Showing posts with label EMOSI. Show all posts
Showing posts with label EMOSI. Show all posts

Thursday, March 15, 2012

al fatihah

Laut tenang di Telok Bakong, Batu Pahat Johor

Gambar kenangan yang terakhir bersama arwah mak mun yang di kasihi
SYUKUR ALHAMDULILLAH BONDAKU TELAH SELAMAT DISEMADIKAN PADA PAGI TADI SELEPAS MENGHEMBUSKAN NAFAS TERAKHIR PETANG SEMALAM JAM 6PTG 14/3/2012 SEMOGA ROHNYA AMAN DI SANA INSYALLAH..

Saturday, July 2, 2011

30 June 2011

Bergambar bersama art club pelajar 5 Sains yang berjasa pada kerja seni ku di TW. Mereka mengikuti ku dengan setia dari tingkatan 2 dan ini adalah tahun akhir mereka di sekolah.

Gambar candid 30 June 2011 di kantin, dewan dan padang sekolah, majoriti di rakam oleh Celine Lee pelajar tingkatan 3A1 yang ku pilih untuk belajar secara ekspress menggunakan kamera sony DSLR milik ku.

Bukan apa2 sekadar berkongsi minat yang sama dengan anak Puan Tiang yang cantik manis itu. Kepada Celine, tahniah menunjuk minat yang bagus, yang penting kamu ada artistic eyes. Teruslah berusaha.
Aku menghargai insan2 disekelilingku dengan cara ku yang tersendiri. Semoga Tuhan mengurniakan ku kekuatan iman dan kesihatan untuk meneruskan hidup yang tidak pasti bilakah penghujungnya.

Hidup ini adalah singkat, Hargailah insan2 yang menyayangi diri kita dengan hati yang tulus ikhlas. Sekian terima kasih. Bubye :-)




Sunday, March 6, 2011

Hargailah kehidupan kita yang Allah beri

Hidup ini adalah indah. Setiap hari kita masih dapat merasa degup jantung dan bernafas di bumi Nya.

Begitulah...sementara masih sihat ni, sama2 lah kita jaga kesihatan diri. Aku juga tidak terkecuali, ada kala merasa cuak juga dengan tahap kesihatan. Setakat hari ini penyakit 3 serangkai tu tidak ada padaku.

Di usia yang akan memanjat ke angka 46 tahun pada 2011 ini, aku sering bermohon pada Nya agar di anugerahkan kesihatan yang baik. Kekayaan Iman no 1, kesihatan no 2 dan material jatuh no 3. Apa guna kaya jika sakit, lagi parah jika mewah harta tapi miskin jiwa.

Aku juga bersyukur hidup di keliling insan2 yang menyayangiku, berpeluang berjumpa kawan2 lama dan merapatkan ukhwah dengan mereka. Walau pun tidak sering bertanya khabar tetapi ingatan sudah memadai.

Segala pekerjaan dan perbuatan kita bergantung pada niat. Jika niat kita baik dan ikhlas, insyallah, ia kan menjadi baik.

Hargailah kehidupan kita yang Allah beri.

We choose to be sad or happy in life, ceria2 selalu :-)

Saturday, January 15, 2011

15 januari yang sedih

Pagi 15 januari 2011 sekitar jam 7.15 pagi masuk 1 mesej di handset yem. Masa tu dekni sedang bersiap2 untuk ke sekolah menghadiri agenda sekolah, manakala yem pula bersiap untuk ke bengkel Techno. Spontan yem beri reaksi terkejut dan tunjukkan mesej lebih kurang begini... Assalamualaikum.Mak saya telah meninggal dunia pagi ini.Al fatihah. sender : Zulazalan. Tanpa banyak bersoal jawab terus Yem kata.." nie, I nak ke taiping, u macam mana......."tak pe bang, u pergi lah dulu, I kena pergi sekolah, kirim salam banyak2 kat zul dan arah, hati2 memandu ya bang". Sampai di sekolah tangan dekni ligat menaip mesej dan menghantar perkhabaran duka kepada lebih kurang 10 orang rakan2 AD yang ada no handsetnya dengan dekni.
2 sahabat di hadapan rumah orang tua Zul
September 2010

Zulazalan merupakan seorang rakan AD yang istemewa di hati kami. Beliau selalu meletakkan tali persahabatan di tempat yang istemewa. Walau apa pun yang berlaku dan bagaimana sahabat2 melayannya, Zul tetap begitu, selalu bersifat memaafkan dan redha. Kami banyak belajar dari sifat2 murni yang ada pada Zul. Mana mungkin kami membiarkan nya bersendiri, di waktu dia dan arah dalam kesedihan. Masa Yem sampai di rumah orang tua Zul pagi tadi, Yem berpeluang bertahlil dengan jemaah surau kampung. Esok cadang2 nya kami nak menziarahi..kalau kata jawa..dekni menyongsong kemudian. Sekadar bertanya khabar dan berbual2 dengan sahabat merupakan tanggungjawab kita sesama insan. Bukan suatu perkara yang mudah bila kita kehilangan orang yang melahir dan membesarkan kita.

........................................................

Sehari sebelum itu, dekni dapat mesej dari Megat Aniruddin, geng seni kuala iaitu budak AD89 pottery. "..kak saya da pindah 3 hari di Taiping.." Terpinga2 pula dapat mesej macam ni dari Megat. Lepas fikir2 dekni rasa ni mesti kes masuk hospital. Seperti yang di jangka, benarlah telahan dekni. Megat dengan dekni sepert adik dengan kak long. Memang sifat semula jadi dekni suka memanjakan adik2 yang rapat dengan dekni. Kalau dengan Megat ni, roti burger pun dekni belah 2 masa dalam bas bawak budak2 kem seni. Megat memang dah faham sangat perangai akaknya, kalau lauk ayam ke ikan ke, mesti di cuil sikit.. dan masuk ke pinggannya. Begitu lah kasihnya dekni pada kawan2 yang pandai menghargai sahabat. Hobi tetapnya mengambil gambar, tengok lah tu..yang berbaju biru sebelah dekni itu lah dak Megat.

Sambil makan malam tadi, dekni bersembang dengan Yem.

Bang..I anta mesej kat Megat.." sok akak nak g tengok ko, ko nak kirim aper kat pasar pagi..nak vadai ke, kue tinge kelin ke, apam tangkup?..Dia kata seme tak le makan. Bang..dia susah hati...

Alah nie..u jawab kat Megat... braim kata..gini..gini..gini...

Ishhh abang ni,,merepek je, orang tengah sakit jawab gitu lak.

Sambil hirup tomyam Yem jawab..:

Apa lah u ni, orang tengah sakit kita kena hiburkan,,u ni jangan la serius sangat..

Hubungan Yem dengan Megat boleh di kategorikan sebagai boleh ngam kalau jumpa,sifat semulajadi Megat bersahaja dan penuh lelucon manakala Yem pula rajin bersembang. Esok lepas ziarah Zul, kami cadang2 ke hospital dan rasanya ada beberapa buah buku motivasi yang boleh di hadiahkan padanya. Menjadi penghuni hospital adalah satu suasana yang sangat membosankan. Bersabarlah dik...akak doakan Megat cepat sembuh..
Bergambar di rumah Megat masa bertandang Hari Raya
turut kelihatan Raja Shiba budak AD83 Tekstil

...........................


Petang tadi lepas asar 1 mesej masuk ke handset dekni..Salam..cik Rossidah tlh kembali ke rahmatuallah pd jam 4.15 ptg. Al fatihah. sender : Shaerah. Sehari sebelum itu 2 3 mesej masuk mengkhabarkan kak Shidah telah berada di rumah dalam keadaan uzur.
Arwah Kak Shidah berkaca mata no 2 dari kanan.
Tiada tangisan...hanya doa mengiringi pemergian insan yang dekni sayang. Arwah merupakan PK HEM dekni masa di SMK(P) Kapar. Sifatnya yang tertib dan rajin bersedekah kepada mereka yang memerlukan, dari beliau sihat walafiat sehingga lah di akhir hayatnya.

15 Januari menyekat kerongkong dekni.... terasa pedih dan kering...banyak insiden yang menyambut permulaan tahun 2011 yang dekni anggap mematangkan lagi perjalanan hidup ini. Usia yang bertambah tahun demi tahun mendewasa dan menyeimbangkan kita sepatutnya. Usah terlalu bersikap hidup dalam lingkungan zon kehidupan yang sedia ada sahaja. Ada kala kita lupa, di luar lingkungan rutin harian ada kehidupan lain yang sesekali kita perlu hargai dan ambil tahu.

Manusia hanya akan menghargai sesuatu, apabila ia hilang dari mata dan pandangan. Sayangi.. dan hargailah rakan.. keluarga.. dan mereka yang berusaha menjaga dan menyambung silaturahim. Bagi insan2 yang tidak mengendahkan perkara2 yang di anggap remeh ini, maafkan lah mereka. Segala yang ada semuanya pemberian Allah. Dia yang menemukan dan Dia juga yang mengakhirinya. Kita hanya mampu berusaha mempertahankannya. Cetakan Allah tidak ada kali kedua. Waulahuallam.

Saturday, January 9, 2010

598



Seminggu persekolahan telah pun berlalu dengan selamat. Hajat di hati memang berkobar2 nak menulis di blog,, tapi memandangkan meng up load pic yg mengambil masa yg lama,, selalu mematahkan semangat untuk mencatat diari kehidupan.Tapi pagi tadi lepas baca blog uda di secubit rasa,, terpanggil di hati bahawasanya pic itu bukan la 1 halangan nak meluahkan apa yg kita lalui,, ia hanya 1 kosmetik untuk mencantikkan diari catatan.

Hari ni 598 terbang la sudah ke saku Eng, mekanik ku yang setia dari dulu kini dan terkini,, Si Eng ni selalunya akan menasihat kan ku apa yg perlu apa yg tak perlu untuk bab2 keluar duit penjagaan enjin kereta. Bab kosmetik tak payah cerita la kat dia,, da kebal telinga Eng dengar ceritaku untuk cat kereta cari makan ku itu. Selalunya berakhir dengan ungkapan dari Eng,, "Cikgu,, saya rasa tak perlu la u nak cat kereta,, yang penting ialah enjin kereta cikgu baik,, abang sudah ada 1 kereta bagus,,sudah cukup la".


Hahaha,, mula2 aku datang ke sekolah Tsung Wah (C) rasa pelik melihat Penolong Kanan,, Ketua2 Bidang pakai kereta buruk n sempoi,, lama2 aku pun dah "immune" dengan pemandangan ini. Mereka mementingkan simpanan kewangan sebab mereka selalu kata,, "Bila anak sudah masuk Universiti kita perlu ada wang untuk tampung mereka belajar,kerana kita tidak ada biasiswa, ", itu satu alasan la kan,, tapi yang ku tau cikgu TW jika hujung tahun makan angin di luar negara,, paling cikai pun ke China.

So berbalik pada 598 tadi,, Eng banyak kali kata " cikgu, u sangat nasib baik,, jika lagi 1 2 hari u tak datang bengkel,, saya fikir kereta cikgu terus jam atau boleh accident masa memandu,, sebab musabab nya tuan puan nak tahu,,, ini adalah kerana timing belt aku dah sampai "haul",, bila dia keluarkan terus putus,, Alhamdulilah Allah masih melindungi ku,, asal nnya aku ke bengkel Eng kerana kereta ala2 semput menandakan plug kereta perlu ganti,, juga drive shaft yg patah,, dah bunyi tak tak tak tak,,, bab2 kereta ni memang suami ku melatih berdikari,, bab minyak hitam, air bateri dan lain2 itu adalah di bawah pengawasan dan penyelenggaran ku,, jika dah kronik baru la dia kan campur tangan. So,, di sini,, pengajarannya,, money is not everything,, jengok2 la kereta tuan2 dan puan2 apa yg perlu di ganti,, mcm i ni,, mampu kereta biasa2 je,, lain le komer2 pakai kereta hebat dan mengebat,, hingga di sini dulu,, Selamat memandu dan berhati-hati di jalan raya.