Wednesday, October 21, 2009

Mamakteria


This is UITM  famous MAMAKTERIA

Mamakteria adalah alternatif tempat menjamu selera dan bersosial para mahasiswi dan mahasiswa UITM sekitar awal penubuhan UITM Shah Alam sehingga lewat tahun 80an. Selain dari itu mamakteria juga merupakan laluan utama kedua pintu masuk ke UITM.

Tangga yang mencerun turun kebawah itu merupakan laluan pejalan kaki untuk mahasiswi/wa yang mempunyai urusan menggunakan perkhidmatan bas menghala ke Kuala Lumpur dan ke Klang.



 

Mamakteria dan UITM hanya dipisahkan dengan satu pintu pagar kecil . Pondok Pak Guard di letakkan berhampiran dengan  pintu kecil itu untuk mengawal aliran keluar masuk pelajar.  

Pas pelajar akan disemak oleh Pak Guard yang bertugas pada waktu itu. Mahasiswi/wa  yang ingin keluar bermalam perlu mendapat  tanda tangan pengesahan warden asrama,  manakala bagi yang ingin membasahkan tekak dan mengisi perut hanya perlu meninggalkan pas pelajar di kaunter pengawal.






Tangga-tangga cinta..
Adoyaiii...



Menu yang popular di sini mengikut tekak dekni..selain teh ais nya...sudah tentu mee bandung yang di masak panas dan di hidang dengan telor mata tiga suku masak..Peneman setia dekni tentu lah si Tuan Techno ..adoyaii..manisnya percintaan itu.
 


Mamakteria telah berkubur dan menjadi sejarah apabila Kerajaan Pusat mengambil alih kawasan tersebut untuk pembinan Lebuh Raya Kuala Lumpur Klang.  Satu soalan cepumas dari dekni..Dari mana asal usul nama Mamakteria..kerana sepanjang dekni melepak n bercintun disini tidak kelihatan satu pun  mamak berniaga disini...hehehe


Bagi mereka yang pernah berurusan di mamakteria , kenang lah kembali saat-saat indah bersama teman-teman dan yang tersayang, tersenyum lah,kerana senyuman akan mengawet mudakan kita.



Sekian Makacheh kerana sudi melayari N3 Dekni 
^..^

6 comments:

  1. Dekni...bila terpandangkan tangga ke mamakteria ni...terbayangkan kederat masa tu mendaki tangga-tangga ni...kalau laa sekarang disuruh daki tangga tu mahu putus tangkai nyawa....heheh kalau tidak pun semput.....hehehhe

    ReplyDelete
  2. Kak eta~~

    Kak eta jalan bergandengan tangan dengan bro Lenon..duhh..romantica de amour seh..

    Uda~~kita tengok tangga pun da rase separa semput..hehe

    ReplyDelete
  3. Whuiiiiishhh. Ada lagi gambar gerai2 ni.Sungguh nostalgik.Teringat dulu2 selalu balik dari Klang .Berenti kat sini n menapak naik. Aduihh lotih betul. Jadi singgah kat warung pekena air sirap ke ape ke. Tapi masa itu tak kan kembali lagi.Ya Allah ampunilah dosa kami semua serta masukkanlah kami semua dalam kalangan orang2 yg dirahmatimu.

    insani engin83 itm

    ReplyDelete
  4. begitu mengharap klu ada dpt disambung silaturrahim Insan yg kukenal ketika itu, aku hanyalah seorang remaja 15th (dr sblh kiri lensa camera gerai nmpak bumbung tuh..) teringin bertemu dan mencari semula kakak².angkat abg²angkat pelajar ITM waktu itu yg ku panggil kak.lat dan RAKAN², abg.usop@(abg.long) dan kak.long dan ramai lg..rosman alwi pon aku kenal..

    ReplyDelete