Saat perpisahan tiba juga. Walau sekuat mana aku dan cikgu Hayati menahan empangan itu..akhirnya ia gugur di lambaian akhir yang memisahkan kami dengan boss yang di kasihi
Aku dan cikgu Roslan Hassan rakan sealiran seni
Mr Tung Chon Huat AMP, Pengetua Tsung Wah yang berjaya menyentuh hati warga sekolah dengan karekternya yang tersendiri.
Kepercayaan beliau terhadap guru2 yang memahami wawasan sekolah telah membentuk satu jati diri bekerja dengan cemerlang dalam lingkungan "our specialised' seperti mana diriku yang bekarya dengan bebas samada di dalam bilik darjah atau pun menyentuh dinding2 dan kertas2 kosong.
Beliau jarang menyatakan tidak dan sedaya upaya akan sama2 membantu kecintaan guru2 di bidang masing2 selaras dengan visi dan misi sekolah. Sebenarnya bukan mudah melayani kehendak warga sekolah yang pelbagai watak dan rencam. Namun, beliau membuktikan segalanya boleh jika segalanya di iringi dengan keikhlasan bekerja.
Aku dan Zainurin Lab asst merangkap adik angkat boss yang disayang
Kami mengucapkan Selamat Berjaya dan fit selalu pada mantan boss
Insyallah, entri berikutnya adalah perjalanan akhir bersama seorang yang bergelar Pengetua
No comments:
Post a Comment