Pada suatu hari di bulan Januari 2010, sekumpulan pelajar tahun akhir jabatan seramik Uitm dari kampus Seri Iskandar telah mengadakan lawatan kerja/sosial ke Techno Ceramic.
Oleh kerana tarikh yang dipilih adalah bersamaan dengan Hari Ahad, maka bengkel Techno yang terletak di Perbadanan Kraftangan Perak tidak dapat dilawati. Ini adalah kerana mematuhi undang2 kerja, bengkel wajib ditutup pada hari Ahad.
Bagi tidak menghampakan hajat mereka, maka kami telah membawa mereka berjalan2 melawat tapak bengkel Techno di Bendang Kering.
Empat dari lima orang pelajar di atas adalah dari bidang seramik, manakala si gadis berbaju hitam yang tersenyum manis itu adalah dari Jabatan Seni Halus.
Tujuan mereka menziarah Otai seramik (Tuan Techno) adalah bagi menimba pengalaman beliau dalam bidang ini, disamping sipi2 mencuba2 mendapatkan resepi seramik juga resepi hidup untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang anak seni apabila tamat pengajian kelak.
Taklimat ringkas diberi oleh Tuan Techno bagaimana untuk menjadi seorang yang berjiwa kental sekiranya adik2 sekalian bercita2 untuk menceburi bidang seni sepenuhnya. Berdasarkan dari pengalaman kami, maka timba lah ilmu sebanyak yang mungkin, jangan berkira kerja, jangan sangat berkira tentang gaji. Wang memang penting dalam hidup,, tapi tidak di lupa kepuasan sebagai seorang anak seni juga sama penting, apabila menceburi sesuatu bidang pekerjaan kelak.
Semestinya ego orang seni itu tetap ada, kerana dengan ego itu lah yang menjadikan kita manusia yang kreatif.
Apa pun keseimbangan emosi, rohani dan jasmani yang paling penting agar kita tidak tewas dalam menongkah arus hidup yang serba mencabar ini,, terutama orang2 seni,, yang berjiwa halus...cewa..
Sempat juga aku nasihatkan pada adik2 ini,, jika mencari pasangan hidup cari lah orang yang memahami jiwa orang seni,, tak semestinya kapel seni dengan seni seperti aku dan cik abang ku ini,, tapi sekurang2nya yang boleh menjiwai perasaan orang seni,, setuju ke..setuju..
Jika tak faham bidang seni,, emosi pasangan hidup boleh huru hara,,seperti ombak yang memukul pantai,,
..tapi ombak pun ada waktu tenang dan surutnya.
Begitulah juga dengan anak2 orang seni,, yang boleh ku katakan ,, ibu bapa seni yang kreko,, kadang kala kita melayan mereka ni seperti kawan2 kita, tah mengapa ya,, majoritinya mungkin kerana jiwa orang seni yang sentiasa muda,, walaupun dah nak masuk ambang warga emas...seperti..
diri ku ini la,, sedar x sedar dah 27 tahun grad dan meninggalkan alam kampus,, cam baru semalam pi makan kat mamakteria dengan braimdon :-)
Apa pun diri kami rasa bersyukur ke hadrat Illahi kerana Allah SWT masih memberi ruang dan peluang rezeki kesihatan dan fikiran yang masih sihat,, semoga berpanjangan hendaknya amin..
Adik2 semua,, semoga tabah menjadi orang seni
Selepas berpanas2 di Bendang Kering,, maka .." Kita minum dulu "
Tuan Techno memberi tip2 orang seramik
Ini blog yang Mrs saya tolong buat untuk Techno,jika nak tengok sebahagian produk saya ada di blog Dekni
Sebelum balik ke Manjung, makan kenyang2 dulu :-)
Semoga adik2 seni mencapai kejayaan yang cemerlang pada semester akhir ini
Selamat jalan semoga berjumpa lagi,,Bye bye
mmm...memahami jiwa orang seni...setujuk, sayaaa setujuk, buk!
ReplyDeleteSalam Dekni!
ReplyDeleteOrg2 seni ni kebanyakan condong ke arah otak kanan. Maksud saya, mrk ni agak cermat membuat kerja seni tetapi cerewet! Bkn tu saja, malah byk cerita2 mengenai org seni ni mmg kita tak faham perangai mrk. Tapi Dekni tak kot, Dekni kan guru yg berdedikasi!
ya ibu fa,, dats why boleh jadi super duper mrs atipo de palma,ngeh2
ReplyDeleteTuan Tajnur,, saya adalah cikgu seni yg kreko,, anak2 cina pun pening dgn saya, prangai2 yg x di jangka. Itu lah thrill nya jadi art teacher :-)
ReplyDelete