Monday, April 23, 2012

dan masa terus menghambat kita


ruang kerja ku this few past years

...dan masa terus menghambat kita
dengan ruang waktu

yang makin mengecil
oleh tuntutan yang inginkan begitu..dan begini..

dan masa terus menghambat kita
walau jiwa dan raga seperti tidak bersedia

mampukan kita...
untuk menghambat waktu
yang kadang membuatkan kita sedikit keliru

..apakah?

yang ingin dihambat itu
mampu menyerahkan satu kepastian
yang kita sendiri tidak dapat pastikan

Terima kasih Johor Bharu

Bertemu semula Haslina/Lin Pottery AD83 dengan diri ku dipenghujung 2011


Terima kasih Johor Bharu
..selepas 25 tahun berlalu

dalam senyum sendu..
kita bertemu

Terima kasih Johor Bharu
kerana sudi memberi ruang waktu
untuk kami ingati masa lalu

Johor Bharu..
kami kan kenang lembaran baru
yang menjadikan hati kami bersatu

Terima kasih Johor Bharu..
semoga dapat lagi kami bertemu

dilain ruang waktu..




Saturday, April 7, 2012

GERIMIS SEMALAM

Kisahnya..

..aku ingin sekali mencatat kenangan detik berita pemergian Almarhumah mak mon ku melalui persepsiku sebagai insan yang paling rapat dengan suamiku. Walaupun fikiran ku sarat dengan perihal kerjaya ku yang sangat sibuk,..detik itu..detik pilu itu tak akan luput dari ingatan..

..nampaknya aku masih tidak mampu mengungkapkan kata2 kerana banyak kenangan suamiku bersama mak mon yang sentiasa ku simpan dalam hati.

i will...one day ..i will...hanya doa dan sebuah klip video buat mak mon yang ku kasih. Semoga roh mu aman dipersemadian Allah Taala

Pemandangan senjakala ini dirakamkan di lebuhraya Temerloh melalui 2 pintu gerbang. Gerbang 1 menyambut dan gerbang 2 falsafahnya mengucapkan sayonara. Dalam kehidupan..ya begitulah..kita bertemu dan lambat laun kan berpisah juga dari roh dan jasad kita.

Mudah-mudahan amalan baik kita sesama makhluk di Rahmati Allah,mudah2an insyallah.


Wednesday, April 4, 2012

Falsafah hidupku

Bukit Gantang, Perak
Kisahnya...

....ada rahsia yang dirahsiakan Nya. Janganlah sangat-sangat kita nak menjangkau apa yang tidak terjangkau oleh akal kita


Kuala Kangsar, Perak

...masa-masa sukar memilih persimpangan. Dalam gelap kita bergerak mengikut cahaya yang ada..perlahan-lahanlah ,. usah tergopoh gapah



Klang ,Selangor

...adakala malam diiringi langit mendung, adakala malam diiringi langit cerah. Usah khuatir,. kerana malam akan berganti siang

Lebuhraya Utara Selatan

Permukaan langit berubah-ubah mengikut Penciptanya, begitu juga permukaan hidup kita,. akan berubah..berubah secara cepat atau secara perlahan-lahan..



Dari cerah pagi, bertukar ke tengahari, lantas ke petang, beransur-ansur memasuki senja.

Langit senja memang cantik, tetapi ia tidak lama, hanya seketika sahaja, maka hargai lah senja sekiranya kita berpeluang melihatnya. Falsafahnya..usia diwaktu senja juga tidak begitu panjang seperti mana usia kita semasa bayi menjelang ke alam dewasa. Walaupun tidak panjang pemandangan langit senja,namun keindahannya sangatlah indah. Mengapakah Allah mencipta waktu senjakala yng paling indah, ..falsafahnya..renung-renungkanlah..



AL FATIHAH

Sunday, April 1, 2012

Semangat kasih sayang

Boss ku cikgu Ong Moy Chun Pengetua SMJK Tsung Wah dan anak angkatnya

Kisahnya.......

Hidup di dunia ini adalah sementara sahaja. Maka umat manusia sangat diminta agar saling mengikhlaskan hati, hidup berkasih sayang, tanpa mengira bangsa mahu pun agama.
Sejajar dengan itu bahagian unit kauseling sekolah-sekolah di Malaysia telah merancang program guru penyayang dengan tujuan memupuk semangat kasih sayang antara guru dan pelajar.

Tidak ada kriteria khusus siapakah anak angkat kami.

Namun, guru-guru digalakkan mengambil anak angkat yang memerlukan perhatian dari sudut akademik dan aspek lain.
Sebagai seorang manusia biasa, walaupun bukan bergelar seorang pendidik, naluri dan jiwa kita sering terpanggil untuk berbuat baik sesama insan di dunia.
Inilah anak angkat ku yang bernama Yang Chi Choi dari kelas 5A4. Sememangnya aku sendiri yang memilih Yang memandangkan aku ingin melihat satu perubahan jelas pada diri Yang sebelum dia tamat belajar di sekolah akhir 2012.
Yang mempunyai kawan baik yang bernama Ching Peng Yee. Kedua-dua mereka ini rajin berjumpa aku di bilik guru.

Ada-ada saja lah mereka berdua ni...bertanya-tanyakan berbagai perkara memandangkan kebetulan aku juga guru kelas 5A3.

Cita-cita ku dan Eyma, merangkap emak angkat Ching Peng Yee adalah untuk membantu mereka berdua lulus dalam mata pelajaran Pendidikan Moral, Pendidikan Seni Visual dan jika boleh menjangkau lulus mata pelajaran Bahasa Melayu.

Ada juga kami bergurau dengan anak-anak angkat kami untuk meng "make over" mereka.
Cara menyikat rambut, menyepit rambut dan lain-lain nya. Cewa macam lah cikgu tu lwa sangat ek.perasan sungguh!
Cikgu Tan Geok Aun Penolong Kanan Hal Ehwal Murid dengan anak angkatnya sedang dalam sesi suai kenal.
";Mari kita terbang bersama-sama...ayuh .."
Aku membantu mengaturkan sesi fotografi untuk mentor dan mentee dengan pandai tukang gambar cikgu Hayati. Beliau adalah pakar foto di sekolah ku.

Koleksi kamera serta lens serta gajet2nya memang menterjemahkan Cikgu Hayati sangat menyintai bidang fotografi.

1....2.....3......!
Terakam sudah 1 kenangan, semoga ibadah dan kerja kita di dunia ini mendapat keberkatan NYa. Mudah-mudahan, insyallah.