Wednesday, June 22, 2011

aku sayang mereka dengan cara ku

Cikgu Azni dan 2 pelajar lelaki dari tingkatan 4A3. Ini merupakan tahun ke 4 aku di Tsung Wah

Semakin lama aku berada di Tsung Wah, perlahan-lahan aku memahami gaya dan corak pemikiran anak2 cina.
Sebagai seorang guru, satu cara untuk berkongsi perasaan "we are Tsung Wah " aku akan merakamkan gambar kenangan semasa mereka beraktiviti di sekolah. Sekiranya ada masa, aku berusaha membuat video dari gambar tersebut.
Aku memandang pelajar dengan mata ku yang kasih, Aku sayang mereka dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan.
Kadang kala mereka seperti 'menjarak " diri dari ku atas alasan malu,. namun aku berusaha menghampiri mereka dengan gaya ku yang bersahaja. Boleh di katakan pelajar TW mengenali diri ku melalui platform Facebook kerana aku akan berkongsi gambar2 aktiviti TW di laman sosial itu.
Sememangnya mereka menghormati diri ku walau pun aku tidak pernah mendidik mereka. Ini dapat di kesan dengan perkataan "laoshi/cikgu" dari mulut mereka apabila terserempak dengan diriku, sambil menunduk kepala tanda hormat. Aku menghormati dan menyayangi pelajar yang pandai hormat pada guru.
Sekiranya aku ada masa, aku akan berbual2 hal2 biasa bersama mereka. Walau pun aku berbangsa Melayu,. namun perasaan sayang aku sebagai seorang guru pada pelajar adalah tidak mengira kaum dan agama.

Semoga Tuhan beri aku kesihatan dan keimanan yang tinggi untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berguna melalui cara ku yang tersendiri.



2 comments:

  1. adakalanya lebih mudah berinteraksi dengan mereka dari berlainan bangsa dan agama berbanding bangsa sendiri atau seagama..dekni kena cari sebabnya kenapa na...

    ReplyDelete
  2. salam bang mad,
    terima kasih sudi singgah. Mudahnya kerana mereka dalam kelompok tidak suka mengata dan bergosip. Walaupun pada luaran kadang kala seperti mereka ini selfish,. tetapi sebenarnya mereka ialah kumpulan yang sukar meluah emosi secara terang dan jelas.

    Luaran seperti kasar,. tetapi mereka berjiwa halus tetapi tidak di paparkan atas dasar didikan budaya turun temurun.

    ReplyDelete