Saturday, September 4, 2010

Kecintaanku di Tsung Wah





SMJK(Cina) Tsung Wah Kuala Kangsar Perak

SMJK (Cina) Tsung Wah merupakan sekolah ke 6 sepanjang 20 tahun perkhidmatanku di bidang pendidikan. Mula-mula dapat perkhabaran pertukaran ke sekolah baru berjaya, saspen sangat, sebab tak tau lagi sekolah apa. Walau sekolah apapun, aku sanggup menerimanya sebab dari 10 orang guru yang mohon pertukaran hanya aku seorang yang berjaya. Bukannya kami tak suka sekolah lama di Sungei Siput tu, tapi jaraknya dengan pemaustautin Kuala Kangsar sejauh 60km pergi dan balik cukup melelahkan,maka satu anjakan paradigma perlu dilakukan untuk meningkatkan kualiti hidup.

SMJK (Cina) Tsung Wah Kuala Kangsar...mendengar nama sekolah pun sudah cukup membuatkan fikiran ku bercelaru. Selama ini aku mendidik anak2 bangsa 1 Malaysia, kali ini sepenuhnya mereka yang berbangsa Cina, jika ada anak melayu pun cuma segelintir kecil. Perkara pertama yang ku fikirkan ialah masalah bahasa, kedua latar budaya, ketiga..aku merupakan guru ke 4 opsyen seni di sekolah ini. Wah..bagaimana harus ku lalui semua perkara yang begitu asing. Pertukaran kali ini tidak seperti 5 sekolah ku yang terdahulu kerana aku masuk di pertengahan tahun 2008, di mana waktu ini semua warga sekolah sibuk dengan tugasan masing2.



Pada permulaan kemasukan ku ke sekolah tiada siapa yang pedulikan aku. Yang jelas, kelihatan masing-masing begitu komited dengan tugasan sebaik loceng sekolah berbunyi. Jarang sekali ku lihat guru-gurunya melepak dan membuang masa. Setiap kali contact time antara pentadbir dan guru2, perkara2 penting di sampaikan oleh pentadbir berbangsa Cina dengan Bahasa Melayu yang jelas. Yang paling aku teruja, apabila melihat kecekapan barisan pentadbir bertindak secara pro aktif dalam tugasan mereka walau pun hal yang remeh temeh memasang LCD dan microphone,,mereka melakukan nya dengan cekap dan berpasukan.

Pertengahan tahun 2008 tahun kemasukan ku ke sekolah, aku tiada pilihan kerana menggantikan jadual waktu cikgu Karim yang naik pangkat ke Putra Jaya. Jadual waktu cikgu Karim ialah mata pelajaran Moral dan Sivik sahaja. Bermakna, tiada langsung mata pelajaran seni ku. Sedih dan keliru bermain di fikiran ku, maklum lah berhadapan dengan kelas-kelas belakang yang tidak mempedulikan apa yang ku ajar. Perlahan-lahan aku memujuk hati, sekurang-kurangnya perjalanan ku ke tempat rezeki ku hanya mengambil masa 5 minit sahaja berbanding dulu. Jika ada keperluan kecemasan anak2, aku sentiasa bersedia untuk mereka kerana sudah berada di sekitar sekolah2 tempat anak2 ku belajar. Hari demi hari aku cuba menyesuaikan diri dengan persekitaran baru dan kawan-kawan baru. Sehingga lah aku berkongsi kegelisahan ku tidak dapat berkarya di SMJK Tsung Wah dengan seorang rakan guru yang bernama Safura Dalmi. Aku panggil dia pora je.


Safura Dalmi
Ketua Panitia Sivik SMJK Tsung Wah 2008
( sekarang pora dah bertukar ke SMK Clifford )


Aku masih ingat dialog pora pada aku tatkala aku meluahkan keresahan ku kerana tidak dapat berkarya dan memberi ilmu seni ku pada anak2 didik baru ku. Safura kata.. " Alah,, apa yang kau nak susah..kau cari je mana2 dinding kosong kat TW ni,, buat projek sivik atau moral. Ko nak berapa orang,, aku bagi anak2 cina yang memang boleh buat kerja. Pasal cat ke berus ke tu ko punya pasal la,,ko kira2 pastu bagi kat aku,, pandailah aku cakap dengan A Tung nanti. " A Tung " merupakan panggilan mesra untuk pengetua kami yang bernama Tung Chon Huat.
Selepas mendengar kata2 Pora, aku pun mula membuat perkiraan dan mencari idea seni untuk membentangkannya pada Pengetua. Masa ni aku belum baik dengan A Tung sebab kami jarang dapat bersembang. Selepas lulus kertas kerja untuk belanjawan membuat mural,, aku memulakan tugas ku melukis Bunga Raya ku yang pertama di TW. Aku masih ingat, waktu itu kira2 jam 10 pagi waktu rehat, aku mengeluarkan kapur dan mula melukis...dari jauh Mr Tung meneriak nama ku... " .. Puan Azni,, u really can draw real good freely with chalk,, I"am so happy u are here, and I'am waiting for so long somebody like u who can help me to facelift the school. "



Semenjak dari tarikh itu, aku mendapat sepenuh kepercayaan dari pihak sekolah untuk menceriakan dinding sekolah, dan dalam tempoh setahun menjelang pertengahan 2009, aku telah menghasilkan 10 buah mural dan masyarakat cina di Kuala mula mengenali ku gara-gara mulut ramah A Tung. Hubungan ku dengan A Tung menjadi akrab atas dasar kerja dan minat yang sama. Sehinggakan timbul sedikit cerita aku adalah anak emas A Tung.


Perkara ini benar2 membuatkan hati ku rungsing dan sedih tidak terperi kerana keikhlasan ku disalah ertikan. Oleh kerana jiwa seni ku mudah tersentuh,, maka memaksa aku mendiamkan diri dari membuat kerja2 menceriakan sekolah beberapa purnama lamanya. Perkara ini berlarutan dan merungsingkan pentadbir, kerana idea dan tenaga ku diperlukan oleh mereka. Selepas lama membatu dan mendiamkan diri, akhirnya aku keluar semula mengekspreskan diri ku yang baru. RED DOOR OF TSUNG WAH merupakan mural yang paling aku suka kerana ia adalah simbol kasih sayang serta keikhlasan ku terhadap sekolah ku ini selepas aku bermuhasabah diri. Selepas itu tiada lagi kedengaran kata2 belakang tentang diri aku.





Dalam perjalananku yang berliku di sekolah ini aku mesti sentiasa tabahkan hati. Bukan mudah mengajar anak2 Cina pinggir bandar yang menggunakan sepenuhnya bahasa ibunda mereka bila berbicara. Kadang kala kita seperti tidak ujud,, tetapi bukan semua kelas melayan guru2 melayu begitu.

Jika kelas2 sains yang ku ajar,, mereka begitu menghormati diri ku. Selalu mempercayai kebolehan ku dan sedaya upaya mengikut rentak ku. Begitu juga dengan aku, banyak belajar dari mereka..antaranya..jika menerang di dalam kelas jangan bercakap cepat2. Setiap butiran percakapan hendaklah jelas, kerana mereka mengambil masa untuk memahaminya.







Rakan-rakan guru yang sentiasa menyokong perjuangan ku

Mr Tung Chon Huat (berbaju putih) bergambar kenangan selepas siap mural ku dengan pelajar 3A1 program selepas PMR 2009




Mural terbaru dihasilkan bersama pelajar lower six sempena program orientasi tingkatan 6 tahun 2010

Program orientasi tingkatan 6 yang mengeratkan hubungan junior dan senior

Banjir kilat di Tsung Wah
Tulisan kaligrafi cina bermaksud membaca itu jambatan kepada ilmu pengetahuan
Pelajar2 lower six yang memberi sepenuh komitmen pada tugasan mereka


Ini lah mural ku yang pertama di Tsung Wah pada bulan Ogos tahun 2008
Sehingga kini, setiap kali ku melalui jalanraya laluan Dato Sagor, aku merasa gembira melihat lukisan hati ku dari jauh mewarnai sekolah ini.

Mural yang menceriakan pemandangan persekitaran sekolah

Mural program selepas PMR tahun2008
Student Unimas yang praktikal di Techno sempat mengambil gambar kenangan di Mural TW

Mural ini dihasilkan separuh hati, gara2 mulut manusia..dan aku gagal mengawal emosi


Bersama Miss Au Yong PK Koko yang sentiasa memberi sokongan moral pada aku

Mural yang ku lihat dari jauh dan hanya membuat sentuhan warna,, semuanya mematangkan diriku agar menjadi lebih baik dari hari semalam.

Mural yang menyerikan persekitaran sekolah, yang dulunya hambar dan kotor dengan tong sampah yang tidak terurus




Terima kasih Allah kerana masih menganugerahkan kekuatan seni pada diri ku








Cikgu Roslan Hassan, rakan seperjuangan seni merangkap boss seni TW yang memberi sokongan dan kebebasan untuk ku berkarya


Cikgu Fatimah Mat Saman, jiran semeja yang tidak jemu meniupkan semangat bekerja di TW

Adik2 yang ku sayang..

Azila dan Irma
juga Fazli Syah
Sahabat karib ku suka dan duka
Loke Chee Kean
Ketua Panitia Bahasa Inggeris

Anak2 didik TW yang menghargai kerja2 seni ku

Terima kasih Ya Allah kerana mengikhlaskan hatiku untuk berbakti dimana juga aku berada. Semoga karya seni ku dapat menceriakan insan2 yang melihatnya.Amin

7 comments:

  1. Salam Dekni..
    hebatlaa..Uda yang dah berbelas tahun di raja Chulan pun tak mampu nak buat mural macam ni...hehehe..Tapi kalau dapat team work dan studen yang bagus memang menyeronokkan...

    ReplyDelete
  2. Memang hebatpun. Begitu artistik. Tak pernah saya sangka budak perempuan yang kurus berbaju kurung putih berbunga dengan rambut bertocang (ikat satu tocang)yang berbaris kat tepi pintu dewan makan seroja awal Julai 1983 tu punyai imaginasi yang amat tinggi. 27 tahun kemudian dia membuktikan memang dia anak seni yang berkaliber. Selamat maju jaya pada puan dekni dan teruskan berkarya.Sempena menyambut idilfitri ni saya ingin memohon maaf zahir batin atas sebarang kesalahan dan kesilapan saya di itm dulu dan sekiranya ada ketika melayani blog ni.

    Selamat menyambut idilfitri.

    wassalam

    Insani62engine83itm

    ReplyDelete
  3. Uda,, persefahaman rakan sekerja dan boss yang memudahkan kerja seni kita menyumbang kepada kejayaan. Terima kasih uda sudi singgah :-)

    ReplyDelete
  4. Dear Tuan Haji AWO,
    U tak de apa2 salah kat I pun, tak de apa yang I nak maafkan u. thank you sebab sudi cari I :-)

    ReplyDelete
  5. TQ Puan. Semoga Allah swt memberkati dan merahmati hidup puan sekeluarga.

    ReplyDelete
  6. seronok tengok karya cikgu...
    saya mengajar di sekolah rendah...jadi usaha membuat mural nih memang agak berat...memang perlu mencari teman2 yang sekepala...
    walaubagaimanapun...mural2 yg cikgu tunjukkan sedikit sebanyak membantu dan memberi semangat saya menghasilkan 'sesuatu' untuk sekolah...insya Allah

    ReplyDelete
  7. salam cikgu misz,

    guru seni tidak kira di mana pun kita berada, kecintaan pada student and art itu sentiasa membakar diri. Teruskan usaha murni cikgu. Yakin berjaya!

    Terima kasih sudi singgah blog akak dan beri komen yang buat akak tersenyum. Ceria2 selalu :-)

    ReplyDelete