Saturday, March 22, 2014

Semoga doa kita di kabulkan Allah SWT


 
Assalamualaikum w.b.t sahabat pembaca blog yang ku kasihi.
Syukur alhamdulilah, di daerah Kuala Kangsar, hujan rahmat dari Allah telah turun ke bumi yang gersang, kering dan berjerebu.
Betapa Allah mencurahkan cinta kasih Nya pada pada hamba Nya yang selalu lalai, lupa lagi jahil.
.
Di saat aku mereguk kenikmatan dingin hujan, di daerah lain begitu ramai hamba Nya yang masih lagi membentuk gumpalan doa agar di turunkan titisan hujan

Selama beberapa waktu, cuaca panas membahang dan badan terasa kering dan letih.
Pokok yang layu kembali segar di sirami hujan.

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
 
Ya Allah Ya Tuhan kami
Limpahkan lah rahmat yang sempurna
dan
Limpahkan lah kesejahteraan yang sempurna kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW
yang
Dengannya akan terurailah segala simpul ikatan 

 Ya Allah Ya Tuhan kami
Dengan nya akan tertunailah segala hajat
dan
Dengan nya akan tercapailah segala maksud
 
dan
Kesudahan umur yang baik ( mati dalam iman )
Serta terkabul lah permohonan meminta hujan dengan zat Nya yang mulia
dan
kepada keluarga dan sahabat-sahabatnya
pada setiap kerlipan mata
dan tarikan nafas
dengan bilangan segala apa jua yang Engkau ketahui.
 
Amin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

4 comments:

  1. Salam dekni. Alhamdulillah di kwsn wilayah small juga selangor hujan sering kali juga telah turun beberapa hari yang lalu. Jadi tak bercatu lagi air setakat ini. Benar kita akan lebih menghargai rahmat Allah bila kita ditimpa ujiamnya.


    Mount climber.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam MC.
      Syukur hujan telah turun di kebanyakan tempat. Pandanglah kehidupan dengan perasaan tenang, insyallah, Dia Maha Mengetahui.

      Delete
  2. Salam Dekni. Cantik-cantik gambar tu. Sangat lain kesan siraman hujan ke atas persekitaran, berbanding simbahan air dari paip. Teruslah pamerkan kehebatan ekologi Ilahi melalui lensa Dekni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam cikgu,
      Terima kasih sudi singgah. Harapan ku agar kehidupan cikgu Temuk dan famili tersayang sentiasa di rahmati Allah SWT. Selagi ada daya, kecintaan pada ciptaan Allah SWT insyallah, tidak padam.

      Delete