Monday, November 26, 2012

ATAS PANGGILAN KHAS IBNUSAMAN ALJALAWI, MOH LER MENULIS SEPERTI SEADANYA

Al kisahnya...
Selepas 4 purnama berlalu maka aku pun menyelak2 habuk yang telah duduk kat rumah blog ini. Tak bergerak-gerak.Tiada sebab musabab khas. Cuma lately ni, maksud ku tahun 2012, kerja agak kelam kabut, tidak teratur, tau-tau dah nak habis tahun.

Rasanya musim durian baru je, tapi sebab aku dok di Negeri Perak yang kaya dengan dorian , maka always lah ada Raja buah ni, maka aku pun tak "adore" sangat buah ni.

(apa kena mengena duran  dengan blog ?..ada kena mengena...)

Maka, blog ni pula.... oleh sebab aku ni  rajin berface book untuk upload gambar,.maka blog pun telah terpinggir gitu.

....oleh kerana aku sendiri pula,.  bukan penulis tegar blog , ada masa-masanya, tiba2 je tak nak menulis,.sebab ada medan lain berinteraksi ( itu lah penangan face book,kenyataan weh )


Semenjak dua menjak ni boleh dikatakan everyday aku snap picture. Macam drebar lori dan  bas lah, tiap-tiap hari bawa bas, dan laluannya... kata orang boleh pejam mata.
Bila nak upload gambar ,buat cerita kat blog, aku dah menyeleweng tempat lain. Dalam erti kata, cita-cita nak menulis ku ketepikan, semata-mata melayan mata melihat-lihat dengan asyik nya gambar yang aku snap snap tu.

Faham tak cerita kita takat ni



Sebenar-benarnya yang buat aku betul-betul terpanggil menulis semula ialah bila abang Mad atau nama penanya Ibnusaman Aljalawi (betul ke ejaan nya ni bang mad oi ) or nama jiwa kacaunya si Pondok Karas ( yang ni belum terokai lagi mengapakah nama itu )

...sambung cerita...ha bila bang mad kata rumah blog aku dah naik lalang, takut padi mati..,maka..... sebab baru ni pi Kedah ambil gambar sawah padi, maka sesuai lah,. untuk aku menyeru-nyeru semula penulisan blog yang tak semengah ni.


Buat peminat-peminat ku jauh dan dekat ( perasan gila kenyataan itu weh )

 Terima kasih tidak terhingga ,.sebab rajin komer2  singgah rumah I tapi tetapss la gitu2.

 Thank you ya.


Maka meminjam semangat beg merah ku yang berslogan JUST DO IT, maka aku akan terus menulis walau dalam bahasa yang lebih "real" dari yang dulu-dulu.

So, moh ler kita mencantikkan semula, eh moh ler beri semangat kat I agar terus berblog semula dengan gambar-gambar yang tak semengah tapi dalam elegant yang tersendiri. Sekian Terima Kasih.

Andai kalian pening membaca ayat-ayat ku itu, ku mohon ampun dan maaf ya. Adios

To Muna, Yong Kamariah, Cikgu Temuk, Insan Marhaen, Kak Eta, Uda, Chez Ratna,Kasih Redha, Wak Gelas dan ramai lagi...
termasuk Anoynomous dan peminat2 misteri I, thank you very much,



7 comments:

  1. yuhuuuuu Kak Ni...
    macam tu lerrrr aje mmg ngan ye, blog ni dah balik ulan kekdahnya. welkam back dear! tapinya teman pun gitewww.. tak de masa sgt nak tulih blog, lately ni nak jenjalan blog kenkawan pown takdek masa...
    p/s : hey, nice pix akak! keep up d good work yah, i loikeeee!

    ReplyDelete
  2. hi Kak Azni,

    welkam bek..
    keep writing yea!

    ReplyDelete
  3. Assalamu'alaikum DEKNI
    Dah berlabuh tirai Ramadhan (dah lama dah!), mula terbuka tirai Muharam 1434H! Baguslah tu. Nampaknya dah akrab betul dengan Cik Kamera tu, ya? Pakcik suka gambar van penuh durian tu. Tapi yang di tepi van tu nak bantu tukar tayar ke nak kopek durian? Sebenarnya Pakcik pun tak "adore" buah tu, makan bila orang beri, tapi taklah "bertempah" nak cari dia! Looking forward to seeing more lovely pictures from your blog. Take care.

    ReplyDelete
  4. ha ha ha dekni dekni..sapa lagi yang boleh diharap untuk medokumentasikan kisah kisah dan wajah wajah kuale serta suasana sekitarnya??. percaya lah 30 tahun akan datang semuanya akan menjadi khazanah bernilai yang tidak boleh dibeli dengan duit..keep it up..gut job..namun jangan la bior lalang merimbuni laman..sesekali tajak lah ia..kerana bunga bunga padi itu aroma nya syahdu..

    ReplyDelete
  5. tertarik dengan foto rumah yang diambil dari top view dan wide angle.

    kata bos IM, gambar yang fogenik bukan sangat bergantung pada mahal atau sofistikaednya kamera tapi juga dari sudut mana kita ambul.

    ReplyDelete
  6. HI!!Still enjoy reading your blog...keep it up Sis!!

    ReplyDelete
  7. Tak sangka ada yang prihatin. Kita terharu tau tak ><

    to Yong : you are my feveret adik

    to Catz : oso my feveret adik,sama gila bahasa with Yong kat ataih

    to cikgu Temuk : Kita respek, dia sudi nak turun padang tengok keje kita yang tak semengah ni

    to ibnusaman/bang mad : opkoss my mentor idola gitu, ha perasan lah tu,tapi ah yang benerrr

    to insan marhaen : Kita kagum kat dia

    to Art/bro Topek : wah tak sangka!

    ReplyDelete