Monday, November 30, 2009

Techno di Singapura


 Techno Ceramic mewakili TDC Negeri  Perak Darul Ridzuan khususnya dan Negara Malaysia amnya dalam mempromosi barangan buatan Malaysia
 
 Antara produk techno yang di promosi
 
 Tuan Techno di apit para peminat ^..^
 
 Tuan Techno membuat demo lemparan alin menggunakan potter wheel
 
 Peminat cilik
 
 Para pengunjung di beri peluang mencuba sendiri
 
 Pengunjung yang berjaya menghasilkan karya seni mengguna teknik lemparan alin
 
 Adik pun nak belajar juga
 
 Jalan-jalan time
 
 Layan pic...
 

 
 Unik kan
 
 Seramik Singapura
 
 Tuan Techno

Sekian Makase sudi melayari n3 ini

Saturday, November 21, 2009

Sentuhan Jawi Tuan Techno

 
Piala pusingan Tilawah Al Quran JKM
 Demam Tilawah Al Quran Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia

Siapakah Qari, Qariah yang bertuah memiliki sentuhan Tuan Techno..cewa perasann..
^..^
  
Cenderahati untuk Perasmi Majlis Tilawah Al Quran
Bakal menghiasi banglo 6 tingkat Dato Sharizat .

 
Sentuhan ekslusif Tuan Techno
 Cune kan....
Hadiah untuk VVIP



Piala pusingan Utama
Cam ala2 batu nisan..


 
Layan pic..
 


 


Tenaga kerja import dari myanmar,, wakaka









Seramik tuan Techno ittew adalah byk dan berat,,, maka kena hangkut dengan 1 ven n 1 bas,,
 



 

mintak mahap le yerr,,, siaran blog ditangguhkan,,, akan bersambung selepas i balik dari Kembara Seni 5 Hari di kampung Lonek,,, Bubye...

Makacheh kerana melayari n3 ini

Friday, November 20, 2009

Sekolah ke 6

SMJK TSUNG WAH
33000 KUALA KANGSAR PERAK


Ini adalah aktiviti wajib aku setiap tahun dari mula mengajar tahun 1990
Mural yang berjaya mesti dari pasukan kerja yang bersatu hati
juga..
tidak lupa guru seni yang tak lokek keluar idea dan tenaga,,
baru ada chemistry ^..^

Tsung Wah merupakan sekolah aku yang ke enam selepas...
SMK Gombak Setia,
SMK La Salle Petaling Jaya,
SMK Tengku Idris Shah Klang
SMK Perempuan Kapar Klang,
SMK Muhibbah Sungei Siput,



Kumpulan tingkatan 3 ni da mula ikut dekni wat mural dari tingkatan 2 lagi
picture yang 1 kat bwh ni projek masa form 2


Kumpulan ni ada 24 org, oleh kerana mereka komited dan minat sangat dengan seni,, dekni kena pantas melukis dengan kapur tulis
Oleh kerana masa yang diberi terhad iaitu lima hari, aku buat design ikut tangan yang bergerak la

nampak tak lukisan guna kapur tulis tu,,, ikut je la ilham yang datang,,
Anak2 murid yang komited,, gembira dapat mereka ni, rajin banget
Budak2 ni suker aktiviti ni,, i je susa nak layan bcoz ajar form 4 n form 5
dak2 ni form 3 pas pmr
Tak siap lagi,, esok adalah last day,, ada setengah hari je,,kwang3
kat bawah ni pic sebelum dan selepas
Sekian mekasey ^..^

Saturday, November 7, 2009

Taxidermist



 Serangga yang telah di taxidermist ( awet )
 
2nd job
Penolong Kurator Muzium Selangor
Galeri Ilmu Kejadian

8.30 pagi di kaunter penyambut tetamu muzium ...

" Selamat pagi Wan , Vasughi 
Selamat pagi kak azni
Pagi2 ni nak kemana kak
..........
............................................................

Perbualan terhenti bila kami melihat kelibat dua orang renjer hutan, berpakaian uniform hijau, lengkap dengan kasut boot berjalan kearah kami dengan muka serius.

Salah seorang renjer yang berkumis tebal menyapa dengan suara garaunya..

Assalamualaikum..
" Kami dari Jabatan Perhutanan Selangor. Ada appointment dengan pegawai yang menjaga Galeri Ilmu Kejadian . Kami datang untuk ambil Encik Azni bersama ke hutan bakau Selangor. Boleh talipon beliau menyatakan kami dah sampai...

So begitu lah selalunya yang terjadi...alkisahnya

Oleh kerana nama dekni Azni ,dan ditempatkan oleh Pengarah Muzium di bahagian Galeri Jadi2an ini,, maka sering kali berlaku salah faham jantina orang yang mengurus balai ini. Kebiasaannya Natural Gallery selayaknya diurus oleh mereka yang berkelulusan dari bidang Arkeologi n Geologi. Entah mengapa Encik Paiman tidak" hire" orang yang berkelayakan begini beliau saja yang tahu. Dekni anggap ini adalah rezeki dekni menimba ilmu dalam bidang yang agak mencabar .

My first job di Balai Ilmu Kejadian ialah ikut otai2 Muzium Negara ke ladang ternak buaya di Jenjarum Selangor. Tugasnya ialah memilih seekor buaya yang sederhana besar untuk di "korban"kan dan diawet dalam  peti pameran Diorama Hutan Paya Bakau.
 
 
Kerja di muzium bukan duduk terperuk di bangunan muzium, kena selalu keluar mencari bahan pameran
 
Peta Negeri Selangor kena hafal segala ceruk daerah dan kawasan. Mesti tau on " finger tips" dimana lokasi hutan simpan, rekreasi dan lain2 Semua bahan di dokumentasikan oleh Penolong kurator dan di edit dan di endorsed oleh Pengarah sebelum bahan di hantar ke bahagian Grafik.
 
Hutan Lipur Selangor
 
layan.....
 
Dekni tiba di lapangan terbang Kuching  untuk lawatan kerja di Sarawak
 
 
 
Tugas membawa dan menjaga tok batin dan anak2 buah orang asli ,membuat jerat binatang di Balai Ilmu Kejadian adalah yang paling mencabar. Dekni kena design platform jerat yang diperbuat dari plywood dan tanahnya dari bancuhan simen. Semasa proses melentur jerat adalah proses yang paling susah, kerana perlu fikir secara teknikal bagaimana nak mengekalkan keaslian jerat dalam suasana pameran.

Masa ni memang kena bermalam tidur di muzium dan menunggu mereka buat kerja. Menjelang tengah malam Pengarah Muzium kami yang bernama Paiman Keromo akan tiba dengan jaket sejuk sambil menghisap cerut. sering kali kedatangannya tanpa tangan kosong,, paling tidak dua tiga bakul buah durian yang di borong sekitar bandar Klang.

Pembantu muzium  setia dekni yang bernama Fuad, sentiasa beri kerjasama yang baik. terima kasih Fuad! tah di mana dia sekarang ni.
 
Bila dah bercampur dengan Renjer Hutan, Perhilitan, Orang asli,, letih la bau rokok2 mereka ini,, nasib baik la dah terbiasa dengan gudang garam Tuan Techno.
 
Bersama sifu2 Balai
Ini adalah pioneer yang memulakan bahan pamer asal Muzium Selangor
 
Satu petang dekni di arahkan ke Muzium Negara, berjumpa dengan pakar pengawet binatang disitu. Seorang berbangsa cina, nama beliau dah tak ingat langsung. Orangnya sudah berusia dan agak serius, perbualan santai kami itu menjadi titik tolak dekni memikir2 kembali patut atau tidak dekni terus berada di Balai Ilmu Kejadian Muzium Selangor.

Sambil berbual2 Master ini membawa dekni meneroka dunia pengawetan dan menunjukkan berbagai2 binatang dalam peti ais besar yang "menunggu" tangan dekni "menghidupkan" mereka dengan kreativiti dan kehalusan orang seni. So sebelum dekni balik ke Muzium Selangor petang itu,, Master berkata " So, i will confirm back to put your name under Taxidermist class, it will takes around three months courses . Semoga kita dapat berkerjasama dengan baik "



Selain dari keras2 binatang, dan tau hutan2, orang jadi2an kena kenal batu2 



Keseronokan bekerja di muzium hanya mereka yang mengalaminya boleh memahaminya. Semasa Puan Rokiah , Penolong Kurator Balai Kebudayaan mengambil keputusan berhenti kerja, dekni telah menawarkan diri untuk mengambil alih tempat beliau. Ini adalah  memandangkan balai itu lebih relevan dengan kelulusan orang fesyen. Pengarah menjawab ringkas " Balai tu dah banyak selesai, u kena bantu i kat natural gallery". Begitu lah adoo nyerr..

Contoh Diorama Natural Gallery

Maka selepas beberapa purnama perbualan topik menjadi pelapis Taxidermist dengan Master itu, maka dekni pun dengan berat hati dan berdukacita telah membuat keputusan....
 Sayonara........Muzium Selangor yang kucintai....
 

Muzium Selangor ..always a special place in my heart...