Showing posts with label life. Show all posts
Showing posts with label life. Show all posts

Monday, May 6, 2013

Usah bermegah-megah

Assalamualaikum sahabat blogger yang ku kasih,

Kebiasaannya, aku jarang sekali merangka apa yang hendak ku tulis. Maka, bagi pembaca blog ini sudah tentu agak "pening" membaca bahasa aku yang lintang pukang sebab itu ialah "bahasa hati" aku.

Secara peribadi, aku bukan peminat arena politik,di saat ini aku sedang mendengar-dengar di hujung telinga dari pengacara tv,...menunggu, kalau-kalau ada pengumuman  ~ cuti khas 6 Mei 2013 sempena PRU 13. Pada aku siapa pun yang menang atau kalah sepatutnya cuti khas di beri. Pandangan aku adalah atas faktor pengundi yang pulang ke kampung halaman dan ia berlaku hanya 5 tahun sekali.

Dari minggu lepas lagi, rakan aku yang dilantik sebagai petugas SPR di PRU 13, bergelut membuat preparation. Bagi yang dilantik jadi ketua saluran undi  kalut mengisi borang tertentu SPR di celah timbunan buku-buku pelajar yang juga perlukan perhatian.

Aku memang terkeluar dari kategori "part time" apa pun termasuk menanda kertas SPM atas dasar " tidak bercita-cita tinggi dan ingin menjadi "rakyat biasa sahaja".

Namun,kebebasan aku itu berakhir,... apabila, baru-baru ini aku dilantik secara rasmi oleh JPN untuk bertugas secara rasmi, menjadi wakil Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk tugas yang memang aku elak dari zaman aku berkerja di negeri Darul Ehsan. Tugas itu adalah tambahan dari menjadi tugas pendidik.

Suka tak suka aku kena harungi perjalanan rasmi tersebut dengan redha dan semoga Allah bersama-sama aku. Telah pun ku pesan pada mereka yang bakal ku "ziarah" apa kah yang perlu ada, dan "lawatan"aku itu adalah untuk menolong menyelesai masalah jika ada, dan untuk permudahkan amanah mereka yang terpikul dibahu masing-masing.

Aku berdoa pada Allah agar Allah selalu bersama aku,permudahkan urusan aku dengan kawan-kawan lain. Aku akui,.. aku kurang senang mencari kesilapan dan kesalahan apa tah lagi menegur  dan perlu pula diperbaiki diri mereka. Aku insaf kita manusia lemah dan tidak sempurna, tetapi bukan semua manusia suka di tegur kesalahannya.

Aku kena berhati-hati dan berhemah mengguna kata-kata yang sesuai.  Maka sedarlah aku..bukan senang menjadi "tegas pada tempatnya" sebab aku ni mudah "cair dan memaafkan".
Baru-baru ini aku mendapat hadiah yang sangat bermakna dari sahabat aku yang bernama Cikgu Hajah Noraini Abdul Majid yang ku panggil nama Noni. Walau pun aku ada naskah tersebut, namun naskah tafsir Al-Qur'an yang diedar oleh Telaga Biru ini sangat aku suka atas sebab-sebab tertentu. Terima kasih Noni,..dengan bait-bait kata pesan beliau :

Kak Azni cayang,

Al Quran itu cahaya
Al Quran itu kebenaran
Al Quran itu penawar duka
Al Quran itu ketenangan

Sebarkan Al Quran walau pun sepotong ayat
Berdakwah sepanjang hayat
Untuk akhirat

Salam Kasih Nan Abadi ~ Noni

Aku memang suka membaca dan hadiah tafsir Al Quran adalah tepat pada masa nya...disaat anjakan usia yang banyak mengubah persepsi diri aku pada dunia dan kehidupan yang indah ini.

Dengan insaf diri marilah kita hayati :

Surah At Takathuur ( Bermegah-megahan)
Surah ke 102 : 8 ayat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1. Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba untuk mendapat sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak-pinak,pangkat dan pengaruh)

2.sehingga kamu masuk kubur

3.jangan sekali - kali (bersikap demikian)!Kamu akan mengetahui kelak.
 
4. Sekali lagi (diingatkan) : jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat yang buruk pada hari Kiamat).

5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.

6. (Ingatlah)! demi sesungguhnya!kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

7. Selepas itu, demi sesungguhnya,kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)".

8. Kemudian kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat ( yang kamu telah menikmatinya).
 
 
SubhanAllah Maha Suci Allah, terima kasih untuk segala nikmat dan anugerah Mu Ya Allah.
 
Sekadar berkongsi ayat yang ku petik dari seorang pujangga
Kita adalah
 
apa yang kita baca
apa yang kita tonton
apa yang kita dengar
apa yang kita lihat
 
Hakikatnya
 
Itulah makanan rohani kita
 
dan
 
mata kita adalah jendela hati
 
Terima kasih pada kalian yang sudi singgah dan menghayati bait-bait kata dari ku.Wassalam.

Wednesday, May 1, 2013

Milik Allah, dan kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Bersyukur dengan nikmatMu

Alam indah dari lebuhraya Kuala Kangsar -Taiping
 
Assalamualaikum sahabat blogger yang ku kasih.
 
Setiap hari kita lalui kehidupan samada secara perlahan atau secara pantas adalah bagaimana kita mengolah dan menangani kehidupan kita itu. Semua manusia secara asasnya ada mata, hati, akal dan perasaan. Apa yang membezakan kita adalah ego. Keimanan sudah pasti perbezaan yang jelas-jelas. 
 
Pertama  kali aku dengar perkataan ego ini adalah masa mula-mula aku bergelar mahasiswa di sekolah seni tempat aku belajar suatu waktu dahulu.
Masa itu era rock kapak tahun 1983, kata aruah abang senior yang berambut afro itu.."adik-adik, abang nak beritau adik-adik,..orang seni ada egonya.
 
Katanya lagi.."yang membezakan kita orang seni ialah, ego itu tinggi atau rendah. Nanti adik-adik akan tau pelan-pelan bila dah mula belajar kat sini"


 Bunga tanjung yang sungguh  menawan gugur di seberang jalan rumah ku pagi ini
 
Aku tamat belajar di sekolah seni tersebut adalah pada tahun 1987. Aku mula berkerja di sebuah kilang antarabangsa terkemuka dan Allah beri aku peluang naik kapal terbang, tengok awan terapung -apung,dan dapat lihat negara yang menjajah kita pada tahun yang sama. Bermakna aku mendapat nikmat dari Allah lebih awal dari rakan-rakan sama belajar di sekolah seni. Aku tidak berniat takjub diri,.maafkan aku wahai Tuhan.. 
 
Apabila aku bertukar kerja menjadi orang muzium, banyak sungguh milik Allah dapat ku nikmat dan lihat. Apatah lagi dengan title orang yang menjaga bahagian pameran ilmu kejadian, bagai pucuk ulam mendatang. Masuk keluar hutan dan berjumpa pelbagai rakyat jelata.....dari orang kampung, polis hutan, perhilitan, orang galian, orang asli, kenyang aku berjalan merata hutan di negeri Darul Ehsan. Aku  melihat indahnya alam milik Allah yang asli dari mata mentah dan muda. 
 
Cuma yang tercicir pada ketika itu ialah,..
 
masa itu aku tidak bercita-cita langsung memetik lensa kamera merakam apa yang ku lihat. ... sebab tidak memiliki kamera dan tiada kecenderungan untuk membeli kamera.
 
walhal, kamera Nikon arwah kak Azlina sangat mahir aku gunakan semenjak dari usia aku 15 tahun.
Namun aku bersyukur dengan nikmat Allah itu.
 

 Pakis hijau ini sungguh cantik dan kelihatan tembus cahaya di bengkel usang sahabat kami yang bernama Sa'aya, pengusaha seramik di kampung Karai
 
Masa aku buat keputusan berhenti kerja muzium, aku menangis sungguh-sungguh. Hingga kini aku masih ingat lagi muka kawan-kawan muzium aku, terutama Pengarah muzium aku yang bernama Encik Paiman Keromo. Dengar-dengar beliau kini berkhidmat di Muzium Selat Teberau.
 
Demikianlah telah tertakdir perjalanan hidup aku yang akur dengan perjalanan yang telah disusun oleh Allah SWT.
 
Berkhidmat di enam buah sekolah selama 23 tahun dengan diberi kerajaan tiga kali anugerah cemerlang bukanlah perkara yang melayakkan aku berbangga untuk apa pun.,kerana aku tak semengah mana. 
 
Sebenarnya aku sangat malu dengan anugerah itu, yang aku rasa tidak layak. Ia di dasari atas kerja dunia yang dinilai oleh manusia yang ada strength and weakness. 
Pujian dan anugerah hanya layak  diberi oleh Allah sahaja. Terlalu banyak perkara yang aku lalai dan leka. Paling aku takut ialah perasaan takjub diri dan riak.
 
Cita-cita dan matlamat aku didunia setakat ini belum sampai lagi. Aku teringin sangat nak duduk tenang-tenang di satu tempat dimana dapat aku tinggal dalam kawasan yang sedang-sedang sahaja. Aku nak berjalan kaki dikawasan tersebut dengan pakaian Allah dan belajar ilmu-ilmu agama dengan ustaz yang berkarekter seperti ustaz Kazim yang sederhana dan merendah diri. SubhanaAllah, Maha Suci Allah alangkah bahagianya jiwa apabila dapat hadiah sebegini dari Allah.
 
 
 
Sarang labah-labah kelihatan tenang-tenang sahaja menjalur-jalur antara daun ke batang yang sempat ku curi pandang semasa melihat hujan berhenti dari bengkel Sa'aya di Karai.
 
MasyaAllah, SubhanAllah Maha Suci Allah Tuhan Yang Pengasih lagi Penyayang, semoga cita-cita tinggi aku itu terkabul oleh Mu sebelum aku menutupkan mata di dunia yang indah ini. Semoga ajal ku kelak dalam keadaan yang baik, bersangka baik dan baik-baik belaka. Insyallah..mudah-mudahan..Amin.

Wednesday, January 2, 2013

Air sirap satu, kopi ais satu, nasi dua pinggan setengah.Letak kuah saja, tak payah lauk.

Assalamualaikum sahabat yang ku kasih.

Selamat Tahun Baru 2013. Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna dan terisi dengan wadah yang lebih bererti dalam kita menongkah arus kehidupan.

Tahun 2012 dilalui dengan penuh sederhana. Ada kisah suka dan duka...

seperti siang berganti dengan malam dan masa terus berputar.

Seperti mana sahabat-sahabat lain, aku juga turut  mendoakan diri sendiri,. agar diberi nafas dan kesempatan di bumi Allah yang indah ini,. untuk terus melayari hidup yang tidak tahu di mana kah penghujungnya.

Apabila aku sudah mulai masuk fasa penghujung usia 40 jalan ke 50 tahun, pandangan aku pada hidup telah berubah, selaras dengan kata-kata bukan pujangga....rumah kata pergi, kubur kata mari.
Tengahari tadi aku duduk makan dalam kedai dengan encik suami,.. di penghujung suapan nasi ku,. masuk sepasang suami isteri warga emas dalam kategori rakyat jelata yang susah seperti sang pengemis,. memimpin masuk mungkin cucu mereka yang rupa paras langsung tiada iras mereka. Kanak-kanak lelaki usia lebih kurang 3 tahun itu comel dan putih.

Aku biasa melihat mereka "bersiar -siar"  di pekan Kuala Kangsar dengan gaya yakin dan "arrogant".

"Kami nak nasi 2 pinggan setengah, letak kuah gulai satu, letak kuah lemak satu, letak sayur satu. Sayur tauge tak mahu, sayur lain boleh. Lauk tak payah. Orang miskin makan kuah saja dengan nasi. Air sirap satu, kopi ais satu"

( mereka masuk kedai, terus duduk, dan memesan makanan dan minuman.
Percakapan yang sama di ulang-ulang, dengan perhitung aku sebanyak  4 kali )
Baik suami ,.atau pun isteri ,..mereka bercakap dengan nada kuat dan yakin.
Riuhnya di tambah dengan cucunya yang tak mahu sayur kangkung, minta kuah lemak menjadikan suasana dalam kedai tengahari itu agak "meriah".

Aku lihat tauke kedai layan mereka seperti sudah "biasa", sebab mereka tidak melayan "serta merta"

Selesai aku menbasuh tangan di sinki, aku terus ke kaunter bayaran. Oleh kerana sikap semulajadi aku yang bersahaja, aku sempat "menyiasat" siapakah mereka...

"mereka dari Jeliang cikgu..."

ooo..Jeliang kat mana kak?

jalan ke manong, naik bas. Suaminya tu panas baran., ada sekali tu dia marah sungguh....
...............................................................
............................................................

ooo...

"kak,.saya bayar sekali untuk mereka.."
 .....sambil aku membetulkan duduk di kereta, encik suami mmemberi "ulasan selari" nya.

As usual,. aku keluarkan modal 2012 yang pernah dia katakan pada aku..

" You ingatkan... apa yang you pernah kata pada nie, ..

Orang naik basikal masalah dengan rantai basikalnya, orang naik mercedes dengan masalah mercedesnya. Siapa kita untuk menilai apa pun, kepada siapa pun.

Macam kita lihat orang lain,..macam ok je..tapi tak ok.

macam tu juga orang tengok kita, entah apa pandangan mereka pula....

.alah bang...sedang keluar dari satu perut pun perangai tak sama, dan tak faham pun siapa kita..."
 
Maka rakan-rakan yang ku kasih, permulaan untuk tahun baru 2013 ini,bersama-sama kita berdoa,. agar kita selalu memandang kehidupan disekeliling dengan rasa bersyukur.
 
Belajar menghargai orang-orang yang mengasihi diri kita.
 
Kuat dan tingkatkan ibadah kita pada Nya, Berusaha mencari masa bersendiri dengan Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
 
Berbakti dan berikhlas hati sesama makhluk di muka bumi ini...dan mohon pada Allah agar mati kita kelak dalam beriman, berbaik sangka dan mendapat pengampunan dan redha pada insan-insan yang mungkin kita pernah berdosa pada mereka.
 
Waullahualam.
 
Sekian,.terima kasih sudi meluangkan masa singgah dan membaca secebis catatan ku.



Saturday, December 15, 2012

Gerimis malam..mengingati mati,..dan pesanan Tuan Imam


7.50 malam 26 November 2012

Lan,..cer ko ke depan, laju sikit dari aku,..tengok apa yang menyekat jalan kat depan tu, ..kot kot ada apa yang boleh dibantu.
(jari jemari ku pantas menekan pemicu kamera)

..dalam pekat malam sahabat baik aku menyeberangi sungai Perak melalui jambatan "penghubung silaturrahim" penduduk kampung dengan ahli tanah perkuburan Islam Kampung Buaia.


...ke teng ...ke teng...ke teng...ke teng.....



( tapak kaki aku sedang memijak lantai besi jambatan tua yang ku lihat dalam samar-samar... ...nak tanya atau tak...nak tanya atau tak )

( ahh...demi untuk "kenangan istemewa" aku mesti beranikan diri,...)


Assalamualaikum Tuan Imam,.
.
Waalaikumsalamwarahmatuallahiwabarakatuh.......

..hm,,,Ustaz...saya cikgu Azni,. kawan arwah Cikgu Nor Khalilah.


Ya cikgu sila kan, apa yang hendak cikgu katakan

..begini.....

(walau pun aku agak gentar untuk menyatakan hasrat aku, namun aku "gagah"kan diri  berkata-kata)

Begini Ustaz,..

Ya saya,..

( cara-cara Ustaz menjawab, beliau kelihatan sangat "friendly",.

Ini berdasarkan "observation" singkat aku di masjid tadi.

Kebetulan aku jemaah wanita tunggal dan "asing" di masjid kampung Buaia.



( kami sempat bersembang dengan ustaz di tangga perihal urusan pengkebumian sebelum bergerak )


Ustaz,... 

saya nak mohon bebenaran ustaz untuk mengambil gambar pengkebumian...

saya hanya gambarkan dari jauh,. dan tidak akan mengambil gambar jenazah.





..belum sempat aku menyambung kata-kata seterusnya.....

..beliau berhenti berjalan,.sambil berkata..


Alhamdulillah,

silakan cikgu..,
(dalam samar-samar aku lihat ustaz senyum sambil mengangguk-anggukkan kepala )

Cikgu,. ustaz sangat gembira dengan niat cikgu.

Tiada larangan.... malah di boleh mengambil gambar jenazah dengan tujuan untuk mengingatkan kepada yang hidup.

Saya benarkan. ..silakan cikgu,.
Ini lah yang sepatutnya kita yang hidup lakukan dan ingatkan. 
Mungkin ada rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada malam ini dapat melihat gambar yang cikgu ambil. 

Ini bagi mengingatkan pada kita yang lalai dan lupa akan kematian,. silakan cikgu.
Jika perlu cikgu paparkan di mana yang sesuai, agar kita yang hidup merasa insaf.

Terima kasih Ustaz,..terima kasih..
sama-sama cikgu,..saya jalan dulu ya cikgu.
Silakan ustaz.

( debaran jantungku yang kencang telah mereda...seiring itu aku sebak dan menitiskan air mata ...
..sebak,.. kerana aku di beri kesempatan ini oleh Allah untuk turut bersama-sama mengiringi perjalanan akhir seorang sahabat )


(....sedang aku berteleku di satu sudut dalam gelap,.aku terkejut dipanggil Tuan Imam..)

Cikgu,..Cikgu..

Mana cikgu tadi?

...ya Ustaz..saya di sini. 
( aku masih terkejut,.kerana aku hanya seorang wanita  ingin "selesa"  diam-diam.....kenapa aku diberi perhatian khusus olah Tuan Imam, sedangkan ini urusan pengkebumian jenazah...)



Silakan cikgu ambil gambar, jika perlu ke depan

..baik ustaz..
(aku tak berganjak kerana hanya perlu menarik lensa cara "wide" atau "zoom" sahaja ) 

cikgu,..
Ya saya Ustaz,.

sila berkongsi apa yang ada di sini,. dan saling ingatkan pada kawan-kawan yang tidak dapat hadir pada malam ini..

ya Ustaz,.insyallah...


Tuan-tuan dan puan-puan yang hadir pada malam ini,.

Lihatlah,. inilah bantal kita yang terakhir didunia..

Bantal yang di perbuat dari tanah,... kita balut dengan kain putih,. 

maka sila ambil iktibar..,,bahawa kita semua adalah sama disisi Allah Taala,. yang berbeza adalah,.ibadah kita pada Nya, amalan-amalan yang baik...
 

Tuan-tuan,cikgu..

Dalam liang ini,..tak kira siapa,.cikgu kah,..pengurus besar kah.,sama sahaja, tak ada beza..tak ada beza..sama




apa yang ada pada kita,......harta,.anak.,semua tinggal..semua tinggal..
kita semua akan bersendirian di dalam ini.,,

sehinggalah hari perhitungan,. menghitung ibadah kita, amalan kita,..




...Usah takut tuan dan puan serta adik-adik....ustaz ada disini,


...bersama-sama kita melihat bagaimana jenazah dikebumikan.
Kita ambil iktibar untuk menginsafkan diri kita.

 Berbuat baiklah didunia ini, jaga hubungan kita dengan Allah,.insyallah..



Ustaz ucapkan terima kasih pada yang hadir,.syukur alhamdulilah,..malam ini ramai sama-sama berada disini, walau pun sedikit lewat ,.dalam keadaan gerimis. 


Ustaz nak berkongsi sedikit pengalaman ustaz...jika di Makkah tuan-tuan..masyallah...

Ustaz melihat begitu ramai yang berebut-rebut untuk turut bersama solat jenazah..(masa ini ustaz menangis, dan bercakap dengan suara sebak dan tersekat-sekat..)

...........



..cikgu...cikgu
(suara itu kuat dan jelas)

aku melihat seorang lelaki berketayap putih dengan T.shirt kuning memandang aku dengan tepat

ya saya..

Cikgu, gunakan lah flash, mana nak jadi gambar tak pakai flash

( kali ini aku benar-benar terkejut...alamak..siapa pulak kah beliau, aku fikir aku akan di marahi, rupanya sebaliknya)

er...tak mengapa..tak perlu flash..tak perlu, insyallah gambar ok....



azni..   (cikgu Roslan)

..kalau tak silap saya,. lelaki yang tegur tadi tu,.yang pegang "torch light" tu adik arwah kak ilah. Dia tu pensyarah Fotografi di IKBN.

oo ye ke..

..dulu masa aku budak-budak, aku membaca bait-bait dalam buku di perpustakaan,... guru penyuluh hidup.

Arwah adalah seorang guru yang menjadi inspirasi aku,.beliau selalu berusaha menyuluh hidup insan-insan yang berada di kelilingnya.

Sifat mulia beliau yang paling jelas ialah sangat kuat bersedekah, terutama memberi makan pada siapa saja yang beliau teragak.

Aku mesti akui,.walau pun sebelum ini aku kurang rapat dengan arwah, hanya sesekali menyakat,. dan ada kala "menegur" keriangan "luar biasa" beliau. 

Rupa-rupanya 2 jam masa "kristal" yang Allah berikan pada aku dan arwah sebulan sebelum meninngal dunia adalah bagi membolehkan aku "melihat dengan dekat" siapakah pemilik wanita berhati suci ini.


Sememangnya rezeki Almarhumah Kak Khalilah di kebumikan betul-betul di pintu masuk ke Tanah Perkuburan Kampung Buaia.



Semasa hayatnya, arwah selalu mengucapkan salam dan  "good morning" "bye-bye "pada rakan taulan serta pekerja-pekerja sekolah.

..jasadnya telah terpisah dari roh...




yang tinggal, ilmunya.

.serta anakanda Nurul Ilham yang solehah,..mudah-mudahan..insyallah
 


Cikgu, beri saya kamera cikgu,.......

...............



Gambar kenangan aku, bersebelahan dengan rakan guru..Cikgu Roslan, Zaity dan Fazli.



Nurul Ilham anakanda Arwah Kak Khalilah yang sangat....sangat tabah serta kuat daya juang




Semoga arwah ditempatkan di kalangan kaum muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah..



Sekalung terima kasih kepada keluarga Almarhumah Kak Nor Khalilah kerana mengizin dan meredhakan aku berkongsi segala nya di sini


Juga ribuan kasih kepada encik suami yang mengizin dan merestu 
"ziarah" aku, beliau di luar kawasan semasa peristiwa.



Al Fatihah





Tuesday, December 4, 2012

Begini lah yang aku mahu




Semalam adalah kenangan                     HARGAI hari ini           Esok belum pasti

... ( 3 Disember 2012 )  4.35 petang                  

...sms masuk ke hand phone aku.......Baii makk....hehe.tenkiu bawak jalan-jalan  ngan hantar ika kat bas stand.
..dalam bayang samar-samar aku lihat kelibat ika dalam bas ekspress Kuala Kangsar - Kuala Lumpur yang mulai mengundur bergerak perlahan..
..ntah kenapa kali ini aku sangat pilu  ..kebetulan aku bersendirian di petang yang redup itu
ruang mata aku sudah mulai kabur di penuhi dengan airmata jernih yang mulai hendak gugur ke pipi.

 Terasa baru lagi aku menghantar ika ke tempat belajar nya.  Di negeri yang sensitif dengan sejarah pemergian Allahyarhamah kakak ku Azlina yang menderita sakit kanser payu dara. ..

...dan sangat baru aku rasakan perbualan adik kakak dengan arwah Kak Nor Khalilah. Kami berbual hampir dua jam di bilik rehat guru SMJK Tsung Wah.  Kata -kata sayu dari beliau,......

kata-kata semangat dan perangsang yang aku susun dan perkatakan di gegendang telinganya,
kata-kata pujukan dan rayuan agar redha dengan kehidupan pada beliau..

segala kata-kata aku dan dia ,.yang ku tiupkan dalam jasadnya yang telah pun terpisah dari roh. ..

di bilik yang nyaman berhawa dingin begitu tenang kerana hanya kami berduaan di situ..terima kasih kepada Mu Tuhan kerana memberi aku "sepenuhnya ruang" menyiram kata-kata agar beliau "faham",
Faham mengapa aku yang muda 4 tahun usia dari arwah "berani" menyatakan "apa pun" dengan bebas dan bersahaja.

 arwah asyik tersenyum dan mengangguk kepala dengan mengucapkan terima kasih dan berjanji ingin bercerita kan perihal-perihal "dunia " nya pada aku.

Ah...sungguh sukar kali ini, kerana mungkin aku sahabat guru yang  terakhir berkesempatan bersembang begitu panjang dengan beliau.
Segala nya terakam kemas dalam kotak memori antara aku.....dan aku akui...bukan mudah...ada kala aku kalah dalam perjuangan jiwa ku yang tabah!

..dan seperti semalam pula aku melihat tubuh abah yang telah koma di katil hospital bercadar putih bersih....semestinya hati ku pasti terusik setiap kali berada di mana-mana hospital yang pernah aku tempuh....kerana...

aku lah satu-satunya waris yang "bergelut" melihat bagaimana azabnya roh terpisah dari jasad Allahyarhamah kakak aku Azlina

..dan aku lah, waris yang "terpaksa " memberi kata putus pada doktor agar memutuskan bantuan mesin yang menyambung "apa pun" pada jasad Abah yang koma with "dead brain". Aku........aku...dan bukan mudah untuk aku memadamkan apa pun kepedihan dan keperitan.

...dan tidak aku nafikan,. setiap kali masuk ke hospital atau hadiri ziarah orang sakit, segala kenangan lalu melihat derita arwah-arwah ,.. tewas pada jiwa ku yang rapuh ini. 

Kebelakangan ini aku banyakan masa ku dengan meneroka kampung-kampung di daerah Kuala Kangsar.

Semuanya bermula dengan perasaan ku yang tersayat pilu, sayu dan asyik menyeka air mata, apa
 bila mengenangkan "pengalaman akhir"  antara aku,. dengan arwah-arwah yang telah pergi dalam hidup.

Aku akui, semuanya mewarnai kehidupan,. tetapi "bahagian pergi tidak kembali",.jiwa ku sangat kalah. Apatah lagi dengan usia ku yang semakin di makan waktu.


 Pada dasarnya,mereka yang biasa dengan aku sering melihat aku lincah dan membawa kamera untuk merakam peristiwa. Mungkin kah ini satu cara untuk aku "menghalau" banyak peristiwa suka dan duka dalam kehidupan sepanjang aku bernafas di bumi ini.

Aku bersyukur dengan perasaan sentuhan kemanusiaan yang Allah anugerah pada aku.,walaupun ada kala aku rasa,.betul kah aku ini,.normal kah seperti insan yang lain.

Maka bagi menyalurkan perasaan aku itu, gambar-gambar yang aku rakam adalah terjemahan pada perasaan aku sebenarnya.

 Aku sangat bertuah kerana Allah menganugerahkan aku seorang anak perempuan yang kini mulai menginjak ke alam dewasa. ....

...dan mendapat pula 2 bonus,. di anugerah 2 orang anak laki-laki yang meningkat remaja.

Hidup mestilah bersabar dengan segala karenah. ..

...sedangkan tidur sebantal dengan si dia masuk dua puluh tahun lebih,..
 aku masih tetap rindukan si dia,. bila berjauhan walau dalam tempoh beberapa jam ,.

apatah lagi yang makan masa berhari-hari lamanya.


 Terima kasih Allah dengan waktu yang Kau berikan. Sesungguhnya berjauhan beberapa waktu dengan suami memberi aku ruang waktu untuk berfikir di manakah kesudahan aku kelak,..

.. yang sudah pasti akan berakhir dengan pemergian yang abadi ke alam akhirat jua seperti mana semua makhluk yang bertebaran di muka bumi Allah yang indah ini.

Al fatihah buat semua kaum muslimin dan muslimat yang telah pergi....

Terima kasih kerana sudi meluang masa membaca bait-bait perasaan aku hari ini.


Friday, November 30, 2012

KE MAKAM BONDA NOR KHALILAH ~ ingatan kasihku pada mu kak ilah...





...Assalamualaikum Cikgu Lan, petang ni lepas asar saya nak ziarah keluarga Arwah Kak ilah. Ko nak ikut tak, bukan apa,..kita bagi semangat kat anak kak ilah. dah la dia tu anak tunggal., sian kat dia.
.............................................

 Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda


 ...Ilham, auntie rasa tenang je bila nak masuk ke tempat mak ni. Ada sungai,.ada pokok-pokok...ada burung-burung..mesti mak happy kan Ilham..

Sebenarnya Ilham yang sedang menyambung pelajaran di China ini cukup tabah dan faham maksud tersirat setiap perkataan aku
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap


Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan



Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan



 Bila llham balik ke Beijing?
Insyallah, minggu depan auntie, lepas Ilham selesaikan urusan arwah mak. Abah susah nak bergerak sebab dia pun belum pulih dari stroke
...tak pe Ilham, pelan-pelan ya,. mana-mana perlu yangorang lain dapat bantu, Ilham beritau ya
 


The only child of Almarhumah Kak Nor Khalilah

....Ilham mesti terus tabah dan menyambung legasi mak...Insyallah,mudah2an mak dibawah lindungan Allah Taala. Ilham anak yang solehah..rajin-rajinlah mengirim doa buat mak agar mak selalu gembira di sana ya.

5.31 petang tanggal 27 November 2012
Tanah Perkuburan Islam Kampung Buaia