Saturday, January 15, 2011

15 januari yang sedih

Pagi 15 januari 2011 sekitar jam 7.15 pagi masuk 1 mesej di handset yem. Masa tu dekni sedang bersiap2 untuk ke sekolah menghadiri agenda sekolah, manakala yem pula bersiap untuk ke bengkel Techno. Spontan yem beri reaksi terkejut dan tunjukkan mesej lebih kurang begini... Assalamualaikum.Mak saya telah meninggal dunia pagi ini.Al fatihah. sender : Zulazalan. Tanpa banyak bersoal jawab terus Yem kata.." nie, I nak ke taiping, u macam mana......."tak pe bang, u pergi lah dulu, I kena pergi sekolah, kirim salam banyak2 kat zul dan arah, hati2 memandu ya bang". Sampai di sekolah tangan dekni ligat menaip mesej dan menghantar perkhabaran duka kepada lebih kurang 10 orang rakan2 AD yang ada no handsetnya dengan dekni.
2 sahabat di hadapan rumah orang tua Zul
September 2010

Zulazalan merupakan seorang rakan AD yang istemewa di hati kami. Beliau selalu meletakkan tali persahabatan di tempat yang istemewa. Walau apa pun yang berlaku dan bagaimana sahabat2 melayannya, Zul tetap begitu, selalu bersifat memaafkan dan redha. Kami banyak belajar dari sifat2 murni yang ada pada Zul. Mana mungkin kami membiarkan nya bersendiri, di waktu dia dan arah dalam kesedihan. Masa Yem sampai di rumah orang tua Zul pagi tadi, Yem berpeluang bertahlil dengan jemaah surau kampung. Esok cadang2 nya kami nak menziarahi..kalau kata jawa..dekni menyongsong kemudian. Sekadar bertanya khabar dan berbual2 dengan sahabat merupakan tanggungjawab kita sesama insan. Bukan suatu perkara yang mudah bila kita kehilangan orang yang melahir dan membesarkan kita.

........................................................

Sehari sebelum itu, dekni dapat mesej dari Megat Aniruddin, geng seni kuala iaitu budak AD89 pottery. "..kak saya da pindah 3 hari di Taiping.." Terpinga2 pula dapat mesej macam ni dari Megat. Lepas fikir2 dekni rasa ni mesti kes masuk hospital. Seperti yang di jangka, benarlah telahan dekni. Megat dengan dekni sepert adik dengan kak long. Memang sifat semula jadi dekni suka memanjakan adik2 yang rapat dengan dekni. Kalau dengan Megat ni, roti burger pun dekni belah 2 masa dalam bas bawak budak2 kem seni. Megat memang dah faham sangat perangai akaknya, kalau lauk ayam ke ikan ke, mesti di cuil sikit.. dan masuk ke pinggannya. Begitu lah kasihnya dekni pada kawan2 yang pandai menghargai sahabat. Hobi tetapnya mengambil gambar, tengok lah tu..yang berbaju biru sebelah dekni itu lah dak Megat.

Sambil makan malam tadi, dekni bersembang dengan Yem.

Bang..I anta mesej kat Megat.." sok akak nak g tengok ko, ko nak kirim aper kat pasar pagi..nak vadai ke, kue tinge kelin ke, apam tangkup?..Dia kata seme tak le makan. Bang..dia susah hati...

Alah nie..u jawab kat Megat... braim kata..gini..gini..gini...

Ishhh abang ni,,merepek je, orang tengah sakit jawab gitu lak.

Sambil hirup tomyam Yem jawab..:

Apa lah u ni, orang tengah sakit kita kena hiburkan,,u ni jangan la serius sangat..

Hubungan Yem dengan Megat boleh di kategorikan sebagai boleh ngam kalau jumpa,sifat semulajadi Megat bersahaja dan penuh lelucon manakala Yem pula rajin bersembang. Esok lepas ziarah Zul, kami cadang2 ke hospital dan rasanya ada beberapa buah buku motivasi yang boleh di hadiahkan padanya. Menjadi penghuni hospital adalah satu suasana yang sangat membosankan. Bersabarlah dik...akak doakan Megat cepat sembuh..
Bergambar di rumah Megat masa bertandang Hari Raya
turut kelihatan Raja Shiba budak AD83 Tekstil

...........................


Petang tadi lepas asar 1 mesej masuk ke handset dekni..Salam..cik Rossidah tlh kembali ke rahmatuallah pd jam 4.15 ptg. Al fatihah. sender : Shaerah. Sehari sebelum itu 2 3 mesej masuk mengkhabarkan kak Shidah telah berada di rumah dalam keadaan uzur.
Arwah Kak Shidah berkaca mata no 2 dari kanan.
Tiada tangisan...hanya doa mengiringi pemergian insan yang dekni sayang. Arwah merupakan PK HEM dekni masa di SMK(P) Kapar. Sifatnya yang tertib dan rajin bersedekah kepada mereka yang memerlukan, dari beliau sihat walafiat sehingga lah di akhir hayatnya.

15 Januari menyekat kerongkong dekni.... terasa pedih dan kering...banyak insiden yang menyambut permulaan tahun 2011 yang dekni anggap mematangkan lagi perjalanan hidup ini. Usia yang bertambah tahun demi tahun mendewasa dan menyeimbangkan kita sepatutnya. Usah terlalu bersikap hidup dalam lingkungan zon kehidupan yang sedia ada sahaja. Ada kala kita lupa, di luar lingkungan rutin harian ada kehidupan lain yang sesekali kita perlu hargai dan ambil tahu.

Manusia hanya akan menghargai sesuatu, apabila ia hilang dari mata dan pandangan. Sayangi.. dan hargailah rakan.. keluarga.. dan mereka yang berusaha menjaga dan menyambung silaturahim. Bagi insan2 yang tidak mengendahkan perkara2 yang di anggap remeh ini, maafkan lah mereka. Segala yang ada semuanya pemberian Allah. Dia yang menemukan dan Dia juga yang mengakhirinya. Kita hanya mampu berusaha mempertahankannya. Cetakan Allah tidak ada kali kedua. Waulahuallam.

2 comments:

  1. Innalillahiwainnalillahirroji'un. Setiap yang bernafas akan menemui yang maha esa bila tiba masanya. Al fatihah diucapkan kepada semua yang meninggal tu. Doa kita agar warisnya yang masih hidup tabah menghadapi dugaan tersebut. Memang menyedihkan bila kita menoleh ke belakang kerana ramai sahabat kita telah meninggalkan kita malah ramai juga yang meninggal pada usia muda. Kadang2 kita rasakan baru semalam kita berbual dan bergelak ketawa dengan mereka.Tapi putaran kehidupan memang begitu. Semoga roh mereka ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. amin.

    Mountain climber

    ReplyDelete
  2. Dekni...terharu baca entri ni..sedih mengenangkan mereka yang telah meninggalkan kita..yang sakit...dan satu hari nanti ..akan tiba kita juga menyusul...

    Al fatihah untuk yang pergi..
    Moga Megat cepat semboh..terkenang senda gurau dia yang sentiasa menghiburkan....

    ReplyDelete