Friday, June 8, 2012

realiti hidup satu perjuangan

Kisahnya...

47 tahun yang lalu aku dilahir dan dibesarkan di kotaraya ini. Berbekalkan tunjuk ajar, jasa dan kasih sayang Allahyarham abah dan emak yang kini telah berusia 72 tahun, aku membentuk satu jati diri orang kota yang berjiwa kekampungan. 

Bercakap bahasa orang puteh bukan sangat masalah pada aku,. memandangkan budak-budak kota zaman aku memang dididik berbahasa itu, dan kebetulan pula aku mendapat pendidikan sekolah secara formal di sekolah convent.

 Maka pada cuti sekolah baru-baru ini aku mengambil kesempatan pulang ke kampung halaman,.namun cita-cita ku untuk melihat sekolah, madrasah, tempat aku belajar erti kehidupan tidak kesampaian memandangkan masa yang sangat mencemburui aku.
Aku dibesarkan di  jalan cheras yang berhampiran Pudu,.dan jalan imbi serta turun ke bukit bintang itu bukanlah satu yang asing pada aku. Abah hanya ada 3 orang anak perempuan dan aku adalah anak bongsunya,.yang boleh dikategorikan agak berdikari dari zaman remaja

...yang nyata...,realiti hidup bukan seindah kota impian yang kita lihat,. sempurna ,cantik,,menawan dan lengkap segala. Hidup dikota perlu kental jiwa dan ada jati diri yang teguh.
 kerana...hidup adalah satu perjuangan, untuk melihat betapa tebal dan kebalnya iman kita
 Hidup ini penuh rencam dan ragam. Aku bersyukur dilahir dan dibesarkan  dalam keadaan yang sederhana. Dari situ aku dapat melihat hidup dengan lebih jelas dan lebih realistik.
akhirnya....iman juga yang di cari dan dilihat, bagi menyuluh pelita hati yang semakin lama semakin suram dimamah waktu dan usia...dan aku menyedari,realiti hidup adalah satu perjuangan yang panjang dalam kategori dan kelas kehidupan manusia yang tersendiri.

Terima kasih pada yang sudi membaca catatan ringkas ku ini. Semoga kita semua terus berjuang dalam hidup, tanpa rasa putus asa sehingga nafas yang terakhir. Sekian Wassalam.

Monday, June 4, 2012

Sony dah pulih dan boleh balik

alkisahnya...

Antara tujuan utama aku pulang ke ibu kota sempena cuti semester pertama ini ialah :
~ ziarah mak, kak,anak saudara
~ misi khas ke Dungun Trengganu
~ bertemu semula pengarang jantung hati
Misi bertemu si jantung hati ~maka pada petang itu aku pun berangkat ke Mid Valley yang gah lagi popular. Jika nak banding dengan the Store Kuala Kangsar,siapalah kami,..... kecil lagi kerdil.... apo yang ado
as usual parking kereta adalah sangat padat,. tambahan pula hari itu adalah hari minggu.  Hari pay day dan hari warga kota berlibur, makan-makan, jalan-jalan dan macam-macam.
Lif nak naik ke Mid Valley pun ada north, south wing dan lain-lain
This is my sister Azizah Mat Isa, and she is my only sister selepas Arwah Azlina kembali ke Rahmatuallah 12 tahun nan lalu at the age of 40. Memang sangat menyedihkan, tapi itu adalah kenyataan, mati adalah pasti. I always remind myself to love other people truly with my heart, especially pula orang tu sayang kat kita.
Pada hari itu juga adalah hari ulang tahun kelahiran sicantik manis ni ~Nelfi Husna yang ke 17 tahun. Happy birthday Nellyuki!

She is my niece with sweetheart face, sama seperti ibunya yang bernama Azizah tu lah.
Maka selepas sebulan terpisah akhirnya sampai juga aku ke pusat rawatan Sony ku

Aku sayangkan Sony DSLR 200 itu, walaupun kos mengeluarkannya dari wad pemulihan boleh tahan harganya. Bagi orang yang seperti aku, memiliki kamera walaupun tidak sangat canggih ia merupakan santapan jiwa nurani dan perasaan. 

Thank you Nellyuki snap photo mak usu kat Sony Centre ni.
Aku suka budak counter yang melayan karenah aku yang bertanya macam-macam, mengapa dan kenapa
Sebenarnya semasa Sony ku jatuh sakit,aku telah berurusan di Sony Centre Ipoh, tetapi memandangkan kos  pengangkutan dan insurannya yang melebihi kos rawatan, maka aku telah mendapat khidmat ihsan dari anakanda ku Zulaika untuk menghantar terus kamera ku itu ke ibu pusat rawatan Sony.
Sony ku, kau tetap berada ditempat yang diatas walau pun Canon maupun Nikon cuba mencuri hatiku.
Warna mu yang asli and the picture is what you see is what you get telah lama menawan hatiku.

Selamat kembali my Sony ke Kuala Kangsar