Monday, October 12, 2009

SKETSA RINDU YANG PANJANG

Allahyarhamah Azlina binti Mat Isa
AD 77 Graphic Department
dengan anakanda bongsu Syazwina Ahmad Tajuddin

Aruah menghembuskan nafasnya yang terakhir
di pangkuan aku
GHKL Wad 12
petang Khamis jam 4.15 petang bertarikh 10/12/1999
1 Ramadan
pada usia 40 tahun

Tarikh Lahir 12/10/1959




SKETSA RINDU YANG PANJANG

Bahawasanya
Rakaman rindu in mengamit resap diminda
dengan salam sejahtera
dan selamat berangkat butir-butir syahdu dan duka
Melimpah dalam hening petang
meratap resah
saat lelapmu
pedih
dan
sendu
mengiringi perjalanan pulangmu

Ku rangkum jua dalam basah kasih sayang
mengiringi ratib dan sekalung Al fatihah
Menjemputmu beradu dalam lena yang panjang

Belayarlah
dengan usapan angin rahmat
menyempurnakan pengabadian di Pulau Persinggahan

Biar ku simpul gema tasbih
menyirami rindu
di titisan hari terakhir ini
Moga membenihkan mimpi Syurgawi
dengan harum kemboja
mengelopak seri cahaya

tafakurlah dirimu dengan nyenyak di kelambu Allah
dengan asuhan malaikat di jambangan suasa
sementara
menanti-nanti waktu akhir
melengkapkan insaf diri
menemui mu di Laman Baru

Al Fatihah
Penulis sajak - Anonymous


Slip pas pelawat yang aku perolehi semasa menemani hari terakhir Allahyarhamah. Pada tarikh blog ini ditulis, ia merupakan tarikh lahir aruah iaitu 12/10..manakala tarikh kembalinya kepada Pencipta 10/12. Allah itu Maha Besar dan Maha mengetahui. Terima kasih Ya Allah kerana memilih ku melihat kebesaranmu.



10 hari terakhir aruah tinggal bersama aku merupakan detik keimanan untuk dikenang..

Kekhusyukannya dalam solat dan keredhaan dirinya pada kesakitan yang ditanggung membuatkan aku selalu menangis sendirian samada semasa berada dibelakangnya atau semasa aku masak makanan kegemarannya di dapur.

Bila aku tanya bagaimana rasanya sakit kanser ini, sambil tersenyum aruah menjawab seperti anggota badan dicucuk dengan berjuta pin yang tajam..

..melihat proses kimoterapi yang mengugurkan rambut panjang mengurainya membuatkan aku menyeka airmata, apatah lagi melihat aruah muntah berkali2..cukup lelah dan menguji dirinya.

Aruah adalah lambang seorang wanita, isteri dan ibu yang sangat tabah. Kasih sayang nya sentiasa mengalir hingga saat akhir...hinggakan semasa aku memangkunya bersendirian di katil 27 itu..aruah tidak henti melemparkan senyuman dan memohon kemaafan kerana menyusahkan aku...

Sambil mengelap peluh yang tak henti2 keluar dari liang2 romanya seiring ku bisik ucapan lembut kalimah Syahadah ketelinganya. Keadaan ini berlarutan sehingga lah aruah mengeluarkan buih2 putih yang terakhir dari mulutnya sebagai tanda rezekinya telah terhenti dibumi ini..

Hati rasa tersayat pilu mengenangkan betapa jam 3.00 hingga 4.15 petang itu masih terlalu baru dan basah diingatan. Namun begitu aku bersyukur ke hadrat Illahi kerana pada saat akhir aruah menghembuskan nafasnya, aku terpilih untuk menemani seorang insan istimewa.

Menyaksikan Rahsia Allah SWT ketika itu benar2 menginsafkan diri ...semua itu akan terlipat dalam sejarah hijab Allah kepada aku.

petikan buku....


..Hidup ini bagaikan suatu pengembaraaan dalam menuju destinasi terakhir. Setiap detik dan langkah merupakan persiapan untuk menilai suatu perjalanan.Kesedihan dan tangisan mewarnai dilema kehidupan begitu juga senyum dan tawa menghiasi masa yang ceria. Terlalu banyak duri yang menikam, gelombang yang menghempas dan dinding yang menghalang . Kadangkala ramai yang tewas dalam menempuh pengembaraan ini. Kematian itu suatu kepastian, datangnya tidak pernah diundang...



Buku Menuju Alam Barzakh ini menjadi rujukan dan pendamping aku semasa mencari jawapan2 pada persoalan itu.
 
Rahmat Allah mengizinkan aku menyaksikan sendiri saat2 akhir roh terpisah dari jasad. ...
....mereka yang melalui saat getir, melihat roh insan tercinta terpisah dari jasadnya, yang akan faham..betapa pilunya hati, mengingati kembali saat2 perpisahan itu. Mudah-mudahan roh Allahyarhamah Azlina Haji Mat Isa dan roh kaum muslimin dan muslimat sentiasa di bawah Naungan Nya. Al Fatihah.


Terima kasih kepada para pembaca budiman yang sudi menghayati tulisan ini
Semoga kita menjadi insan yang berjaya didunia dan diakhirat

Amin




19 comments:

  1. Al Fatihah dan salam takziah sis... take care.

    ReplyDelete
  2. Uda~~ terima kasih atas kasih sayangmu

    PFS6450 ~~ Terima kasih dan terima kasih juga kerana sudi menjadi follower saya. I really appreciate it.

    ReplyDelete
  3. Salam.

    Walaupun saya sekadar membaca, tak pernah mengalaminya tapi tetap rasa sebak dan pilu. :(
    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan tahniah untuk kak Dekni kerana telah menjalankan segala tanggungjawab menjaga arwah....hanya Tuhan yang akan membalasnya....:)

    ReplyDelete
  4. sebak ku takdapat ku tahan lagi
    sebak ku berpanjangan
    sebak ku menyakitkan
    sebak kita
    akan terus begitu
    dalam satu cerita
    dalam dua keadaan

    moga Allah selalu bersama mereka

    ReplyDelete
  5. asw~~ terimakasih kerana sudi menjengok blog saya dan menghayati penulisan ini. I appreciate it very much dear..

    A.Lenon~~ Terima kasih

    Aris~~ Emosi datang dan emosi pergi seperti gelombang laut yng menghempas ke persisiran pantai dan meninggalkan puing2 buih kecil. Hidup ini indah, dan nikmati lah ia dengan hati yang terbuka. I know it hurts you deeply..namun

    Semalam adalah kenangan
    Hargailah hari ini
    Esok belum pasti

    Kekuatan akan datang dalam diri walau pun sepi selalu singgah di hati Aris. Simpanlah kenangan bersama yang tercinta namun kehidupan mu perlu diteruskan. Carilah kegembiraan didunia tanpa mengabaikan permata hati yang di tinggalkan. Semoga Allah sentiasa memberimu kekuatan dan ketabahan hati.

    Mudah2an Aris menemui kebahagiaan yang sejati. Insyallah.

    ReplyDelete
  6. Salam Dekni, hanya doa yang dapat kita ungkapkan. Al Fatihah.

    ReplyDelete
  7. My stepmother passed away 15 years ago of breast cancer.I know how it feel to lost somebody whom we love dearly....

    ReplyDelete
  8. Al-Fatihah..!
    Semoga rohnya bersama orang-orang yg soleh..Tuhan lebih menyayannginya..
    Life must go on..kita akan menyusuli, cuma masa dan persembahannya saja yg mungkin berbeza..Takziah to u..

    ReplyDelete
  9. Pak Ngah~~ Terima kasih. Kata2 itu akan dekni semat dihati

    ReplyDelete
  10. Thx 2u2. Masuk blog akak nih something ler... very classic... not only bcoz of the picture but also the story and story behind it. Glad 2b part of it. Stay strong akak...

    ReplyDelete
  11. PFS6450~~ Thanks n iam glad u like it.

    1 kenyataan yang ikhlas dari akak, your blog akak da lama ikut tapi follower haram laa..n bcoz of u lah akak nekad dgn herbalife n pull down a few kilos. Tks dear. i do adore you, n everyday read your blog without any single words..heeee

    ReplyDelete
  12. PFS6450~~ * without missing any single words * hee. ayat mu sangat jujur n pour truly from your heart. al da best!

    ReplyDelete
  13. Wahaaa... ader komen kat sinik lagik rupanya, tak perasan sayer. Sis letak ler widget komen kat luo blog so kalo ada new komen leh track. copy widget from my blog. Very easy.

    All the besh 2u2. But looking at ur figure, macam no need to lose weight la sis :P... dah slim chantek molek dah nih :D

    ReplyDelete
  14. Salam. Terima kasih Azni. Sungguh menyentuh perasaan... Garapan seni entry ini membuai ingatan saya kepada insan2 tersayang yang bersemadi di dalam lipatan kenangan... AL FATIHAH.

    ReplyDelete
  15. zamri,, terima kasih sudi menghayatinya dan memberi kata2 penawar

    ReplyDelete
  16. Salam
    Walaupun sudah bertahun berlalu namun perasaan itu bagai semalam...terima kasih kerana telah menyampaikan saya ke ruang ini...
    peace

    ReplyDelete