Wednesday, January 27, 2010

Langit Kuale


Langit kuale
pic ni kat luar bengkel kraftangan Enggor kira2 jam 6.00 petang

Saya seorang peminat langit yang dicipta Allah S.W.T. Kadang kala sambil memandu kereta boleh berhenti ke tepi semata2 nak menikmati keindahan langit,, itu kalau saya memandu kereta seorang la o dengan anak2. Jika dengan Tuan Techno saya hanya mempengaruhi mereka untuk menikmati dengan sepenuh hati.

Masih berdiri ditempat yang sama cuma mengalihkan lensa kemera beberapa inci, tengok la tu...cantiknya.Mungkin bagi orang lain biasa je, tak de apa yg istemewa tetapi pada saya sangat istemewa. Semuanya kerana saya membesar di kawasan bandaraya yang jarang2 ada langit yang cantik berkepul2 dan berlapis2. Langit kat Perak memang cantik sebab banyak gunung ganang, bukit bukau yang membolehkan proses penggepulan awan,


Langit petang ondaway back dari Kraftangan Enggor,, ni ialah jalan Kota Lama Kiri.
Rasa syahdu menyelusuri jalan ni sambil melihat pepohon kelapa melambai,,cewa..jiwang betul.
Sekian, terima kasih kerana sudi jengok, bubye

13 comments:

  1. Salam!
    Usoh le ghisor. Bukan org bandar je terpegun malah keme org kampung pun mmg rindu dgn pemandangan mcm tu. Rasa sayu seolah2 melambei mengajak pulang bersama. kenangan bertambah indah sewaktu mase kecik2, walo pun hidup susah tetapi saat indah berlalu dgn cepat sekali...

    ReplyDelete
  2. wah, en. tajnur, cepat betoi mike sampei, Yeop! hehehe

    kak dekni dah jadi jurugambar propesyionalll laaaa...cantik!!

    ReplyDelete
  3. Salam! Dekni dan Yong FA,
    Sape ler nak meghameikan blog2, kalau tak kiter2! Yang cepat sampei tu bila keluwor name kuale, kena pulak dkt Kota lama kiri ngeler ke Kg Choh, Kg Beghale teghuih ke Lenggong...

    ReplyDelete
  4. Best gambar-gambar niii...senja pun membawa bermacam-macam makna...

    ReplyDelete
  5. Dekni..kamera jenis apa pakai...macam professinal je...cantik gambar ni...

    ReplyDelete
  6. Tuan Tajnur,

    komer org perghok nampek gayer speaking nyer, elok bebenor le tu besedare ngan fa,,kemer ni org PJ,, maka idok ler pandaei nak musing cakap. nyway tq ler sudi meriahkan blog I ni ek.

    ReplyDelete
  7. Fa,,

    moh ler komer ke bendang kering, boleh ler meker ngamik gambo komer2 nanti di sana

    ReplyDelete
  8. Tuan Art,,

    sememangnya senja adalah waktu yang paling cantik untuk lukisan alam,,menakjubkan. makase sudi singgah n tinggal komen.

    ReplyDelete
  9. Uda,

    ni la namanya rezeki terpijak. Dato Khairon Zamani berhajat membeli kamera baru, maka dekni menyambut la kamera lamanya yang masih baru dengan harga yang berbaloi2,, SONY DSLR ASA200..Kalau tanya rega bole nangis bagi penggemar kamera yang tegar.Berbaloi2. Makase la kepada Dato K yang pemurah tu,.

    ReplyDelete
  10. Dekni...jelosnya uda...
    uda memang dah lama mengidam kemera macam ni....kalau mengandung mahu anak meleleh air liur...do selalu jeling-jeling kat kedai...tapi tulaa...takut beli mahal-mahal tak tahu pakai pulak...heeheh

    ReplyDelete
  11. uda, de duit beli ..senang je operatenya,, ni nak msuk pic bru bendang kering khas untuk uda,,cewa.tunggu tau

    ReplyDelete
  12. Salam.
    Azni,
    Satu luahan rasa,kreativiti dan naluri seorang insan seni.
    Pertalian insan dan alam yang dizahirkan dengan photo dan penulisan.Pandang tak jemu. Pengalaman yang boleh dibukukan. Teruskan..

    ReplyDelete