Friday, December 10, 2010

Love


Semuanya bermula dengan kasih sayang...

23 tahun terpisah adalah 1 jangka masa yang sangat panjang, dan seperti kata Zul..langkah pertama yang nak di mulakan inilah yang agak payah..tapi demi LOVE... segala2nya tidak mustahil, dengan izin Allah Taala.
N3 bertajuk LOVE ini adalah 'di balik tabir ' persiapan yang dilakukan untuk menyambut rakan2 AD83 berkumpul sempena AD83 Reunion Pertama di Taiping.

Kelihatan dalam gambar diatas ialah Mhd Nor dan Pendi yang sudi 'turun padang" melayan sang siput yang cerewet,bukan satu kerja mudah menyiang spesies ini jika tidak dengan kasih sayang untuk kawan2


Jauh perjalanan banner AD83 ini merentas lebuhraya selatan utara

Banner ini ialah buah tangan yang di hadiahkan dari hati Zaini Zaid . Beliau merupakan salah seorang AD83 yang berjaya membuka bisnes sendiri dan kepakarannya adalah di bidang seni grafik. Dekni masih ingat lagi perbualan kami di chatroom face book, Zaini menyatakan hasrat hatinya, untuk menyediakan banner reunion. Bermula dari reka bentuk, kos dan memikirkan cara penghantarannya.
Agak terkejut juga masa bersembang tu..sebab Zaini kelihatan selesa untuk melibatkan diri secara langsung. Hubungan dekni dgn Zaini gitu gitu je masa di AD. Perwatakan Zaini yang lone ranger di AD dan superider yang sentiasa bz dgn dunia2 pemotorannya semasa di Uitm membuatkan rakan2 menyangka beliau seorang yang sukar di dekati. Namun selepas reunion, dan kali ke 2 kami berjumpa sekali lagi di jualan promosi seramik Jalan Conlay baru2 ini, baru lah dekni perasan, memang sikap semulajadinyayang pendiam, dan jika tidak di mulakan sembang suasana akan kelihatan agak kekok. Apa pun .. Terima kasih Zaini ))))

Husniyah dan anakandanya yang datang awal dari Parit Perak. Kehadirannya dapat membantu kami dalam penyediaan cenderamata. Walaupun dalam keadaan konfiden tak konfiden Husniyah memandu kereta berteman kan anakanda, atas sebab kekandanya ada urusan kerja, akhirnya berjaya beliau menyatukan diri dengan rakan2 atas sebab kasih sayang dan ingatan yang mendalam.


Dekni > cukup ke lauknya bang..
Yem > Insyallah cukup..

..sambil diperhatikan oleh Nazri..terima kasih Nazri sudi datang dari jauh..Trengganu u

Berikut antara masakan kasih sayang kami pada kawan2..

Ayam goreng berempah


Acar nenas


Daging masak bukhara


Jelatah timun dan nenas

antara menu yang dihidangkan pada tengahari Jumaat


Dengan kecekapan Zaharah isteri Zulazlan sama bershopping, merewang, memasak, menghidang, melayan, mengemas... reunion ini berjaya..terima kasih arah

Walau pun tenaga kerja begitu kecil, untuk menyambut 150 orang tetamu, dari tengahari jumaat, membawa ke malam, dan sambung bersarapan pagi bersama keesokan harinya, namun kasih sayang adalah intipati kekuatan untuk melihat reunion yang pertama ini di realisasikan

Dekni > Arah..dah lenguh ek lutut nya
Arah > Tak pe.

Kita merancang...Allah yang menentukan segalanya..dalam perancangan niat asal Zamri dan isterinya Yana adalah membantu sama menyediakan menu ayam goreng berempah Kedah. Namun di saat2 akhir mereka sekeluarga terperangkap dalam banjir yang melanda negeri Kedah. Walau apa pun.. dalam kepayahan... atas rasa tanggungjawab, dan kasih sahabat, mereka sekeluarga selamat sampai di rumah Zul walau pun hari telah lewat petang.



Dekros dan suaminya Yusof dari Tambun Ipoh, turut sama membantu membersihkan 20 ekor ayam. masa mereka tiba kami berempat memang dalam keadaan kelam kabut kerana Yem dan Zul banyak berada di luar ruang lingkup tempat reunion. Mereka berdua p collect air batu, buah2an , beli barang2 yg tidak cukup di saat akhir
....terima kasih ros dan suami..jasamu di kenang

Sepakat membawa kepada keberkatan hidup

Kami mula masak nasi beriani kira2 jam 10.30 pagi Jumaat hari reunion
Nasi yang pertama kami masak menggunakan 5 kilo beras di ikuti dengan periuk yang kedua lagi 5 kilo.

Pagi reunion sekitar jam 8 pagi, 2 sahabat ni p check siput yang di tempah awal di penambang ada ke tak

Tauke > haiya..itu siput belum mali maa..u mali petang meh ~~


Pagi tu juga 'collect" ikan yang di tempah seminggu sebelum, dengan toke ikan
di Pasar Matang
Kemeriahan reunion mula terasa bila khemah mula di hiasi indah

Peralatan BBQ


naik khemah jangan tak naik

Mujur lah jiran2 Zul sporting belaka dan membenarkan laluan jalan di tutup. Jamuan makan tengahari Jumaat itu di serikan dengan kehadiran Jemaah surau dan jiran2 disekitar perumahan.

Kami berempat memulakan operasi rewang memasak bermula dari hari khamis malam Jumaat.
Geng rewang beroperasi lewat malam membawa ke subuh
..masa ni dah menunjukkan jam 3 pagi.

Malam tu kami masak 3 jenis lauk iaitu kambing masak beriani, lembu masak bukhara dan acar nenas johor


Seminggu sebelum reunion....


Zul > dah cukup ke yem barang2 yang ko nak masak
Yem > aku cari minyak sapi..tadi kat Giant ada..tapi mahal..aku cari yang timbang kati


cari lagi barang yang tak cukup di bintang 7


Sebelum tu dah shopping di pasaraya Giant

punggah barang2 yang di beli


tu dia resit punya panjang...


shopping macam nak kenduri kawin


Bincang2 dalam list barang2 rewang di Giant Taiping




Menempah sang siput seminggu sebelum


Kegembiraan dan niat yang ikhlas menyatukan kami



Keterujaan untuk menyatukan rakan2 mengatasi segala kepenatan
melihat wajah rakan2 yang hadir merupakan ubat yang paling mujarab
Kuala Sepetang tempat membeli udang dan siput


Tempahan ikan dibuat awal di Pasar Matang supaya tenaga kerja yang kecil dapat dijimatkan pada hari reunion



Pasar Matang yang terletak di satu simpang kecil jalan menghala ke Kuala Sepetang

Kejayaan reunion AD83 bermula dari kasih sayang...dan kasih sayang juga menyatukan kita semula...terima kasih kepada rakan serta taulan yang sudi membantu dari segi tenaga dan material yang tidak dekni sebutkan di sini..terima kasih,terima kasih dan terima kasih.
bersambung......








Saturday, November 13, 2010

Mula asal jadinya AD83 Reunion


AD83 Reunion Pertama 5 November 2010
Taiping Perak

Tiada dalam gambar reunion tetapi hadir ialah
Zamri, Rohaizah, Samsurizal dan Jamie

Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi hadir, tanpa kalian reunion ini hanya menjadi impian
Mula2 jadinya reunion ialah atas keinginan rakan2 AD83 untuk berkumpul dan bertemu semula bila sembang2 di laman facebook. Sebelum tu telah ada beberapa perjumpaan mini reunion antara rakan2 AD seperti yang di lakukan oleh Janatul Shalida, Siti Rosnah , termasuk lah kunjungan dekni dan Yem ke beberapa rumah rakan  AD di Selatan tanahair bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Antara rumah yang kami kunjungi ialah rumah Zulazlan dari fine metal department yang terletak di Taiping Perak. Agak kerap kami berkunjung ke rumah Zul dan ada2 je sebab nya.


Antara sebab utama yang membuatkan keakraban kami dengan Zul ialah sifat semula  jadi isterinya yang bernama Zaharah. Beliau membuatkan kami merasa selesa dan tidak kekok untuk bebas bersembang dan bergurau dengan Zul perihal kisah2 lama di AD dan hal2 semasa. Maka pada suatu petang, selepas kami menikmati  mee udang yang di masak oleh Zul, spontan dekni bertanyakan soalan cepumas...

..Zul..aku nak tanya ko ni...


Zul :  boleh...apa hal nya...

Dekni  : Zul, kalau buat reunion kat rumah ko boleh tak..rumah kami di Kuale kurang sesuai..ko tau je la Kuale..

Zul : ...Bolehhhhhh...no problem..bila ?



Spontan Zul bangun dan menarik kalender Kuda dan tunjuk kat aku. Masa ni yem bangun dari sofa lepas merokok dan tanya...apa cerita..

Zul  : Yem, Azni ajak buat reunion kat sini, aku ok je no problem, tengok kalender, bila agak2 sesuai..ujung bulan ni ok tak?

masa tu  Zaharah sedang  menatang dulang air kopi . sambil tuang air kopi kat kami bertiga,

Zaharah  :.....apa kata kita tunggu gaji la apa2 hal pun..

Dekni  : ..ujung bulan 10 ni...............ko bia betul Zul..berapa hari je lagi...sempat ke



Zul  :  Sempat............... jap2........ha,,.......aku rasa paling cantik 5hb November cuti Deepavali, jatuh hari Jumaat, kawan2 utara dapat join sekali, yang dari selatan tak la teruk sangat lepas travel jauh, ada 2 hari dapat lurus balik pinggang.

Dekni  :   Ok Zul, cantik...

Yem :    zul, kita masak sendiri stail kenduri, setakat nasik beriani aku dgn dekni setel,,

Zul  : Cantik la tu, kita buat BBQ Yem, nanti aku order siput2..ikan, udang,kita pasang la khemah..

Masa ni dalam fikiran kami bertiga...rakan2 yang mungkin sudi ikut reunion sekitar 10 hingga 15 orang



layan gambar..
Pengerusi AD83 Sayap Utara

Ini antara rakan2 yang memberi persetujuan untuk hadir ke Reunion yang pertama


Zulazlan Ramli

Ibrahim Mohd Don


Ahmad Zamri Ahmad Basri
Azni Mat Isa


Yazid Parlan
Amran Abdullah

Roslan Ismail


Faizah Ismail

Haron Mokhtar
M Yusof Marsidin

Husna

Effendi Norshah

Jamaliah Zainal Abidin

Jamiaah Holed


Saemah Yusof
Jamaludin Said


Zaini Zaid
Hakimi Amri
Rohaizah Ahmad
Siti Rosnah Abu Bakar
Shamsu Mohamad

Mohd Yusof Abdullah

Husniyah Mat Noor

Zailani Yaacob
Mhd Nor Osman


Salbani Shamsuri
Aznan Azoddein

Turut hadir, Nazri Fine metal,  Samsurizal Grafik dan Azman Mohd IDE dan Kamil Sohaimi

Bertitik tolak dari situ pertemuan demi pertemuan kami adakan untuk membincangkan soal kewangan, menu, agenda majlis dan sebagainya.

Yem dan Zul
Sepakat membawa berkat

Terima kasih tidak terhingga kepada suamiku, walau dalam kesibukan dan kelelahannya menguruskan perniagaan sekejap ke utara selatan dan bengkel masih sempat memberi komitmen yang tidak berbelah bagi kepada Reunion yang pertama ini.


Zulazlan merupakan sahabat yang gigih memberikan komitmen 100% untuk kejayaan AD83 Reunion.
Tanpa beliau dan isterinya, Reunion pertama ini sukar untuk direalisasikan, Terima kasih Zul dan Zaharah, Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan dan keikhlasan hati kalian.

Semasa perbincangan, kami bertiga sepakat untuk melantik rakan AD di utara tanahair yang bernama Ahmad Zamri yang lebih mesra dipanggil Zam sebagai bendahari AD83. Bukan mudah menjadi tukang kutip wang, namun atas kesabaran beliau segala impian menjadi kenyataan. Pic di bawah ialah pertemuan Zam yang pertama dengan kami selepas terpisah selama 23 tahun.

Segalanya atas Kuasa Allah Taala dan dapat kita berjumpa semula

Zamri >   Allah....    Yem...Zul..Dekni...saya rasa seperti bermimpi, alhamdulilah dapat jumpa

Zamri, terima kasih..kerana dalam kesibukan Zam sebagai Pengurus Rahman Brothers di Kedah masih sudi meluangkan diri untuk sama2 terlibat  menjayakan Reunion kita. Terima kasih Zamri.

Bergambar kenangan2an selepas terpisah 23 tahun
Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan
 
 
Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah
Sekian dulu, akan bersambung di lain waktu.....Assalamualaikum