Begitulah...sementara masih sihat ni, sama2 lah kita jaga kesihatan diri. Aku juga tidak terkecuali, ada kala merasa cuak juga dengan tahap kesihatan. Setakat hari ini penyakit 3 serangkai tu tidak ada padaku.
Di usia yang akan memanjat ke angka 46 tahun pada 2011 ini, aku sering bermohon pada Nya agar di anugerahkan kesihatan yang baik. Kekayaan Iman no 1, kesihatan no 2 dan material jatuh no 3. Apa guna kaya jika sakit, lagi parah jika mewah harta tapi miskin jiwa.
Aku juga bersyukur hidup di keliling insan2 yang menyayangiku, berpeluang berjumpa kawan2 lama dan merapatkan ukhwah dengan mereka. Walau pun tidak sering bertanya khabar tetapi ingatan sudah memadai.
Segala pekerjaan dan perbuatan kita bergantung pada niat. Jika niat kita baik dan ikhlas, insyallah, ia kan menjadi baik.
Hargailah kehidupan kita yang Allah beri.
We choose to be sad or happy in life, ceria2 selalu :-)
No comments:
Post a Comment