Saturday, October 17, 2009

NASI TIDAK BERGARAM..




Allahyarham Haji Mat Isa bin Hassan
Kopral 28827
Balai Polis Cheras Kuala Lumpur


Di Pusara abah Kelana Jaya Hari Raya pertama 2009

Mak, Nelfi Husna, Zulaika Ibrahim, Azani Ibrahim, Amri Ibrahim, Ibrahim Don, Dekni dan Kak Azizah

( Ari Ikmal anak sulung Kak Zah adalah si tukang gambar.)

Tuan Techno menjadi Ketua Keluarga Allahyarham Tuan Haji Mat Isa sekarang


Hari Konvokesyen Dekni di Putra World Trade Centre 87


NASI TIDAK BERGARAM.. didedikasikan kepada seorang lelaki yang sangat besar jasanya mendidik anak -anak yang kami panggil Abah........


Abah dan Dekni 1978

Kami sekeluarga tinggal di Berek Polis Jalan Cheras Kuala Lumpur.
Abah bertugas dibahagian kaunter laporan aduan jenayah dan Bit Radio Car ( Polis Peronda).

Walaupun berperwatakan tegas, abah tidak meninggikan suara bila marah, apatah lagi mengeluarkan kata2 kasar . Jika abah marah dia akan diam, dan kami pun akan faham. Mak yang banyak mencubit dan meleteri kesalahan kami.

Selepas tamat bertugas, abah akan membantu emak menyediakan juadah jualan yang diletak pada mamak kantin Polis dan Kedai Kopi Cina Pudu. Menunya nasi lemak bungkus, kuih koci, karipap, kuih kaswi. Gaji abah semasa menjadi polis biasa ialah RM250.00

Dekni pernah tanya " Abah, kenapa anak abah 3 sahaja"
Abah jawab "kita memakai baju, ukurlah dibadan sendiri" "Jika dekni ada anak2 nanti, pastikan semua telah selesai bersekolah tinggi sebelum adik pencen"



Bendang sawah Kampung Parit, Perak

Mak abah yang kami panggil Tok Yah (Zawiyah) berpisah dengan suaminya dan tinggal bersendirian di Kampung Parit, Perak
Abah dibesarkan dengan bersawah padi dengan maknya seawal usia abah 8 tahun. Keperitan hidup abah dan adik2nya semasa zaman kanak-kanak membuatkan abah menanam cita2, sekiranya mempunyai keluarga ,abah akan pastikan anak isterinya cukup makan pakai walaupun tidak mewah.

Oleh kerana itu abah telah berkorban hanya memiliki sebuah motor vespa BS 1083, walau pun abah mampu membeli sebuah kereta. Semua ini semata2 untuk memastikan wang perbelanjaan rumah dan tanggungan belajar anak-anak berjalan lancar.


Tok Yah


Hari Raya 1983

Abah dengan isteri, anak2 serta mertua
( Kak Azizah tiada bersama didalam gambar ini)


Hobi abah ialah menanam bunga orkid. Beratus spesies orkid di gantung sepanjang kakilima rumah dan dipasang pula di palang panjang tengah. Abah juga membela 2 ekor ikan bulan, 1 ekor ikan arowana, 2 ekor kucing siam, 1 ekor burung tiong, 1 ekor burung kakak tua, dan 4 ekor burung merbok.

Dekni ( Tingkatan 5 ) di Berek Polis Blok D tingkat 4 dilatari dengan orkid abah


Rumah kami di tingkat 4 di merdukan dengan putaran lagu2 dari rekod kegemaran abah dari piring hitam tebal cap kepala anjing, hingga lah kepada koleksi rekod dari Pop ye yeh, keroncong, ghazal, arab dan berbagai lagi.

Abah minta mak menghias ruang tamu kecil kami dengan skima warna hijau lembut. Abah suka kan ketenangan dan tidak serabut mata yang memandang.Apabila ada peluang, abah akan ke pasar dengan mak . Abah memastikan hanya makanan segar yang dimasak untuk sajian keluarganya.

Apabila dekni semakin dewasa, dekni mula faham semua yang abah buat adalah bagi menebus semula kekurangan yang abah tidak dapat nikmati semasa zaman kanak2 nya. Abah rajin bercerita tentang kesusahan hidup lampaunya pada dekni kerana abah mempunyai alasan tersendiri..

Nama anak-anak abah bermula dengan pangkal huruf A..Ahmad, Azlina, Azizah dan Azni. Kata abah " Kalau di sekolah atau di mana sahaja urusan, nama A akan di depan " Nama timangan Dekni itu abah yang beri sebagai tanda Azni anak bongsunya.
Hari Raya di Bagan Serai dengan Pengantin Baru

Abah gembira bermenantukan Abang Judd (suami aruah Azlina yang memakai kurung pink ) yang berasal dari Taiping, Perak. Katanya.. dapatlah abah selalu ikut balik ke kampung Perak atau mendengar perkhabaran orang2 kampung. Aruah kak ina yang paling banyak mengenali saudara mara sebelah abah kerana kerap ke sana dan menyambung silaturahim.

Gambar kenangan abah dan dekni Hari Raya 83

(Permintaan abah minta dekni pakai baju melayu nikahnya. Abah mempunyai unsur humor yang tinggi dan suka bergurau dengan isteri, anak2 serta sahabat rapat)

Abah teringin anak lelaki, tapi abang sulong kami tidak panjang umor..meninggal dunia selepas di lahirkan.Oleh kerana abah tiada anak lelaki, maka dekni lah anak yang terhampir dan di besarkan dengan stail lelaki.

Pengaruh ini meninggalkan kesan yang agak mendalam, kerana abah mendidik dekni menjadi lasak mental dan fizikal. Semasa dekni menunggu keputusan exam spm, kami akan menaiki vespa BS 1083 ke kebun sayur dan buahnya di Puchong Selangor .Kami bergilir2 menggunakan parang dan mesin rumput untuk menebas semak yang naik. Dalam tempoh itu banyak yang dekni pelajari dari abah tentang makna kehidupan.

Di hari pernikahan dekni dan Tuan Techno

Kelihatan mempelai lelaki bersedia untuk melepasi upacara akad nikah


Tuan Haji Mat Isa dan Tuan Haji Mohd Don

Bak (abah ) Johor adalah Imam Masjid Simpang Lima , Batu Pahat Johor

Tanda Restu

Pesan abah pada dekni..." walau bagaimana kaya dan sayang suami dekni pada dekni nanti..abah sebagai seorang lelaki nasihatkan adik..jangan sekali2 melepaskan kerja yang adik sandang..biarlah bergaji kecil sekali pun..sebab kita tak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan..."


Pengantin Baru

Pesan abah lagi ..." Jaga keperluan suami terutama di tempat tidur, jika baik layanan insyallah bertahan rumah tangga, abah doakan adik bahagia dunia dan Akhirat dengan Ibrahim.."
.." Hormati ibu bapa mertua"



Majlis Bertandang di rumah mertua Batu Pahat, Johor

"Bila sudah nikah ..taat pada suami dekni, bersabar dengan pancaroba rumah tangga, kerana dua orang dari didikan dan latar yang tak sama, mesti ada perselisihan dalam mencari satu persetujuan "

Dekni dan abah ziarah anak rakan lama abah di Sungai Congkak

Dekni sedang mengandungkan cucu abah yang ke 9
Dekni tanya abah.."Cukup ke 3 orang anak bah...Abah jawab...kalau 4 lagi cantik.."
Di rumah besan Johor Wak Don Simpang Lima, Batu Pahat Johor

Selepas pemergian aruah kak ina ke Rahmatuallah pada tahun 1999, abah dan mak selalu berdukacita. Bermula tahun 2000 abah memulakan siri penjelajahannya bersama kami mencari orang2 penting dan kawan2 lama nya. Semasa ini kami singgah semalam dalam perjalanan ke Mersing Johor. Mersing tempat mula-mula abah dan mak tinggal selepas di ijab kabulkan.
Abah bersama wanita yang dicintainya..Rafeah Mohd Noor

Semasa muda mak bercerita, abah menyisirkan rambut mak yang panjang dan menyanggul atau menocangkannya. Kain pakaian mak di pilih oleh abah dan mereka sama2 mereka fesyenkan pakaian tersebut.
Mak adalah wanita yang bertuah di dunia kerana bersuami kan seorang lelaki yang bangun jam 4 pagi dan masak nasi bersahur untuk keluarganya pada bulan Ramadzan.

Selepas pencen abah menjadi siak dan tukang azan surau di Kelana Jaya. Suara merdu abah akan berkumandang mendayu-dayu terutama semasa azan Maghrib.

Di pusara anak sulong abah, Allahyarham Ahmad tahun 2000
Mersing Johor

Pertengahan tahun 2000 abah mula sakit yang tidak dapat dikesan . Ujian2 dan scanning di 2 hospital awam dan 1 hospital swasta dibuat tanpa jemu. Keadaan ini berlarutan, sehinggalah pada awal tahun 2002 abah disahkan menderita sakit " Lymphoma Cancer ".

Universiti Hospital 2002

"Lymphoma Kanser" juga dikenali dengan nama Kanser darah.Terdapat segumpalan kanser yang aktif ditulang belakang abah. Semasa berita ini di khabarkan oleh doktor pakar yang merawat , mak, kak izah dan dekni terkedu dan saling berpelukan mencari kekuatan hati

Mengenang kembali kesedihan yang dilalui bersama aruah kak ina... betapa sukarnya sekali lagi kami bertiga beranak akan mengharungi saat2 getir melihat penderitaan orang yang di sayangi. Sememangnya ia adalah ujian dari Allah SWT dan kami redha dan pasrah.

Benarlah kata abah suatu ketika dulu .." Bila ibu bapa sudah tiada di dunia, kita makan nasi berlauk tapi tanpa garam, semuanya terasa hambar.." Allah menarik nikmat kegembiraan manusia ada sebab2nya. Hikmahnya yang terbesar ialah membuka Hijab kita supaya mengingati Kebesarannya dan patuh kepada suruhanNya dan menjauhi larangannya. Manusia hanya merancang, tetapi perancang Yang Terhebat ialah Allah. Dia Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambanya.

Abah menghembuskan nafasnya yang terakhir di temani 3 insan penting dalam dirinya dan menutupkan matanya di dunia pada jam 9.15 pagi bertarikh 10hb 7 tahun 2002

Sesungguhnya Abah adalah anugerah yang terbaik pernah Allah beri kepada kami.
............

Dekni sentiasa berdoa..mudah2an dapat bertemu semula abah kesayangan kami di Laman Akhirat. Walau banyak mana pun tumpah air mata dekni , tidak akan dapat mengembalikan semula zaman kegembiraan dekni bersama abah.

He is the best ever man that really understand the meaning of love towards family. Abah....yang pasti dekni sentiasa merindui abah..Al Fatihah



Bismillah hir rah man nir rahim.

Mahasuci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa' dan Qidam,

Tuhan yangberkuasa mematikan sekalian yang bernyawa,

Mahasuci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik

dan siapa yang kecewa.

Mahasuci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk

menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada

orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa,

melainkan zat Allah Taala.

Ialah Tuhan yang Mahabesar kuasamenghukum,

manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat AllahTaala.


Wahai Mat Isa bin Zawiyah, wahai Mat Isa Bin Zawiyah, wahai Mat Isa Bin Zawiyah,

hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa

bersama-sama dari dunia ini.

Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya

melainkan Allah, dan bahawa senya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai Mat Isa Bin Zawiyah, apabila datang kepada kamu 2 orang

malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,

maka janganlah berasa gentar dan takut,

janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.


Ketahuilah wahai Mat Isa Bin Zawiyah, bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba

Allah Taala, sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.

Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?

Siapakah Nabi kamu?

Apakah agama kamu?

Apakah kiblat kamu?

Siapakah saudara kamu?

Apakah pegangan iktikad kamu?

Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan

sehabis-habis terang, tepat dan betul.

Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah,

biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:

Allah Taala Tuhanku,

Muhammad nabiku,

Islam agamaku,

kitab suci Al-Quran ikutanku,

Baitullah itu qiblatku, malahan solah lima waktu, puasa di bulan

Ramadhan,mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.

Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,

bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: "La ila ha illallah

Muhammaddur rasulullah".


Wahai Mat Isa Bin Zawiyah tetapkanlah hatimu,

inilah dia suatu dugaan yangpaling besar.

Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal didalam alam Barzakh,

sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula

untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai Mat Isa Bin Zawiyah, bahawa senya mati ini adalah benar,

soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,

bangundari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,

berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,

dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,

minum di kolam air nabi adalah benar,

ada syurga dan neraka adalah benar.

Bahawa senya hari Kiamat tetap akan adanya,

begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.

Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan

hati kamu. Kami sekalian berdoa mudah mudahan Allah Taala menjinakkan hati

kamu yang liar, dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang

seorang diri di dalam kubur ini.Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan

dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu supaya tidak disiksa

mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.

Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassallamu alalmursalinwalham

dulillahi rabbil alamin. Amin


Semoga Abah sentiasa dibawah Naungan Rahmat Allah SWT

" Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku
sayangilah mereka berdua
sebagaimana mereka berdua menyayangi ku di waktu kecil "

(QS Al-Isra':24)

14 comments:

  1. Salam Dekni, posting ini membawa ingatan Kak Eta kepada arwah ayah dan emak.
    Tak boleh tulis apa-apa lagi dah...sebak...
    Al Fatihah untuk mereka yang sangat besar jasanya kepada kita.

    ReplyDelete
  2. Salam Kak Eta~~

    Terima kasih...

    Perjalanan Kehidupan manusia sudah tertulis sejak kita didalam kandungan ibu. Segala jasa dan pengorbanan ayah dan ibu adalah tulus dari hati mereka yang saya ikhlas.

    Ribuan terima kasih kepada Kak Eta kerana sudi menghayati bait2 tulisan di 28827.

    Hanya Allah sahaja yang memahami maksud yang tersirat di sebalik didikan ibu bapa kita. Mudahan2 keikhlasan mereka mendapat ganjaran dari Allah SWT.

    ReplyDelete
  3. Dalam hidup uda..uda tak pernah kehilangan sesiapa lagi..baik mak, abah ..mak mertua dan bapak mertua.. juga adik beradik.. Tapi uda pernah kehilangan abang ipar yang paling uda sayang...
    Terus terang uda katakan uda tak dapat bayangkan kalau saat itu tiba...kerana hingga hari ini uda masih terus merindui emak dan abah...
    Entry Dekni ni...benar-benar mengingatkan uda satu perkara...Hargailah...selagi mereka masih ada...beri mereka kasih sayang dan perhatian semasa mereka masih hidup...
    Alfatihah untuk Abah Dekni...

    ReplyDelete
  4. Uda~~Terima kasih

    Dekni sependapat dengan Uda. Hargai lah mereka dan berilah sepenuh kasih sayang.

    Orang tua mudah sensitif..sekali kita kata ahh pun boleh menitiskan airmata dalam hati mereka..Masyallah..berapa banyak dosa yg kita lakukan..

    Bagi yang masih ada ibu bapa sering2 lah bertanya khabar, bukan wang ringgit yg mereka hendak..kita selalu buat alasan sibuk dengan kehidupan yang ada...tapi siapa yang beri kita kehidupan awal dulu dan jadikan kita manusiakan uda..

    dekni tau uda seorang yang penyayang..selalu2 la peluk dan cium mereka. Itulah hadiah yang paling berharga dari seorang anak.

    ReplyDelete
  5. kak dekni,

    baru 2,3 hari lepas hubby asyik bercerita pentingnya berkhidmat pada org tua, dan kami pun mula merancang sekerap mana nak ziarah org tua, Dlm menjaga kasihsayang dgn org2 tua ni, hubby sangat2 prihatin, saya kadang2 tangkap lewa je :( . Kadang2 saya rasa dengan menelefon mereka 2,3 hari sekali, dah memadai. Maklumla, nak balik 8,9 jam perjalanan, kena rangka cuti, kena ganti kelas.....tapi lepas ni, memang nak balik kampung !!! `sementara they all tengah hidup, esok bila dah tak ade, tak balik dah....' itulah yg selalu disebut2 hubby.

    ReplyDelete
  6. ASW~~
    Balik la kampung sekerap yang boleh n dua2 pihak tau..mereka merindui u ols..

    Thanks drop by kat my blog. lebiu dear..hee

    ReplyDelete
  7. Mmm, terus tingat kat abah dengan mak :-s uhuhuhu...

    btw, gambo sis tepi tv tuh sis ada tulis 1978 kan? 1978 saya baru kuo darik perot mak tgk dunia ahehehe...:D

    ReplyDelete
  8. Miza~~
    Thnks 4 reading da blog ^..^

    akak da tgok pic mumy n abah miza dalam blog.they r so loving. Bertuah u memiliki mereka. Print pic mereka byk2 n hang around your place. Nikmati ia sementara mereka masih ada.

    Ha ah..pic tu masa akak form 1 1978

    ReplyDelete
  9. Wahahaha :)), kalo print and hang dalam bilik, alamat saya balik tetiap harik wahahah :)). Umah saya dengan kampung dekat ajer kak, 20-30 mins dah sampai... kalo balik selalu xder feel balik kampung akekeke [alasan] :P

    Abah: garang tapi lembut
    Mak: pendiam tapi pedas berisi

    :P

    ReplyDelete
  10. Like 2 see this thread. So touching n bringing some good lessons. Al fatihah 2 En Hasan. Semoga dia berada d kalangan orang2yang soleh. Tak sangka juga Dekni punyai pengetahuan dalam hal hal begini. BTW one day kita semua akan dijemput olehnya samada cepat atau lambat saja.Jadi kena sentiasa bersedia.

    mountain climber

    ReplyDelete
  11. Salam kak Azni , ingat lagi x kat budak yg selalu ambil upah bawa turun bakul nasi lemak dari tkt 4 rumah kak Azni ke tingkat bawah?

    ReplyDelete
  12. salam su,ingat :-).Wah gembiranya jumpa di alam maya

    ReplyDelete
  13. eh tentula gembira....akak biasa panggil sy mas (Masih ingatlagi?)ayah sy da meninggal tahun lepas.Mak tggl di Selandar, Melaka. Saya juga dpt jumpa Zalfalaily Lokman juga di FB ,akak knal die x?Rasa nak nangis pun ade....kira cam jejak kasih. Anak sy da besar2 kak, tp semua masih belajar lagi, yg sulung bulan 6 ni abis (Diploma Ukur Bahan) yg no 2 UITM sem 4 (Akaun)

    ReplyDelete
  14. mas, masa yg berlalu x dapat di ulang. tapi kekal tersimpan di hati yg paling manissssssssssssss. tma kaseh sudi cari akak

    ReplyDelete