Selamat Tahun Baru 2013. Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna dan terisi dengan wadah yang lebih bererti dalam kita menongkah arus kehidupan.
Tahun 2012 dilalui dengan penuh sederhana. Ada kisah suka dan duka...
seperti siang berganti dengan malam dan masa terus berputar.
Seperti mana sahabat-sahabat lain, aku juga turut mendoakan diri sendiri,. agar diberi nafas dan kesempatan di bumi Allah yang indah ini,. untuk terus melayari hidup yang tidak tahu di mana kah penghujungnya.
Apabila aku sudah mulai masuk fasa penghujung usia 40 jalan ke 50 tahun, pandangan aku pada hidup telah berubah, selaras dengan kata-kata bukan pujangga....rumah kata pergi, kubur kata mari.
Tengahari tadi aku duduk makan dalam kedai dengan encik suami,.. di penghujung suapan nasi ku,. masuk sepasang suami isteri warga emas dalam kategori rakyat jelata yang susah seperti sang pengemis,. memimpin masuk mungkin cucu mereka yang rupa paras langsung tiada iras mereka. Kanak-kanak lelaki usia lebih kurang 3 tahun itu comel dan putih.
Aku biasa melihat mereka "bersiar -siar" di pekan Kuala Kangsar dengan gaya yakin dan "arrogant".
"Kami nak nasi 2 pinggan setengah, letak kuah gulai satu, letak kuah lemak satu, letak sayur satu. Sayur tauge tak mahu, sayur lain boleh. Lauk tak payah. Orang miskin makan kuah saja dengan nasi. Air sirap satu, kopi ais satu"
( mereka masuk kedai, terus duduk, dan memesan makanan dan minuman.
Percakapan yang sama di ulang-ulang, dengan perhitung aku sebanyak 4 kali )
Baik suami ,.atau pun isteri ,..mereka bercakap dengan nada kuat dan yakin.
Riuhnya di tambah dengan cucunya yang tak mahu sayur kangkung, minta kuah lemak menjadikan suasana dalam kedai tengahari itu agak "meriah".
Aku lihat tauke kedai layan mereka seperti sudah "biasa", sebab mereka tidak melayan "serta merta"
Selesai aku menbasuh tangan di sinki, aku terus ke kaunter bayaran. Oleh kerana sikap semulajadi aku yang bersahaja, aku sempat "menyiasat" siapakah mereka...
"mereka dari Jeliang cikgu..."
ooo..Jeliang kat mana kak?
jalan ke manong, naik bas. Suaminya tu panas baran., ada sekali tu dia marah sungguh....
...............................................................
............................................................
ooo...
"kak,.saya bayar sekali untuk mereka.."
.....sambil aku membetulkan duduk di kereta, encik suami mmemberi "ulasan selari" nya.
As usual,. aku keluarkan modal 2012 yang pernah dia katakan pada aku..
" You ingatkan... apa yang you pernah kata pada nie, ..
Orang naik basikal masalah dengan rantai basikalnya, orang naik mercedes dengan masalah mercedesnya. Siapa kita untuk menilai apa pun, kepada siapa pun.
Macam kita lihat orang lain,..macam ok je..tapi tak ok.
macam tu juga orang tengok kita, entah apa pandangan mereka pula....
.alah bang...sedang keluar dari satu perut pun perangai tak sama, dan tak faham pun siapa kita..."
Maka rakan-rakan yang ku kasih, permulaan untuk tahun baru 2013 ini,bersama-sama kita berdoa,. agar kita selalu memandang kehidupan disekeliling dengan rasa bersyukur.
Belajar menghargai orang-orang yang mengasihi diri kita.
Kuat dan tingkatkan ibadah kita pada Nya, Berusaha mencari masa bersendiri dengan Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Berbakti dan berikhlas hati sesama makhluk di muka bumi ini...dan mohon pada Allah agar mati kita kelak dalam beriman, berbaik sangka dan mendapat pengampunan dan redha pada insan-insan yang mungkin kita pernah berdosa pada mereka.
Waullahualam.
Sekian,.terima kasih sudi meluangkan masa singgah dan membaca secebis catatan ku.
Huu... tazkirah yang baik buat IM di tahun baru ini.
ReplyDeleteSeperi kata orang: kalau lihat bulan di langit jangan lupa rumput yang di pijak!
Assalamualaikum wth...
ReplyDeleteSelamat Tahun Baru Kak Ni, semoga tahun 2013 tahun barokah utk kita semua amin
p/s : ingat Manong ingat jalan yg up and down berliku2 tu
IM,
ReplyDeleteBetul. sering2 la kita lihat rumput yang kita pijak, banyakk yang indah dan tersirat serta penuh makna kehidupan di bawah.
waalaikumsalam adik yong,.
ReplyDeleteselamat tahun baru ya adinda, semoga makin ceria, makin bergaya makin bijaksana dalam mengurus perihal dunia yang semakin mencabar ni. Manong..p carik mee bandung sedap kedai lela, :-)
memang benar..kita perlu berusaha untuk menjadi yang lebih baik..semoga kita diberi kekuatan untuk meneruskan kehidupan yang penuh pancaroba ini..amin..
ReplyDeletesemuga tahun 2013 kita akan lebih mudah membantu satu sama lain.
ReplyDeletesalam singgah n salam kenal =)
ReplyDeletecik/encik Anonymous,
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah, dan meninggalkan sepatah 2 kata. Saya hargai.
salam ina kl,
ReplyDeleteTerima kasih untuk doa buat kita semua, terima kasih singgah ya :-)
Cik Emaa,
ReplyDeleteSemoga silaturahim bloggers berpanjangan dengan ukhwah yang murni :-)
Assalam Dekni
ReplyDeleteSemoga sepanjang 2013 kita terus mengingati yang lama sambil mengenali yang baru. Apa juga, apa lagi insan.
waalaikumsalam Pak Temuk,
ReplyDeleteTerima kasih. Mudah-mudahan kita perbaiki dan pertingkat lagi prasarana pembangunan insan dalam diri kita, terutama dengan Allah. Insyallah.
Mungkin saya terlalu lambat untuk turut serta dalam catatan puan kali ini.
ReplyDeleteSaya sungguh terkesan di atas keperihatian puan kpd golongan yang kurang bernasib baik.
Acapkali kita terlepas pandang - ketika ziarah sauadara di hospital kita mungkin tidak pernah ambil tahu pesakit di sebelah, ketika beratur membayar di super market/kedai/warung kita mungkin tidak ambil tahu pelanggan yang kekurangan RM1 atau RM2 dari bil sahaja kerana terlebih belanja, di dalam bas....
Benar. Berbuat baik sesama manusia amalan yang murni. Siapa kita untuk menilai orang lain dan orang lain pula mungkin mempunyai pandangan berbeza terhadap kita.Apa - apapun kita perlu muhasabah diri selalu.
ReplyDeleteDear anonymous,
ReplyDeletebenar,benar dan benar. terima kasih sudi singgah.
:-)
Maaf, baru nak komen, saya sangat setuju sapalah kita nak menilai orang lain
ReplyDelete