Sunday, March 4, 2012

masih terasa-rasa di tekak

Hari ini pagi2 dah pergi kedai runcit Citra di depan rumah. Semuanya gara2 teringin sangat nak makan masak lomak cili padi buatan ku sendiri. Rasanya dah lama sangat tak masak lauk asal usul negeri ku, nogori 9. Oleh kerana hari ini hari kurang mood, maka mood mengambil gambar pun tiada, maka ku korek2 adalah gambar masakan ini masa grup kembara seni ke kampung Lonek 3 tahun nan lalu.
Seingat2 diri ku, aku mula menceburi masakan ini semasa menunggu keputusan SPM tahun1982. Masa tu aku sangat berusaha keras mempelajari segala masakan wan jenab ku yang aku kasihi. Maka dengan itu pandailah aku masak segala masakan negeri sembilan dengan jitu dan mantap.
Tetapi, selepas aku bernikah dengan rakyat Johor, maka kemantapan ku itu semakin lama semakin terhakis kerana mengikut tekak beliau yang menggelak langsung masakan bersantan.

Itulah kenang-kenangan ku menjadi sebahagian rakyat negeri sembilan + rakyat perak = Rakyat Cheras > berhijrah menjadi rakyat Kelana Jaya.

Sekian terima kasih kerana sudi singgah. :-)

6 comments:

  1. Dekni... lain kali masak dan ajaklaa sahabat handai yang ada...hehhe sesekali kita buat pot luck...

    ReplyDelete
  2. uda...wah best nya.setuju, bila kita nak berpot luck?hehe

    ReplyDelete
  3. Salam dekni, sekian lama tidak Ratna datang berbual-mesra dengannya Dekni.

    Gimana pun... dilain kali, paparkan sahaja hidangan masakan yang telah disediakan ya Dekni. Terbalik dengan suami Ratna mahunya masakan itu jangan ditukar ubah suaikan... semahunya tulen setulen yang boleh cumanya kepedasan lauk-pauk itu harus dikurangkan kalu...

    Adore sekali dengan profile photo terkini Dekni, cantik anggun sekali.

    Salam manis manis madu.

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum
    Pakcik mohon izin singgah. Suka blog aznimatisa ni, terutama kerana kisah-kisah famili di dalamnya. Juga mengenai alam seni.

    ReplyDelete
  5. salam ratna,

    Terima kasih sudi singgah di teratak dekni. Insyallah, di lain waktu akan dekni berusaha paparkan gambarnya.

    Terima kasih untuk puji-pujian dari Ratna buat dekni.

    Salam manis dari tanahair mu.

    ReplyDelete
  6. Waalaikumsalam bro pakcik Temuk,

    Terima kasih sudi singgah. Sempat juga saya menziarah seketika blog Nukilan. Oh, sungguh menarik, pasti saya akan membaca blog itu pulang dari sekolah hari ini!

    :-)

    ReplyDelete