Dearest friend
Jumpa kak anne di Bandar Hilir Melaka
Sebenarnya kami berselisih jalan, kak anne nak balik selatan , Dekni nak balik utara. Masa kat highway kak anne mesej,, dekni kita jumpa kat Melaka ok tak. Dekni jawab, ok kak anne,, maka terjadi lah pertemuan yang tak dijangka. Bagai nak rak kami gelak,,dan asyik gelakkkk je. Kak anne cam dulu jugak. Dekni kena buat N3 khas jejak kasih dengan kak anne ni.
Seronoknya dekni dapat jumpa dekros di Tambun. Muka dekros sweet macam dulu jugak. dekni dan Yem purposely ke Ipoh untuk cari Uda Roslaini dan dekros. Oleh kerana uda tak charge talipon, tak de rezeki jumpa uda raya2 ni.
Paling surprise dapat jumpa kak faez. On daway balik ke Kuala, dekni call kak faez. Kak faez bersungguh2 suruh kami singgah dirumahnya di Tanjung Karang. Oleh kerana dekni rindu sangat2 nak jumpa kak faez, maka akhirnya berjaya juga kita berjumpa.
Kak faez ni kakak yang penyayang. Masa kat fashion dept dia ni macam kakak besar dekni, always protective and caring. Perangai kak faez tak berubah,, macam tu jugak. Memang kena buat N3 khas untuk kak faez.
Tak jangka langsung dapat jumpa Husna sekali. Berusaha Husna & Usop datang rumah kak faez untuk jumpa kami. Husna ni dulu kulu kilir ngan kak faez naik motor passolanya.
Kami beraya dengan Raja Norshiba dirumah Megat Aniruddin (junior AD) Shiba sekarang mengajar di Sabah.
Raya tahun ni berpeluang jumpa Jumaan di Rengit. Sedap kuih samperit orang Johor
Jumaan talipon Mahadi sekali kalau nak jumpa kami. last jumpa Mahadi 5 tahun yang lalu masa kami masih tinggal di Klang, Anak Mahadi 3 hero,, tampan2 belaka.
Faizah, Husna, Azni, Ibrahimdon, Yusuf Marsidin
Beraya di rumah Roslan Ismail, Jasin Melaka
Lan dan dekni budak grup 2
geng gaduh masa 1 grup
Beraya di rumah mertua Zaini dan mertua Zulazlan ondaway balik dari pasar Batu Pahat.
Terima kasih yang Allah kerana masih memberi ruang kegembiraan pada diriku.
Amin
Sorrylaa..Dekni..kalau tidak, ada gambar uda dalam entry ni...Hhaha...
ReplyDeletesebenarnya sengaja Allah nak bagi ruang untuk kumpulan AD83 je...
insyaallah ada masa uda terjah dekni kat Kuale...
uda di alu2kan,kalau nak terjah kena coling2 dulu,,kami ni sentiasa on da move,,nanti sian uda mai tak de org d rumah
ReplyDeletesalam azni
ReplyDeletetolong habaq kat brahim...anuar penang mmg grad...nampak sapa punya fb ntah dia tanya pasai aku (gambaq tuh kat bilik aku kat delima-aku buat birthday party aku makan nasi impit kuah kacang indon mamakteria buat)...tapi aku tak jadi cikgu...habeh hangpa semua konker jadi cikgu kat malaya nih
kim salam kat brahim...habaq kat dia...awat hensem sgt la nih???
selamat hari raya
Salam Dekni. Wah kemain lagi Dekni ya. Ramai sungguh kawan2 lama yang dicari dan dibuat koleksi dalam blog he he. Tapi memanglah bagus tu. Menyambung silaturrahim tu sesuatu yang dituntut sebenarnya.Tapi nampak semua sepesen je dah jadi mak-mak budak ni he he he.Tapi takpa yang penting hati mau baik.Ok wa chau dulu.
ReplyDeleteMountain climber