Selepas 4 purnama berlalu maka aku pun menyelak2 habuk yang telah duduk kat rumah blog ini. Tak bergerak-gerak.Tiada sebab musabab khas. Cuma lately ni, maksud ku tahun 2012, kerja agak kelam kabut, tidak teratur, tau-tau dah nak habis tahun.
Rasanya musim durian baru je, tapi sebab aku dok di Negeri Perak yang kaya dengan dorian , maka always lah ada Raja buah ni, maka aku pun tak "adore" sangat buah ni.
(apa kena mengena duran dengan blog ?..ada kena mengena...)
Maka, blog ni pula.... oleh sebab aku ni rajin berface book untuk upload gambar,.maka blog pun telah terpinggir gitu.
....oleh kerana aku sendiri pula,. bukan penulis tegar blog , ada masa-masanya, tiba2 je tak nak menulis,.sebab ada medan lain berinteraksi ( itu lah penangan face book,kenyataan weh )
Semenjak dua menjak ni boleh dikatakan everyday aku snap picture. Macam drebar lori dan bas lah, tiap-tiap hari bawa bas, dan laluannya... kata orang boleh pejam mata.
Bila nak upload gambar ,buat cerita kat blog, aku dah menyeleweng tempat lain. Dalam erti kata, cita-cita nak menulis ku ketepikan, semata-mata melayan mata melihat-lihat dengan asyik nya gambar yang aku snap snap tu.
Faham tak cerita kita takat ni
Sebenar-benarnya yang buat aku betul-betul terpanggil menulis semula ialah bila abang Mad atau nama penanya Ibnusaman Aljalawi (betul ke ejaan nya ni bang mad oi ) or nama jiwa kacaunya si Pondok Karas ( yang ni belum terokai lagi mengapakah nama itu )
...sambung cerita...ha bila bang mad kata rumah blog aku dah naik lalang, takut padi mati..,maka..... sebab baru ni pi Kedah ambil gambar sawah padi, maka sesuai lah,. untuk aku menyeru-nyeru semula penulisan blog yang tak semengah ni.
Buat peminat-peminat ku jauh dan dekat ( perasan gila kenyataan itu weh )
Terima kasih tidak terhingga ,.sebab rajin komer2 singgah rumah I tapi tetapss la gitu2.
Thank you ya.
Maka meminjam semangat beg merah ku yang berslogan JUST DO IT, maka aku akan terus menulis walau dalam bahasa yang lebih "real" dari yang dulu-dulu.
So, moh ler kita mencantikkan semula, eh moh ler beri semangat kat I agar terus berblog semula dengan gambar-gambar yang tak semengah tapi dalam elegant yang tersendiri. Sekian Terima Kasih.
Andai kalian pening membaca ayat-ayat ku itu, ku mohon ampun dan maaf ya. Adios
To Muna, Yong Kamariah, Cikgu Temuk, Insan Marhaen, Kak Eta, Uda, Chez Ratna,Kasih Redha, Wak Gelas dan ramai lagi...
termasuk Anoynomous dan peminat2 misteri I, thank you very much,