Monday, May 9, 2011

Pengurusan rumah sukan di Tsung Wah

Bergambar bersama Cik Au Yong PK Kokurikulum

Tahun 2011 merupakan tahun ke 2 aku menjadi ketua guru rumah biru. Bila duduk2 bersendirian aku senyum sendiri..Bagaimana diusia ku yang sudah mencecah 46 tahun masih diberi kerja2 orang muda. Selalunya bahagian seperti ini diserah pada cikgu2 muda.

Tetapi mungkin kerana pergerakanku di sekolah yang "kelihatan" aktif membuatkan PK Kokurikulum ku yang bernama Cik Au Yong menyerahkan portfolio itu kepada ku.
Pada tahun pertama aku menjalankan amanah ini agak terpinga2 juga kerana segala2nya kelihatan asing dan tidak sama seperti mana 5 buah sekolah ku sebelum ini. Mula2 sekali ialah pengurusan Mesyuarat Agung Rumah Sukan yang sangat berbeza dari sekolah2 ku sebelum ini.
Di SMJK Tsung Wah, Mesyuarat Agung rumah sukan diadakan pada minggu pertama persekolahan. Sebelum mesyuarat itu berlaku, ketua guru rumah mengadakan mesyuarat rumah sukan dan membahagi2kan tugas.
Sebagai ketua guru rumah biru aku berhak melantik Penolong Ketua guru rumah sukan, Bendahari dan yang paling menarik,.. ketua rumah akan mengagihkan tugas seperti berikut :

Jumlah Kategori

2 orang guru - Lelaki A
2 orang guru - Perempuan A
2 orang guru - Lelaki B
2 orang guru - Perempuan B
1 orang guru - Lelaki C
1 orang guru - Perempuan C
2 orang guru - Kawad kaki
2 orang guru - Sijil dan akses maklumat ahli rumah biru
Budaya kerja seperti itu sudah terbina sekian lama di sekolahku ini dan diwariskan secara turun temurun, dan dibuat penambah baikan oleh ketua2 rumah sukan masing2 mengikut acuan masing2.
Maka apabila tiba masa untuk mesyuarat Agong rumah sukan, maka tidaklah menjadi kesesakan tempat, serta fikiran, kerana mesyuarat akan diuruskan oleh guru2 rumah biru mengikut kategori masing2.

Pada hari mesyuarat, tugas aku sebagai ketua guru rumah adalah mengedarkan borang perlantikan AJK mengikut kategori dan memastikan perjalanan mesyuarat yang dijalankan serentak di bilik2 darjah berjalan lancar.
Kebiasaannya guru2 rumah tersebut sudah mengenali athlit dibawah pengawasan mereka, dan tugasan melantik AJK bukanlah satu masalah yang besar.
Laushee Chong Chee Sian juga tidak melepas peluang melihat acara tarik tali

Padang Tsung Wah yang tidak begitu luas tidak pernah menghalang pelajar2 dari aktif bersukan. Latihan rumah akan diadakan sebanyak 4 kali sebelum saringan sukan dilakukan.

Latihan sukan rumah diadakan mengikut pengiliran dan sekiranya hujan pada hari tersebut, latihan sukan dianggap batal sekiranya hujan masih tidak berhenti selepas 15 minit berlalu.
Waktu latihan rumah sukan dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu Lelaki C dan Perempuan C diadakan disebelah pagi. Manakala latihan rumah sukan untuk Perempuan A Perempuan B bermula pada jam 4.00 - 5.00 petang dan Lelaki A Lelaki B 5.00 - 6.00 petang.
Seperti yang ramai sedia maklum peserta yang mewakili rumah sukan akan diberi nombor peserta. Walau bagaimana hebat pun mereka menyumbangkan pingat pada rumah masing2 namun disiplin menyimpan nombor itu adalah sesuatu yang aku hormati.
Sekiranya athlit menghilangkan nombor yang mereka pakai, maka mereka akan didenda wang sebanyak RM2.00 sebagai balasan pada kecuaian diri.
Lihatlah itu anak dan ibu. Kelihatan dalam gambar ini ilah Puan Tiang yang berpakaian t shirt hitam sedang memerhatikan anaknya yang bernama Celine dari tingkatan 3A1 mewakili rumah biru dalam acara 1500 meter akhir kategori perempuan B.
...dan lihatlah juga betapa indahnya langit ketika itu yang sempat ku rakamkan sebagai memori manis mereka berdua. Dalam acara ini Celine telah berjaya merangkul naib Johan. Tahniah Celine :-)
Aku suka merakamkan gambar semasa athlit sedang beraksi.
Mereka kelihatan sangat bergaya,......

seperti pelajar ini yang ku ajar di kelas 4 Sains 3 mata pelajaran Moral. Beliau ini antara pelajar yang suka melarikan wajahnya apabila aku ingin merakamkan gambarnya.
Facebook aku sudah dipenuhi dengan pelajar2 sekolahku kerana mereka begitu gembira untuk mendapatkan gambar2 aksi yang dirakamkan oleh ku.
1.......2........3........
Jump!!!!!!!!!!!...
Halangan yang berjaya dilepasi
dengan penuh yakin dan semangat kesukanan
Yeahh!! Kami juara 1500 meter hari ini laushee Azni,..

Tahniah to both of u,, teacher gembira dan bangga dengan Hishiko dan Celine. Terima kasih menjadi penyumbang kepada mata rumah biru.
Ciguuuu.....snap 1 photo meh~~

boleh, no problem,..

ini ialah pelajar2 tingkatan 4 yang aku ajar subjek seni dan juga moral dari kelas yang berbeza. hubungan aku dengan budak2 Tsung wah ni memang special sebab aku memang sedaya upaya cuba memahami perasaan, emosi serta latar belakang kehidupan anak2 muridku ini.

Adakalanya aku tewas dan ada juga rasa putus asa apabila kepenatan dan komunikasi menjadi penghalangnya.
,.. dan walaupun pengiliran negatif tetap berlaku, tetapi kami semua saling support to each other supaya ikhlas bekerja dan berfikiran positif dalam hidup.

Terima kasih Tsung Wah kerana memberi aku seribu pengalaman hidup yang begitu mahal,.iatu bekerja secara ikhlas dan gembira dimana pun aku berada. Jumpa lagi dilain waktu. Bye.

2 comments:

  1. Salam Lausye Asni,

    Letih juga menguruskan persiapan sukan ye tapi seronok at the end bila semuanya setel.

    Teringat at one time saya pernah juga join grup cikgu and staf sekolah. Pada masa tu geng2 sya tadi minta tolong buatkan rumah kumpulan (tak silap biru) beserta design. Jadi kami pun masuk ke kebun getah cari pokok2 hutan serta pelepah rengkau(mcm pelepah salak tapi panjang skit). Kemudian mlam tu sbuk potong kayu dan buang kulit rengkau(Sbb ada hadiah untuk rumah tercantik). Besuknya sibuk lah buat rumah serta gerbang pintu. Atas gerbang diikat rengkau dan didesign dengan tajuk rumah biru (kalau tak silap le). Kemudian kayu2 rumah tadi dililit dengan ulan(sejenis tumbuhan menjalar). Ptg siap walau tak sempurna. Besuk sukan. Petang besoknya sya datang tengok bdk2 brsukan tinggal pintu dan pagar je je.Gerbang hilang digoyang oleh bebudak. Dlm hati dok kata memang tak merasa menanglah rumah tercantik dan memang tak menang pun.Kelakar betullah.

    Namun dah lebih 20 tahun tak jumpa kwn2 saya tu. Semoga Allah SWT merahmati mereka.

    BTW tahniah pada Lausye Ashni sebab sentiasa positif dan ikhlas dalam kerja.Keep it up ..

    Mountain Climber

    ReplyDelete
  2. Tuan Pendaki gunung,,

    Terima kasih sudi singgah. Gembira membaca pengalaman u 1 ketika dulu

    :-)

    ReplyDelete