Saturday, December 15, 2012

Gerimis malam..mengingati mati,..dan pesanan Tuan Imam


7.50 malam 26 November 2012

Lan,..cer ko ke depan, laju sikit dari aku,..tengok apa yang menyekat jalan kat depan tu, ..kot kot ada apa yang boleh dibantu.
(jari jemari ku pantas menekan pemicu kamera)

..dalam pekat malam sahabat baik aku menyeberangi sungai Perak melalui jambatan "penghubung silaturrahim" penduduk kampung dengan ahli tanah perkuburan Islam Kampung Buaia.


...ke teng ...ke teng...ke teng...ke teng.....



( tapak kaki aku sedang memijak lantai besi jambatan tua yang ku lihat dalam samar-samar... ...nak tanya atau tak...nak tanya atau tak )

( ahh...demi untuk "kenangan istemewa" aku mesti beranikan diri,...)


Assalamualaikum Tuan Imam,.
.
Waalaikumsalamwarahmatuallahiwabarakatuh.......

..hm,,,Ustaz...saya cikgu Azni,. kawan arwah Cikgu Nor Khalilah.


Ya cikgu sila kan, apa yang hendak cikgu katakan

..begini.....

(walau pun aku agak gentar untuk menyatakan hasrat aku, namun aku "gagah"kan diri  berkata-kata)

Begini Ustaz,..

Ya saya,..

( cara-cara Ustaz menjawab, beliau kelihatan sangat "friendly",.

Ini berdasarkan "observation" singkat aku di masjid tadi.

Kebetulan aku jemaah wanita tunggal dan "asing" di masjid kampung Buaia.



( kami sempat bersembang dengan ustaz di tangga perihal urusan pengkebumian sebelum bergerak )


Ustaz,... 

saya nak mohon bebenaran ustaz untuk mengambil gambar pengkebumian...

saya hanya gambarkan dari jauh,. dan tidak akan mengambil gambar jenazah.





..belum sempat aku menyambung kata-kata seterusnya.....

..beliau berhenti berjalan,.sambil berkata..


Alhamdulillah,

silakan cikgu..,
(dalam samar-samar aku lihat ustaz senyum sambil mengangguk-anggukkan kepala )

Cikgu,. ustaz sangat gembira dengan niat cikgu.

Tiada larangan.... malah di boleh mengambil gambar jenazah dengan tujuan untuk mengingatkan kepada yang hidup.

Saya benarkan. ..silakan cikgu,.
Ini lah yang sepatutnya kita yang hidup lakukan dan ingatkan. 
Mungkin ada rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada malam ini dapat melihat gambar yang cikgu ambil. 

Ini bagi mengingatkan pada kita yang lalai dan lupa akan kematian,. silakan cikgu.
Jika perlu cikgu paparkan di mana yang sesuai, agar kita yang hidup merasa insaf.

Terima kasih Ustaz,..terima kasih..
sama-sama cikgu,..saya jalan dulu ya cikgu.
Silakan ustaz.

( debaran jantungku yang kencang telah mereda...seiring itu aku sebak dan menitiskan air mata ...
..sebak,.. kerana aku di beri kesempatan ini oleh Allah untuk turut bersama-sama mengiringi perjalanan akhir seorang sahabat )


(....sedang aku berteleku di satu sudut dalam gelap,.aku terkejut dipanggil Tuan Imam..)

Cikgu,..Cikgu..

Mana cikgu tadi?

...ya Ustaz..saya di sini. 
( aku masih terkejut,.kerana aku hanya seorang wanita  ingin "selesa"  diam-diam.....kenapa aku diberi perhatian khusus olah Tuan Imam, sedangkan ini urusan pengkebumian jenazah...)



Silakan cikgu ambil gambar, jika perlu ke depan

..baik ustaz..
(aku tak berganjak kerana hanya perlu menarik lensa cara "wide" atau "zoom" sahaja ) 

cikgu,..
Ya saya Ustaz,.

sila berkongsi apa yang ada di sini,. dan saling ingatkan pada kawan-kawan yang tidak dapat hadir pada malam ini..

ya Ustaz,.insyallah...


Tuan-tuan dan puan-puan yang hadir pada malam ini,.

Lihatlah,. inilah bantal kita yang terakhir didunia..

Bantal yang di perbuat dari tanah,... kita balut dengan kain putih,. 

maka sila ambil iktibar..,,bahawa kita semua adalah sama disisi Allah Taala,. yang berbeza adalah,.ibadah kita pada Nya, amalan-amalan yang baik...
 

Tuan-tuan,cikgu..

Dalam liang ini,..tak kira siapa,.cikgu kah,..pengurus besar kah.,sama sahaja, tak ada beza..tak ada beza..sama




apa yang ada pada kita,......harta,.anak.,semua tinggal..semua tinggal..
kita semua akan bersendirian di dalam ini.,,

sehinggalah hari perhitungan,. menghitung ibadah kita, amalan kita,..




...Usah takut tuan dan puan serta adik-adik....ustaz ada disini,


...bersama-sama kita melihat bagaimana jenazah dikebumikan.
Kita ambil iktibar untuk menginsafkan diri kita.

 Berbuat baiklah didunia ini, jaga hubungan kita dengan Allah,.insyallah..



Ustaz ucapkan terima kasih pada yang hadir,.syukur alhamdulilah,..malam ini ramai sama-sama berada disini, walau pun sedikit lewat ,.dalam keadaan gerimis. 


Ustaz nak berkongsi sedikit pengalaman ustaz...jika di Makkah tuan-tuan..masyallah...

Ustaz melihat begitu ramai yang berebut-rebut untuk turut bersama solat jenazah..(masa ini ustaz menangis, dan bercakap dengan suara sebak dan tersekat-sekat..)

...........



..cikgu...cikgu
(suara itu kuat dan jelas)

aku melihat seorang lelaki berketayap putih dengan T.shirt kuning memandang aku dengan tepat

ya saya..

Cikgu, gunakan lah flash, mana nak jadi gambar tak pakai flash

( kali ini aku benar-benar terkejut...alamak..siapa pulak kah beliau, aku fikir aku akan di marahi, rupanya sebaliknya)

er...tak mengapa..tak perlu flash..tak perlu, insyallah gambar ok....



azni..   (cikgu Roslan)

..kalau tak silap saya,. lelaki yang tegur tadi tu,.yang pegang "torch light" tu adik arwah kak ilah. Dia tu pensyarah Fotografi di IKBN.

oo ye ke..

..dulu masa aku budak-budak, aku membaca bait-bait dalam buku di perpustakaan,... guru penyuluh hidup.

Arwah adalah seorang guru yang menjadi inspirasi aku,.beliau selalu berusaha menyuluh hidup insan-insan yang berada di kelilingnya.

Sifat mulia beliau yang paling jelas ialah sangat kuat bersedekah, terutama memberi makan pada siapa saja yang beliau teragak.

Aku mesti akui,.walau pun sebelum ini aku kurang rapat dengan arwah, hanya sesekali menyakat,. dan ada kala "menegur" keriangan "luar biasa" beliau. 

Rupa-rupanya 2 jam masa "kristal" yang Allah berikan pada aku dan arwah sebulan sebelum meninngal dunia adalah bagi membolehkan aku "melihat dengan dekat" siapakah pemilik wanita berhati suci ini.


Sememangnya rezeki Almarhumah Kak Khalilah di kebumikan betul-betul di pintu masuk ke Tanah Perkuburan Kampung Buaia.



Semasa hayatnya, arwah selalu mengucapkan salam dan  "good morning" "bye-bye "pada rakan taulan serta pekerja-pekerja sekolah.

..jasadnya telah terpisah dari roh...




yang tinggal, ilmunya.

.serta anakanda Nurul Ilham yang solehah,..mudah-mudahan..insyallah
 


Cikgu, beri saya kamera cikgu,.......

...............



Gambar kenangan aku, bersebelahan dengan rakan guru..Cikgu Roslan, Zaity dan Fazli.



Nurul Ilham anakanda Arwah Kak Khalilah yang sangat....sangat tabah serta kuat daya juang




Semoga arwah ditempatkan di kalangan kaum muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah..



Sekalung terima kasih kepada keluarga Almarhumah Kak Nor Khalilah kerana mengizin dan meredhakan aku berkongsi segala nya di sini


Juga ribuan kasih kepada encik suami yang mengizin dan merestu 
"ziarah" aku, beliau di luar kawasan semasa peristiwa.



Al Fatihah





12 comments:

  1. As-salam DEKNI
    Subhanallah. Itu satu paparan yang sungguh luarbiasa, Dekni: peristiwanya, detik waktunya, lokasinya, dan lebih-lebih lagi pengajaran serta iktibar darinya!

    Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Cikgu Nor Khalilah dan menempatkannya di kalangan roh yang diredhai dan dirahmati-Nya. Juga, semoga ahli keluarga yang tinggal berada di dalam lindungan Allah sentiasa.

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam cikgu,
    Terima kasih.dekni ingin menginsafkan diri ku yang lalai dan cetek agama. Ya, mudah-mudahan arwah ditempatkan di kalangan muslimin dan muslimat yang soleh solehah.

    Terima kasih ya cikgu ><

    ReplyDelete
  3. Salam Dekni,

    AlFatihah... sejambak sedekah dari jauh... semoga hendaknya ditempat dudukkan dikalangan ahli AlJannah... 11 syurgawi nan indah...

    Gambaran photos titian terakhir... menginsafkan diri lantas sedari bahawasanya hidup ini hanya pinjaman sementara sahaja...




    ReplyDelete
  4. sudah ku kata kan sejak dulu lagi..bahawa komitmen dan minat serta daya kreativiti dekni yang sangat tinggi ini tetap teguh.. tidak pernah mahu tewas dalam mencari segala erti dan berkongsi faedahnya dgn orang orang di sekeliling dirinya..sekalung tahniah kerana jarang sekali orang lain mahu melakukannya dgn sukarela..moga Allah merahmati dan mengampuni kita semua dengan limpah kurnia serta belas kasihanNya yang sifar sempadan itu..

    ReplyDelete
  5. Waalaikumsalam Ratna,
    Terima kasih untuk doa mu itu. Benar,..dunia ini hanya pinjaman....adakala kita terlupa,. tetapi lebih baik kita sering ingati, agar membuat persediaan pada panggilan tidak terduga............

    ReplyDelete
  6. ..apabila bang mad menyusun ayat belas kasihan Nya yang sifar sempadan,..terus terbenam dalam akal fikiran. terima kasih bang mad

    ReplyDelete
  7. Tima kasih, imah sendiri x dpt pegi masa pengebumian ni sbb menemani mak d rumah. Syukur alhamdulilah. Arwah sgt beruntung kerna mempunyai sahabat2 yg terbaik yg sentiasa bersama dia semasa masih hidup maupun setelah dia pergi.

    ReplyDelete
  8. paparan yang sangat menyentuh hati nurani, kenangan bersama-sama arwah tak akan pernah terlupakan. suara riang salamnya, suara riang tawanya...semoga ALLAH letakkan arwah di tempat terbaik di sisiNYA.

    ReplyDelete
  9. Imah,
    Sama-sama. Ramai yang mengasihi arwah semasa hayatnya. Banyak nilai tersembunyi yang baik-baik di amal sepanjang hayatnya. Beliau menjadi sumber inspirasi dan sumber keikhlasan hati hamba Allah yang disentuh jiwa sepanjang hayat nya di dunia suatu ketika dulu.
    Hanya kiriman doa buat beliau yang kami kasih.

    ReplyDelete
  10. Phee ti,
    Arwah antara kenangan terindah manusia yang berbakti dengan hati luhur tanpa prasangka. Sesungguhnya kembali nya beliau ke pangkuan Illahi adalah masa dan saat yang telah Allah tetapkan. Kita semua sangat beruntung mengenali hamba Allah yang tersangat istemewa ini. Insyallah............segala amalan baiknya Allah yang balas dan kita yang kasih dan sayang kepadanya berniat selalu agar Allah selalu menghampirkan kita kepada sifat-sifat baik yang arwah miliki semasa hayat. Sesungguhnya, hanya doa yang berpanjangan serta ingatan kasih sayang padanya akan selalu menginsafkan kita...berbuat baik kepada manusia tanpa riak, takbur dan tidak mengharapkan apa-apa balasan..hatta balasan kasih dari manusia sekali pun ..hanya dengan harapan,..Allah mengikhlaskan hati seikhlas-ikhlasnya kepada Allah pencipta hamba-hamba Nya.

    ReplyDelete
  11. Cik Azni, Paparan terbaik, perkongsian dari hati, terima kasih

    ReplyDelete
  12. Sama-sama mak wardah, boleh je panggil kak azni, lebih mesra kan :-)

    ReplyDelete