Showing posts with label Techno Ceramic. Show all posts
Showing posts with label Techno Ceramic. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Berita RTM1 8 malam Ahad 9 Januari 2011

Insyallah wawancara RTM dengan toke Techno Ceramic akan di siarkan di
Berita Utama RTM1 jam 8 malam pada hari Ahad 9 Januari 2011
Antara produk Techno Ceramic yang dipamerkan di promosi seramik jalan Conlay 24 - 28 Nov 2010

Zaharah Khalid budak grafik AD83 dan suami yang sudi hadir memberikan sokongan.Kiri ialah Pendi gajet budak pottery AD83 yang turut mengambil bahagian
Zaini budak grafik AD83 tidak jemu memberikan kami semangat dengan caranya yang tersendiri
Bergambar kenangan dengan rakan artis yang kebetulan shooting di depan booth kami
Kiri ialah Arwah Faizal Yusuf yang telah kembali ke Rahmatuallah pada 1 januari 2011..
al fatihah...
Jue Aziz yang manja dan peramah
layan..zass
Jai budak fine metal AD83 datang ke Conlay guna google map, caya la Jai
Pak Ngah aka Ismail budak grafik AD82 datang dengan surprise. Ini pertama kali dekni jumpa semula dengan Pak Ngah di alam nyata. Selama beberapa purnama bersembang2 di alam maya. perangai ngah yeop macam tu lah jugak, masih dengan lelucon nya yang selamba. Pak Ngah antara brother senior yang melekat di hati kami berdua. Bila bersembang dengannya rasa muda semula, cewah..terima kasih yeop.
Ngah, ada peluang melawat Lamborghini di Perak singgah le ke kuale ye
Cik Din Seramik, pensyarah yem semasa pengajiannya di Uitm
Rakan lama kerja yem semasa di Ceramic Research Company di Meru
Terima kasih Nizam dan ida sudi belanja kami makan di Chilli's! Next time kami lak belanja ek
Dekrita anak Arwah Sosilawati turut berminat dengan produk Techno ceramic
Dekrita yang kaya dengan budi bahasa dan merendah diri
Al fatihah untuk Allahyarhamah bondanya yang tercinta..
Shima budak pottery AD82 yang telah menjadi full time artist dengan suaminya di jalan Conlay
Dato Bob dan Datin Kam turut sama hadir di promosi seramik
Encik Rahim Seramik pensyarah di Art and Design Uitm Shah Alam
Tema Green Celadon menjadi pilihan yem untuk promosi kali ini
Semoga kegigihan dan semangat kental juang mu diteruskan
Kami sentiasa mendoakan kejayaanmu di dunia dan di akhirat.

Amin

Monday, April 26, 2010

Art of My Life & Techno


 Taufik Abdullah AD84 Fine Art &Ibrahim Mohd Don AD83 Pottery 


Alkisahnya,, pada satu Hari Jumaat pada bulan April 2010, Mr Art Of My Life aka Bro Taufik telah melakukan satu kunjungan kehormat ke kawasan jajahan Tuan Techno bertempat di Perbadanan Kraftangan Perak. Maka keberangkatan beliau adalah bersama seorang sahabatnya menaiki keretapi dari Kelantan. ( Seronoknya naik keretapi...! ) Kunjungan bro Taufik turut disertai dua orang kenalannya yang berbangsa Cina dari Kuala Lumpur. Jom layan pic..

"You banyak experience mesti boleh bikin bagus punya produk"...

"Ini pasu  besar-besar Ibrahim mau isi apa...itu Ali Baba sama 40 penyamun ka.."

Hahaha..Sebenornya teman idak tau apa butir-butir percakapan mereka kerana pada hari tersebut teman berada di sekolah. Bila tanya Tuan tanah kedawung Techno,,biasala,,, orang lelaki mana nak labun banyak2,, deme ni sayang air lior..


Maka pada hari itu idok la teman dapat bertentang mata dengan tuan empunya diri Art of My Life yang maintain macho ni. Setau teman beliau ini adalah adik kepada sifu AD kita,, Mr Tajali. Seingat-ingat teman bro Taufik ini adalah pemuda pemalu. Tapi sekarang dah tak malu kot..ok je nampaknya. So kepada bro Taufik,, Selamat maju jaya dalam kehidupanmu di Dunia dan di Akhirat. Amin.

Wednesday, February 10, 2010

Karya Jawi Ku Julang


IbrahimDon @Dun
AD Ceramic 83



Layan pic..
 
n3 sekadar untuk koleksi kenangan,,
 
 
Karya dan karyawan
 

 

 

 

 

 
Sekian
 



Sunday, February 7, 2010

Ceramic UiTM final year

 
 Pada suatu hari di bulan Januari 2010, sekumpulan pelajar tahun akhir jabatan seramik Uitm dari  kampus Seri Iskandar telah mengadakan lawatan kerja/sosial ke Techno Ceramic. 

Oleh kerana tarikh yang dipilih adalah bersamaan dengan Hari Ahad, maka bengkel Techno yang terletak di Perbadanan Kraftangan Perak tidak dapat dilawati. Ini adalah kerana mematuhi undang2 kerja, bengkel wajib ditutup pada hari Ahad. 

Bagi tidak menghampakan hajat mereka, maka kami telah membawa mereka  berjalan2 melawat tapak bengkel Techno di Bendang Kering. 

Empat dari lima orang pelajar di atas adalah dari bidang seramik, manakala si gadis berbaju hitam yang tersenyum manis itu adalah dari Jabatan Seni Halus.
  
Tujuan mereka menziarah Otai seramik (Tuan Techno) adalah bagi menimba pengalaman beliau dalam bidang ini, disamping sipi2 mencuba2 mendapatkan resepi seramik juga resepi hidup untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang anak seni apabila tamat pengajian kelak.
  
 Taklimat ringkas diberi oleh Tuan Techno bagaimana untuk menjadi seorang yang berjiwa kental sekiranya adik2 sekalian bercita2 untuk menceburi bidang seni sepenuhnya. Berdasarkan dari pengalaman kami, maka timba lah ilmu sebanyak yang mungkin, jangan berkira kerja, jangan sangat berkira tentang gaji. Wang memang penting dalam hidup,, tapi tidak di lupa kepuasan sebagai seorang anak seni juga sama penting, apabila menceburi sesuatu bidang pekerjaan kelak.

Semestinya ego orang seni itu tetap ada, kerana dengan ego itu lah yang menjadikan kita manusia yang kreatif.

Apa pun keseimbangan emosi, rohani dan jasmani yang paling penting agar kita tidak tewas dalam menongkah arus hidup yang serba mencabar ini,, terutama orang2 seni,, yang berjiwa halus...cewa..
  
 Sempat juga aku nasihatkan pada adik2 ini,, jika mencari pasangan hidup cari lah orang yang memahami jiwa orang seni,, tak semestinya kapel seni dengan seni seperti aku dan cik abang ku ini,, tapi sekurang2nya yang boleh menjiwai perasaan orang seni,, setuju ke..setuju..

Jika tak faham bidang seni,, emosi  pasangan hidup boleh huru hara,,seperti ombak yang memukul pantai,,

..tapi ombak pun ada waktu tenang dan surutnya.
  
Begitulah juga dengan anak2 orang seni,, yang boleh ku katakan ,, ibu bapa seni yang kreko,, kadang kala kita melayan mereka ni seperti kawan2 kita, tah mengapa ya,, majoritinya mungkin kerana jiwa orang seni yang sentiasa muda,, walaupun dah nak masuk ambang warga emas...seperti..

 diri ku ini la,, sedar x sedar dah 27 tahun grad dan meninggalkan alam kampus,, cam baru semalam pi makan kat mamakteria dengan braimdon  :-)
  
 Apa pun diri kami  rasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana Allah SWT masih memberi ruang dan peluang rezeki kesihatan dan fikiran yang masih sihat,, semoga berpanjangan hendaknya amin..
Adik2 semua,, semoga tabah menjadi orang seni

 
 Selepas berpanas2 di Bendang Kering,, maka .." Kita minum dulu "
  
 Tuan Techno memberi tip2 orang seramik
  
 Ini blog yang Mrs saya tolong buat untuk Techno,jika nak tengok sebahagian produk saya ada di blog Dekni
  
 Sebelum balik ke Manjung, makan kenyang2 dulu  :-)
  
 Semoga adik2 seni mencapai kejayaan yang cemerlang pada semester akhir ini

Selamat jalan semoga berjumpa lagi,,Bye bye

Sunday, January 31, 2010

Ceramic artist




Ibrahim Mohd Don @ Dun
AD Pottery UITM 83
Ilham seorang seniman
Sketches
more sketches
 
 
mould


 He's the mould maker
 
antara teman setianya
 
The magic clay
 
Some of  the functional,domestic n aesthetic pottery
 
A busy daddy
 
The master piece
1..2..3..4..5..
 
Kecintaannya yang tak pernah padam,,
 
Sentiasa tersemat dihati
 
Slogannya " Dari tanah aku dijadikan kepada tanah aku abadikan "
 
layan...
 
quite a tall pot
 
Protect to avoid dryness before firing biscuit

Kepelbagaian

Ukiran atas ceramic
lagi..
layan..
 
A fine work

Perlukan kesabaran yang tinggi
 
 
Fokus dan konsentrasi penting
 
seiring dengan kreativiti
 
dan
Cinta yang mendalam

~~The End~~