Friday, June 8, 2012

realiti hidup satu perjuangan

Kisahnya...

47 tahun yang lalu aku dilahir dan dibesarkan di kotaraya ini. Berbekalkan tunjuk ajar, jasa dan kasih sayang Allahyarham abah dan emak yang kini telah berusia 72 tahun, aku membentuk satu jati diri orang kota yang berjiwa kekampungan. 

Bercakap bahasa orang puteh bukan sangat masalah pada aku,. memandangkan budak-budak kota zaman aku memang dididik berbahasa itu, dan kebetulan pula aku mendapat pendidikan sekolah secara formal di sekolah convent.

 Maka pada cuti sekolah baru-baru ini aku mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman,.namun cita-cita ku untuk melihat sekolah, madrasah, tempat aku belajar erti kehidupan tidak kesampaian memandangkan masa yang sangat mencemburui aku.
Aku dibesarkan di  jalan cheras yang berhampiran Pudu,.dan jalan imbi serta turun ke bukit bintang itu bukanlah satu yang asing pada aku. Abah hanya ada 3 orang anak perempuan dan aku adalah anak bongsunya,.yang boleh dikategorikan agak berdikari dari zaman remaja

...yang nyata...,realiti hidup bukan seindah kota impian yang kita lihat,. sempurna ,cantik,,menawan dan lengkap segala. Hidup dikota perlu kental jiwa dan ada jati diri yang teguh.
 kerana...hidup adalah satu perjuangan, untuk melihat betapa tebal dan kebalnya iman kita
 Hidup ini penuh rencam dan ragam. Aku bersyukur dilahir dan dibesarkan  dalam keadaan yang sederhana. Dari situ aku dapat melihat hidup dengan lebih jelas dan lebih realistik.
akhirnya....iman juga yang di cari dan dilihat, bagi menyuluh pelita hati yang semakin lama semakin suram dimamah waktu dan usia...dan aku menyedari,realiti hidup adalah satu perjuangan yang panjang dalam kategori dan kelas kehidupan manusia yang tersendiri.

Terima kasih pada yang sudi membaca catatan ringkas ku ini. Semoga kita semua terus berjuang dalam hidup, tanpa rasa putus asa sehingga nafas yang terakhir. Sekian Wassalam.

5 comments:

  1. Salam kak azni,
    (sebelum ni baca nama akak aznimatisa - 1 straight phrase ropanya Azni Mat Isa heee....)
    Not nice at all dok dlm udara yg tercemar kt sini, hari2 saya berangan nak settle down kt kampung, dah tak koser nak redah jem lagik, nti klu saya dok kt kg, ada kebun sayur bagai akak dtglah melawat saya ek? Ekekkeke....

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam yong.

    maka itu le nama akak yang apak akak bagi, dan bagi mengenang namanya juga. cepatlah buat rumah kat kampung, nanti boleh kak tlg kopek ikan bilis bawah pokok di tiupan angin sepoi2.best nya!

    ReplyDelete
  3. Saya suka baca penulisan dekni. hidup ini memang indah jika dikelilingi oleh orang2 yang baik hatinya. tapi realiti kehidupan kita dikelilingi oleh orang2 yang busuk hatinya...macammana dekni menanganinya...

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum sahabat yang tidak bernama.

    Terima kasih kerana sudi membaca penulisan ku. Benarlah kata mu bahawa hidup ini memang indah jika dikelilingi orang2 yang baik hati. Realitinya bukan begitu. Kerana itu ada syurga,ada neraka. ada pembalasan dari perbuatan baik dan jahat.

    Cara menangani orang yang busuk hati bukannya semudah yang disangka. Semuanya dilalui dengan pengalaman yang mahal. Bila dah kerap berdepan dengan keadaan itu maka kita akan jadi lali dan senyum sambil berkata dalam hati....(apa yang kita nak kata lah kan..hihi )

    ReplyDelete
  5. Yang INDAH hanya sementara.. Yang abadi adalah KENANGAN.. Yang IKHLAS hanya dari sanubari..Tidak mudah mencari yang HILANG.. Tidak mudah mengejar IMPIAN.. Namun yang lebih susah adalah memPERTAHANkan apa yang ada... Kerana walaupun tergenggam erat boleh terlepas juga..Ingatlah pada pepatah "Jika kamu tidak memiliki apa yang kamu sukai, maka sukailah apa yang kamu miliki saat ini .."

    ReplyDelete