Wednesday, July 10, 2013

Kehidupan kita yang tidak sama

 
Assalamualaikum sahabat blogger dan silent reader yang aku kasih.
Pagi 1 Ramadan 1434H yang tenang dilalui dengan penuh kesyukuran oleh seluruh umat Islam yang memahami konsep ibadat ini. Melalui maklumat aku difahamkan Ramadan  dalam bahasa arab di sebut Ramadh yang bermaksud panas membakar, kepanasan batu dari kepanasan cahaya matahari.
Walau siapa pun kita, dan dimana pun kita berada, kehidupan perlu diteruskan. Adakala gelombang yang dilalui sangat dahsyat dan adakala biasa-biasa dan tenang.


Banyak sudah pengalaman yang kita lalui dari kehidupan dan bahawasanya atas diri kita sendiri untuk menilai dan muhasabah diri dari apa yang telah berlaku. Dalam kehidupan manusia sudah tentu ada yang sangat bernasib baik dan ada yang kurang bernasib baik.


Buat aku, dunia kerjaya dan peribadi semakin mematangkan aku agar melihat dunia ini adalah hanya sebagai kayu pengukur menguji tahap keimanan dan keikhlasan hamba Nya mentaati perintah Nya dan menjauhi larangan Nya. Ada kala aku sendiri merasa kan mengapa begitu, mengapa tidak begini.
Siapakah kita untuk mempersoalkan segala percaturan hidup yang telah di susun atur oleh perancang terhebat kehidupan  kita sejak azali lagi. Sebagai manusia biasa, yang mampu kita lakukan adalah menerima seadanya, berusaha memperbaiki segala kelemahan dan kekhilafan diri.
Secara sedar atau tidak sedar sebenarnya kehidupan kita dikelilingi dengan insan-insan yang mengasihi kita dan juga yang kita kasihi. Maka perlu apakah lagi kita persoalkan untuk apa-apa pun.
Seharusnya kita bersyukur dan mengukir senyuman, betapa bertuahnya kita dilimpahi Rahmat Nya dan menimba begitu banyak pengalaman yang sebenarnya mematangkan kita.
Aku berdoa tahun demi tahun bersama kita lalui dengan tekun dan ikhlas kepada Nya, agar sama-sama kita mendapat keberkatan dari Nya. Amin.

8 comments:

  1. Replies
    1. Salam Ramadan sayang ku. Semoga selalu dilindungi Allah yang Maha Esa.
      :-)

      Delete
  2. AsSalam, walau di mana kita berada, kita menjunjung langit yang sama. Alhamdulillah, perbezaan agama & bangsa tidak membataskan hubungan antara kita semua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam tie,
      Kasih sayang yang ikhlas merapatkan kita semua tanpa mengira bangsa dan agama walau pun akidah berbeza. Alhamdulilah kita boleh meng 'adjust' diri dengan fikiran terbuka.

      Delete
  3. Assalam DEKNI
    Kepada Dekni sekeluarga Pak Temuk ucapkan selamat menjalani ibadah puasa dan ibadah lain-lainnya sepanjang Ramadhan yang penuh keberkatan ini. Semoga kita semua jadi orang yang amat beruntung, keluar dari Ramadhan dengan mendapat pengampunan Allah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Pak Temuk,
      Selamat berpuasa pada Pak Temuk seisi keluarga tercinta. Semoga kita mendapat keberkatan Nya sepanjang menjalani ibadah di bulan yang mulia ini.

      Delete
  4. Salam,

    Selamat menjalani ibadah puasa. Muga Ramadhan kali ini adalah yang terbaik!

    ~insan marhaen~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam IM
      Selamat berpuasa dan beribadah. Semoga kita semua di berkati Nya.

      Delete