD.
Dimana pun kita berada...berapa lama pun kita terpisah...
Biarlah kasih itu kekal indah, seindah alam ciptaan Tuhan
Kepada Yem & Zul,
Dekni gembira melihat persahabatan erat kalian
Kepada Zamri & Jamal,
Terima kasih kerana menjadikan pertemuan ini bermakna dan penuh kenang-kenangan
Dalam kepekatan malam menuju jalan pulang, anak2 keletihan terlena di ulit mimpi. Yem tenang memandu sambil sesekali menyanyi2 kecil. Dekni..tersenyum lega..
Biarlah kasih itu kekal indah, seindah alam ciptaan Tuhan
Dekni gembira melihat persahabatan erat kalian
Kepada Zamri & Jamal,
Terima kasih kerana menjadikan pertemuan ini bermakna dan penuh kenang-kenangan
Kepada adinda2 ku dan anakanda sekalian,
Sekalung penghargaan buat semua kerana setia menemani, memahami dan menghayati erti kasih sayang serta menunjukkan semangat silaturahim sesama insan.
Suka duka kehidupan datang dan pergi bersilih ganti seperti awan yang berarak lembut di permukaan langitSekalung penghargaan buat semua kerana setia menemani, memahami dan menghayati erti kasih sayang serta menunjukkan semangat silaturahim sesama insan.
Terima kasih Allah dengan hadiah yang Kau berikan pada hari ini.
...akhirnya tirai reunion pertama AD83 di labuhkan di tanah kelahiran budak AD83 yang pertama menghulurkan sumbangan ke tabung Sahabat Selamanya ad83. Niat ikhlas insyallah di akhiri dengan penyudah yang baik. Waullahualam.
Ceria2 selalu, makmurkan diri dan suburkan silaturahim kita selagi kita masih bernafas di bumi Allah.
Semalam adalah kenangan Hargai hari ini Esok belum pasti
Dengan Ingatan kasih & sayang,
Dekni
Salam. Terima kasih Azni.
ReplyDeleteKunjungan yang sungguh bermakna bagi kami sekeluarga ...
salam zamri.sama-sama. insyallah panjang umoq kami pakat p lagi dgn tuan presiden bbq kt rumah kayu lawa Jamal sekeluarga
ReplyDeleteDekni... tak dinafikan.. bila nak buat lawatan begini.. partner life kita mesti sporting habis... Uda dulu teringin nak ziarah kawan-kawan di Sg Petani.. tapi che abang uda ni banyak songeh..hehehheh
ReplyDeleteuda terima kasih sudi singgah dan memberikan kata2 semangat.dekni akan terus tulis dan tulis kerana percaya ramai yang membaca dokumentasi ini. 1 hari kelak ia akan jadi sejarah penting untuk generasi AD83
ReplyDeleteassalamualaikum... puan azni,saya Norain,pelajar politeknik sultan abdul halim muadzam shah..saya nak buat kajian rumah tradional melayu lama utk projek terukur semester akhir..boleh x kalau saya nak minta alamat dan no telefon pemilik rumah kayu yang puan post ni..saya sangat berharap puan dapat membantu dan puan dapat hubungi saya secepat mungkin.0124266520.terima kasih
ReplyDeleteWaalaikumsalam Norain. Terima kasih atas perhatian yang diberi. Saya akan respon menerusi panggilan talipon. Semoga Norain berjaya dalam kajian ini.
Delete:-)