Friday, November 30, 2012

KE MAKAM BONDA NOR KHALILAH ~ ingatan kasihku pada mu kak ilah...





...Assalamualaikum Cikgu Lan, petang ni lepas asar saya nak ziarah keluarga Arwah Kak ilah. Ko nak ikut tak, bukan apa,..kita bagi semangat kat anak kak ilah. dah la dia tu anak tunggal., sian kat dia.
.............................................

 Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda


 ...Ilham, auntie rasa tenang je bila nak masuk ke tempat mak ni. Ada sungai,.ada pokok-pokok...ada burung-burung..mesti mak happy kan Ilham..

Sebenarnya Ilham yang sedang menyambung pelajaran di China ini cukup tabah dan faham maksud tersirat setiap perkataan aku
Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena di dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap


Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini ku rasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan



Senyum kemboja menghantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabdian
Insan kerdil menghadap Tuhan

Begitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan



 Bila llham balik ke Beijing?
Insyallah, minggu depan auntie, lepas Ilham selesaikan urusan arwah mak. Abah susah nak bergerak sebab dia pun belum pulih dari stroke
...tak pe Ilham, pelan-pelan ya,. mana-mana perlu yangorang lain dapat bantu, Ilham beritau ya
 


The only child of Almarhumah Kak Nor Khalilah

....Ilham mesti terus tabah dan menyambung legasi mak...Insyallah,mudah2an mak dibawah lindungan Allah Taala. Ilham anak yang solehah..rajin-rajinlah mengirim doa buat mak agar mak selalu gembira di sana ya.

5.31 petang tanggal 27 November 2012
Tanah Perkuburan Islam Kampung Buaia









Monday, November 26, 2012

ATAS PANGGILAN KHAS IBNUSAMAN ALJALAWI, MOH LER MENULIS SEPERTI SEADANYA

Al kisahnya...
Selepas 4 purnama berlalu maka aku pun menyelak2 habuk yang telah duduk kat rumah blog ini. Tak bergerak-gerak.Tiada sebab musabab khas. Cuma lately ni, maksud ku tahun 2012, kerja agak kelam kabut, tidak teratur, tau-tau dah nak habis tahun.

Rasanya musim durian baru je, tapi sebab aku dok di Negeri Perak yang kaya dengan dorian , maka always lah ada Raja buah ni, maka aku pun tak "adore" sangat buah ni.

(apa kena mengena duran  dengan blog ?..ada kena mengena...)

Maka, blog ni pula.... oleh sebab aku ni  rajin berface book untuk upload gambar,.maka blog pun telah terpinggir gitu.

....oleh kerana aku sendiri pula,.  bukan penulis tegar blog , ada masa-masanya, tiba2 je tak nak menulis,.sebab ada medan lain berinteraksi ( itu lah penangan face book,kenyataan weh )


Semenjak dua menjak ni boleh dikatakan everyday aku snap picture. Macam drebar lori dan  bas lah, tiap-tiap hari bawa bas, dan laluannya... kata orang boleh pejam mata.
Bila nak upload gambar ,buat cerita kat blog, aku dah menyeleweng tempat lain. Dalam erti kata, cita-cita nak menulis ku ketepikan, semata-mata melayan mata melihat-lihat dengan asyik nya gambar yang aku snap snap tu.

Faham tak cerita kita takat ni



Sebenar-benarnya yang buat aku betul-betul terpanggil menulis semula ialah bila abang Mad atau nama penanya Ibnusaman Aljalawi (betul ke ejaan nya ni bang mad oi ) or nama jiwa kacaunya si Pondok Karas ( yang ni belum terokai lagi mengapakah nama itu )

...sambung cerita...ha bila bang mad kata rumah blog aku dah naik lalang, takut padi mati..,maka..... sebab baru ni pi Kedah ambil gambar sawah padi, maka sesuai lah,. untuk aku menyeru-nyeru semula penulisan blog yang tak semengah ni.


Buat peminat-peminat ku jauh dan dekat ( perasan gila kenyataan itu weh )

 Terima kasih tidak terhingga ,.sebab rajin komer2  singgah rumah I tapi tetapss la gitu2.

 Thank you ya.


Maka meminjam semangat beg merah ku yang berslogan JUST DO IT, maka aku akan terus menulis walau dalam bahasa yang lebih "real" dari yang dulu-dulu.

So, moh ler kita mencantikkan semula, eh moh ler beri semangat kat I agar terus berblog semula dengan gambar-gambar yang tak semengah tapi dalam elegant yang tersendiri. Sekian Terima Kasih.

Andai kalian pening membaca ayat-ayat ku itu, ku mohon ampun dan maaf ya. Adios

To Muna, Yong Kamariah, Cikgu Temuk, Insan Marhaen, Kak Eta, Uda, Chez Ratna,Kasih Redha, Wak Gelas dan ramai lagi...
termasuk Anoynomous dan peminat2 misteri I, thank you very much,