AD83 Reunion Pertama 5 November 2010
Taiping Perak
Tiada dalam gambar reunion tetapi hadir ialah
Zamri, Rohaizah, Samsurizal dan Jamie
Terima kasih kepada semua rakan2 yang sudi hadir, tanpa kalian reunion ini hanya menjadi impian
Mula2 jadinya reunion ialah atas keinginan rakan2 AD83 untuk berkumpul dan bertemu semula bila sembang2 di laman facebook. Sebelum tu telah ada beberapa perjumpaan mini reunion antara rakan2 AD seperti yang di lakukan oleh Janatul Shalida, Siti Rosnah , termasuk lah kunjungan dekni dan Yem ke beberapa rumah rakan AD di Selatan tanahair bersempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Antara rumah yang kami kunjungi ialah rumah Zulazlan dari fine metal department yang terletak di Taiping Perak. Agak kerap kami berkunjung ke rumah Zul dan ada2 je sebab nya.
Antara sebab utama yang membuatkan keakraban kami dengan Zul ialah sifat semula jadi isterinya yang bernama Zaharah. Beliau membuatkan kami merasa selesa dan tidak kekok untuk bebas bersembang dan bergurau dengan Zul perihal kisah2 lama di AD dan hal2 semasa. Maka pada suatu petang, selepas kami menikmati mee udang yang di masak oleh Zul, spontan dekni bertanyakan soalan cepumas...
..Zul..aku nak tanya ko ni...
Zul : boleh...apa hal nya...
Dekni : Zul, kalau buat reunion kat rumah ko boleh tak..rumah kami di Kuale kurang sesuai..ko tau je la Kuale..
Zul : ...Bolehhhhhh...no problem..bila ?
Spontan Zul bangun dan menarik kalender Kuda dan tunjuk kat aku. Masa ni yem bangun dari sofa lepas merokok dan tanya...apa cerita..
Zul : Yem, Azni ajak buat reunion kat sini, aku ok je no problem, tengok kalender, bila agak2 sesuai..ujung bulan ni ok tak?
masa tu Zaharah sedang menatang dulang air kopi . sambil tuang air kopi kat kami bertiga,
Zaharah :.....apa kata kita tunggu gaji la apa2 hal pun..
Dekni : ..ujung bulan 10 ni...............ko bia betul Zul..berapa hari je lagi...sempat ke
Zul : Sempat............... jap2........ha,,.......aku rasa paling cantik 5hb November cuti Deepavali, jatuh hari Jumaat, kawan2 utara dapat join sekali, yang dari selatan tak la teruk sangat lepas travel jauh, ada 2 hari dapat lurus balik pinggang.
Dekni : Ok Zul, cantik...
Yem : zul, kita masak sendiri stail kenduri, setakat nasik beriani aku dgn dekni setel,,
Zul : Cantik la tu, kita buat BBQ Yem, nanti aku order siput2..ikan, udang,kita pasang la khemah..
Masa ni dalam fikiran kami bertiga...rakan2 yang mungkin sudi ikut reunion sekitar 10 hingga 15 orang
layan gambar..
Pengerusi AD83 Sayap Utara
Ini antara rakan2 yang memberi persetujuan untuk hadir ke Reunion yang pertama
Zulazlan Ramli
Ibrahim Mohd Don
Ahmad Zamri Ahmad Basri
Azni Mat Isa
Yazid Parlan
Amran Abdullah
Roslan Ismail
Faizah Ismail
Haron Mokhtar
M Yusof Marsidin
Husna
Effendi Norshah
Jamaliah Zainal Abidin
Jamiaah Holed
Saemah Yusof
Jamaludin Said
Zaini Zaid
Hakimi Amri
Rohaizah Ahmad
Siti Rosnah Abu Bakar
Shamsu Mohamad
Mohd Yusof Abdullah
Husniyah Mat Noor
Zailani Yaacob
Mhd Nor Osman
Salbani Shamsuri
Aznan Azoddein
Turut hadir, Nazri Fine metal, Samsurizal Grafik dan Azman Mohd IDE dan Kamil Sohaimi
Turut hadir, Nazri Fine metal, Samsurizal Grafik dan Azman Mohd IDE dan Kamil Sohaimi
Bertitik tolak dari situ pertemuan demi pertemuan kami adakan untuk membincangkan soal kewangan, menu, agenda majlis dan sebagainya.
Yem dan Zul
Sepakat membawa berkat
Terima kasih tidak terhingga kepada suamiku, walau dalam kesibukan dan kelelahannya menguruskan perniagaan sekejap ke utara selatan dan bengkel masih sempat memberi komitmen yang tidak berbelah bagi kepada Reunion yang pertama ini.
Zulazlan merupakan sahabat yang gigih memberikan komitmen 100% untuk kejayaan AD83 Reunion.
Tanpa beliau dan isterinya, Reunion pertama ini sukar untuk direalisasikan, Terima kasih Zul dan Zaharah, Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan dan keikhlasan hati kalian.
Tanpa beliau dan isterinya, Reunion pertama ini sukar untuk direalisasikan, Terima kasih Zul dan Zaharah, Allah sahaja yang mampu membalas kebaikan dan keikhlasan hati kalian.
Semasa perbincangan, kami bertiga sepakat untuk melantik rakan AD di utara tanahair yang bernama Ahmad Zamri yang lebih mesra dipanggil Zam sebagai bendahari AD83. Bukan mudah menjadi tukang kutip wang, namun atas kesabaran beliau segala impian menjadi kenyataan. Pic di bawah ialah pertemuan Zam yang pertama dengan kami selepas terpisah selama 23 tahun.
Segalanya atas Kuasa Allah Taala dan dapat kita berjumpa semula
Segalanya atas Kuasa Allah Taala dan dapat kita berjumpa semula
Zamri > Allah.... Yem...Zul..Dekni...saya rasa seperti bermimpi, alhamdulilah dapat jumpa
Zamri, terima kasih..kerana dalam kesibukan Zam sebagai Pengurus Rahman Brothers di Kedah masih sudi meluangkan diri untuk sama2 terlibat menjayakan Reunion kita. Terima kasih Zamri.
Bergambar kenangan2an selepas terpisah 23 tahun
Tinggi bukit gilang-gemilang
Air laut tenang-tenangan
Budi sedikit tidakkan hilang
Budi sedikit tidakkan hilang
Itu menjadi kenang-kenangan
Terima kasih kepada pembaca yang sudi singgah
Sekian dulu, akan bersambung di lain waktu.....Assalamualaikum
Mee Udang Kuala Sepetang
ReplyDeleteMemang tak sama dengan Mee Maggi
Kalau ada umur yang panjang
Next reunion kita jumpa lagi ...
Insya Allah.
Terima kasih Azni.
SABTU 5 November 2010.
ReplyDeleteidea...
sumbangan...
keringat...
kerjasama..
membina kesepakatan..
merencana impian..
kesungguhan..
keikhlasan...
bergegas yang dekat..
berduyun yang jauh...
tak kira masa...
walau tersesat jalan..
satu tujuan...PERTEMUAN.
kemesraan..
kemeriahan..
kesedihan..
kesayuan..
jumpa yang single..
muncul yang berpasangan
terhimpun yang berderet..askar kiri kanan..
nampak yang buntal..
ada yang langsing...
terbukti masih kacak..
sah masih anggun..
malah ade yang kembali muda..
tak serik tambah keluarga..
rambut yang keemasan dicelup..
yang gendut ditutup..
dahi luas..disedia cap..
betul..sungguh...
setuju..
i lap u..
tarikh keramat..pertemuan hebat..
kita masih saling ingat...
kita juga terkenag..
yang tiada bersama, dan
yang sudah tiada di dunia..
sama tadahkan doa..
agar semua peroleh keampunan..
usaha jadi berkat..
kesefahaman bertambah erat...
persahabatan kekal jauh dan dekat..
semoga ada lagi kesempatan..
dikurnia umur dan kesihatan..
niat mulia bersua rakan
pada Kaseh AD83 di lain pertemuan.
Terima kasih..
Dekni..Yem..Zul sekeluarga,Zamri..
Jasa tetap dikenang.
Zam & Sal, terima kasih sudi singgah dan memberikan kata2 indah :-)
ReplyDeleteDekni,
ReplyDeleteseronok tengok reunion AD83...kekalkan semangatAD!!Bravo!!!
Terima kasih banyak2 Kak eta untuk kata2 nsemangat di atas, semoga ikatan kasih budak AD semakin subur dan menjadi kenang2an hingga akhir hayat, insyallah
ReplyDeleteTAHNIAH!!!!BEST SANGAT!!!
ReplyDeleteAD84 PUN AKAN BUAT REUNION KEDUA DI ISTANA BUDAYA CAFE.....TAPII.....SAYA MASIH TAK DAK PELUANG LAGI.....RALAT BETUL.
Salam Dekni,
ReplyDeleteHebat betul reunion ni. Teruja melihat evolusi kawan - kawan AD dalam dua zaman yang berbeza. Ada yang masih kekalkan iras rupa yang lama. Ada pula yang berubah 180 darjah. Dan ada juga yang dah buyau hee... Bagaimanapun tahniah diucapkan atas usaha murni ni. Bukan senang nak uruskan kerja macam ni.
mountain climber
art of my life n mountain climber, terima kasih sudi singgah :-)
ReplyDelete