Saturday, January 9, 2010

598



Seminggu persekolahan telah pun berlalu dengan selamat. Hajat di hati memang berkobar2 nak menulis di blog,, tapi memandangkan meng up load pic yg mengambil masa yg lama,, selalu mematahkan semangat untuk mencatat diari kehidupan.Tapi pagi tadi lepas baca blog uda di secubit rasa,, terpanggil di hati bahawasanya pic itu bukan la 1 halangan nak meluahkan apa yg kita lalui,, ia hanya 1 kosmetik untuk mencantikkan diari catatan.

Hari ni 598 terbang la sudah ke saku Eng, mekanik ku yang setia dari dulu kini dan terkini,, Si Eng ni selalunya akan menasihat kan ku apa yg perlu apa yg tak perlu untuk bab2 keluar duit penjagaan enjin kereta. Bab kosmetik tak payah cerita la kat dia,, da kebal telinga Eng dengar ceritaku untuk cat kereta cari makan ku itu. Selalunya berakhir dengan ungkapan dari Eng,, "Cikgu,, saya rasa tak perlu la u nak cat kereta,, yang penting ialah enjin kereta cikgu baik,, abang sudah ada 1 kereta bagus,,sudah cukup la".


Hahaha,, mula2 aku datang ke sekolah Tsung Wah (C) rasa pelik melihat Penolong Kanan,, Ketua2 Bidang pakai kereta buruk n sempoi,, lama2 aku pun dah "immune" dengan pemandangan ini. Mereka mementingkan simpanan kewangan sebab mereka selalu kata,, "Bila anak sudah masuk Universiti kita perlu ada wang untuk tampung mereka belajar,kerana kita tidak ada biasiswa, ", itu satu alasan la kan,, tapi yang ku tau cikgu TW jika hujung tahun makan angin di luar negara,, paling cikai pun ke China.

So berbalik pada 598 tadi,, Eng banyak kali kata " cikgu, u sangat nasib baik,, jika lagi 1 2 hari u tak datang bengkel,, saya fikir kereta cikgu terus jam atau boleh accident masa memandu,, sebab musabab nya tuan puan nak tahu,,, ini adalah kerana timing belt aku dah sampai "haul",, bila dia keluarkan terus putus,, Alhamdulilah Allah masih melindungi ku,, asal nnya aku ke bengkel Eng kerana kereta ala2 semput menandakan plug kereta perlu ganti,, juga drive shaft yg patah,, dah bunyi tak tak tak tak,,, bab2 kereta ni memang suami ku melatih berdikari,, bab minyak hitam, air bateri dan lain2 itu adalah di bawah pengawasan dan penyelenggaran ku,, jika dah kronik baru la dia kan campur tangan. So,, di sini,, pengajarannya,, money is not everything,, jengok2 la kereta tuan2 dan puan2 apa yg perlu di ganti,, mcm i ni,, mampu kereta biasa2 je,, lain le komer2 pakai kereta hebat dan mengebat,, hingga di sini dulu,, Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya.

7 comments:

  1. syabas Dekni....menulis blog tanpa gambar...Kadang-kadang dekni..kereta ni macam tau-tau kita dapat duit lebih...macam anak kita juga..masa tulaa dia nak meragam. Dah tu...pantang disebut nak beli baru...lagi dia semput...

    apa-apa pun kalau duit dah berlebih..tak salah beli kereta baru ...

    ReplyDelete
  2. kak dekni,

    van fa kan habis bayor tahun ni. Dah mula menunjukkan penyakitnya, maklum le dah 7 tahun pakai! Daripada kita pegi overhaul bagai, baik tukor baru tak? Lagipun bayangkan lagi tujuh tahun (kalo panjang umur) Fa dah 49. Hubby pulak 53. Mesti le sakit2 badan kan? hehehe.....satu lagi alasan yang kuat ialah kalau kete baru selesa le nak pergi zoom sana zoom sini, nak nengok anak2! Tengah buat proposal ni, kalau2 boss setuju...tapi tak larat jugak nak berhutang lagi 7 tahun! Nak bayor cash idak le....dilema pulak..

    Tapi Fa teruja pulak cakap cikgu TW tu. Pakai kete lama, tapi cash in hand...berkepul2.

    Ada students Fa pulak, kete besor2, cermin gelap2, tapi yuran bulanan pun sangkut!

    ReplyDelete
  3. uda, kereta da 7 tahun n da bis bayar,letih la nak buat utang baru,, hajat dan cita2 di hati nak pakai drebar trus,,hehe

    ReplyDelete
  4. fa,, g 7 taun fa 47,, akak 51 tahun, waduh2 warga emas dah haku fa oii,,hehe,, cam tu atip 53, kak ros 52,,alamak!!tersangat la tak berapa best da sebut..umo i 51 tapi prangai cam 15.
    tu la pasal fa,, jika duit setambun mak tak kesah beli la kereta apa pun nyah,,hehe,, ni da la kereta yg org tak pandang,, duit bekepuk pun taraaa,x pe x pe yg penting jiwa raga hepi dan ceria slalu,, cam fa n atip la,, hepi loving kapel,, keep it up!!

    ReplyDelete
  5. Pembetulan :
    g 7 taun fa 49,, mama de vogue tu fa,, no worry cos bro atip 53,, u tetap unggul keanggunan,, bro atip da ala2 slowly develop tu orang2 tua yang beriman, amin.

    ReplyDelete
  6. Dekni.! Kalau kereta selalu tu overheated..panass..jangan tarukk air biasaa..cuba taruk AIR BADAK..ok kot.! heheheh..!

    ReplyDelete
  7. bagus gak petua ngah ni,, t i cuba,, pasti lagi laju kete tu,,haha

    ReplyDelete