Monday, May 6, 2013

Usah bermegah-megah

Assalamualaikum sahabat blogger yang ku kasih,

Kebiasaannya, aku jarang sekali merangka apa yang hendak ku tulis. Maka, bagi pembaca blog ini sudah tentu agak "pening" membaca bahasa aku yang lintang pukang sebab itu ialah "bahasa hati" aku.

Secara peribadi, aku bukan peminat arena politik,di saat ini aku sedang mendengar-dengar di hujung telinga dari pengacara tv,...menunggu, kalau-kalau ada pengumuman  ~ cuti khas 6 Mei 2013 sempena PRU 13. Pada aku siapa pun yang menang atau kalah sepatutnya cuti khas di beri. Pandangan aku adalah atas faktor pengundi yang pulang ke kampung halaman dan ia berlaku hanya 5 tahun sekali.

Dari minggu lepas lagi, rakan aku yang dilantik sebagai petugas SPR di PRU 13, bergelut membuat preparation. Bagi yang dilantik jadi ketua saluran undi  kalut mengisi borang tertentu SPR di celah timbunan buku-buku pelajar yang juga perlukan perhatian.

Aku memang terkeluar dari kategori "part time" apa pun termasuk menanda kertas SPM atas dasar " tidak bercita-cita tinggi dan ingin menjadi "rakyat biasa sahaja".

Namun,kebebasan aku itu berakhir,... apabila, baru-baru ini aku dilantik secara rasmi oleh JPN untuk bertugas secara rasmi, menjadi wakil Lembaga Peperiksaan Malaysia untuk tugas yang memang aku elak dari zaman aku berkerja di negeri Darul Ehsan. Tugas itu adalah tambahan dari menjadi tugas pendidik.

Suka tak suka aku kena harungi perjalanan rasmi tersebut dengan redha dan semoga Allah bersama-sama aku. Telah pun ku pesan pada mereka yang bakal ku "ziarah" apa kah yang perlu ada, dan "lawatan"aku itu adalah untuk menolong menyelesai masalah jika ada, dan untuk permudahkan amanah mereka yang terpikul dibahu masing-masing.

Aku berdoa pada Allah agar Allah selalu bersama aku,permudahkan urusan aku dengan kawan-kawan lain. Aku akui,.. aku kurang senang mencari kesilapan dan kesalahan apa tah lagi menegur  dan perlu pula diperbaiki diri mereka. Aku insaf kita manusia lemah dan tidak sempurna, tetapi bukan semua manusia suka di tegur kesalahannya.

Aku kena berhati-hati dan berhemah mengguna kata-kata yang sesuai.  Maka sedarlah aku..bukan senang menjadi "tegas pada tempatnya" sebab aku ni mudah "cair dan memaafkan".
Baru-baru ini aku mendapat hadiah yang sangat bermakna dari sahabat aku yang bernama Cikgu Hajah Noraini Abdul Majid yang ku panggil nama Noni. Walau pun aku ada naskah tersebut, namun naskah tafsir Al-Qur'an yang diedar oleh Telaga Biru ini sangat aku suka atas sebab-sebab tertentu. Terima kasih Noni,..dengan bait-bait kata pesan beliau :

Kak Azni cayang,

Al Quran itu cahaya
Al Quran itu kebenaran
Al Quran itu penawar duka
Al Quran itu ketenangan

Sebarkan Al Quran walau pun sepotong ayat
Berdakwah sepanjang hayat
Untuk akhirat

Salam Kasih Nan Abadi ~ Noni

Aku memang suka membaca dan hadiah tafsir Al Quran adalah tepat pada masa nya...disaat anjakan usia yang banyak mengubah persepsi diri aku pada dunia dan kehidupan yang indah ini.

Dengan insaf diri marilah kita hayati :

Surah At Takathuur ( Bermegah-megahan)
Surah ke 102 : 8 ayat

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani

1. Kamu telah dilalaikan oleh perbuatan berlumba untuk mendapat sebanyak-banyaknya (hartabenda, anak-pinak,pangkat dan pengaruh)

2.sehingga kamu masuk kubur

3.jangan sekali - kali (bersikap demikian)!Kamu akan mengetahui kelak.
 
4. Sekali lagi (diingatkan) : jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibat yang buruk pada hari Kiamat).

5. Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui dengan pengetahuan yang yakin.

6. (Ingatlah)! demi sesungguhnya!kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.

7. Selepas itu, demi sesungguhnya,kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)".

8. Kemudian kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat ( yang kamu telah menikmatinya).
 
 
SubhanAllah Maha Suci Allah, terima kasih untuk segala nikmat dan anugerah Mu Ya Allah.
 
Sekadar berkongsi ayat yang ku petik dari seorang pujangga
Kita adalah
 
apa yang kita baca
apa yang kita tonton
apa yang kita dengar
apa yang kita lihat
 
Hakikatnya
 
Itulah makanan rohani kita
 
dan
 
mata kita adalah jendela hati
 
Terima kasih pada kalian yang sudi singgah dan menghayati bait-bait kata dari ku.Wassalam.

12 comments:

  1. Terima kasih atas tazkirah ini. Dunia ini harganya ibarat kapas di udara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama-sama im, benar,dan banyaknya dosa serta kelalaian kita pada Allah.

      Delete
  2. Assalamu'alaikum DEKNI
    Hebat paparan dan pengajaran paparan itu. Semoga kita semua sentiasa ingatkan Allah dan hidup-mati di dalam keredhaan-Nya.

    Pak Temuk ingin sebut juga di sini indahnya pelbagai "moments" yang Dekni rakamkan dengan lensa jernih Dekni itu. Syukur, insyaAllah, segala keendahan akan keindahan persekitaran itu akan sentiasa lebih mendekatkan kita kepada DIA.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Pak Temuk,
      Terima kasih sebab Pak temuk gembira membaca penulisan dekni dengan hiasan milik Allah. Benar, alam Allah yang cantik menginsafkan kita,mudah-mudahan Insyallah.

      Delete
  3. Membacanya ayat2 penuh makna kerana saya juga sedar nyawa yang berdetik di dalam dada saya hanya pinjaman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar mak Wardah, nyawa kita hanya pinjaman dari Allah, bila-bila masa kita dijemput pulang.

      Delete
  4. Saya bersetuju dengan pendapat Kak Azni. Memang benar kita tak sepatutnya bermegah - megah. Tafsiran surah tu pun sungguh menginsafkan. Tapi kadang - kadang tu kita tak nak bermegah-megah tapi bila kita buat satu perkara yang baik kita dapat pujian dan kita tak sedar ada rasa bangga seketika. Inipun dalam kategori bermegah - megah juga. Jadi sama - samalah kita menjaga diri kita dari sifat tersebut. Saya ingin ucapkan terima kasih Kak Azni sebab mengingatkan blogger yang melawat blog ini termasuk diri saya juga dalam perkara ini.Ingat mengingat sesama kita tu adalah satu perkara baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih adik tak tau nama :-)
      Perjuangan yang paling sukar pada manusia ialah takjub pada diri sendiri. Kita selalu di lalaikan oleh bisikan jahat yang tenggelam timbul dikalangan jin dan manusia. SubhanAllah Maha Suci Allah, semoga kita selalu dibawah payung Allah.

      Delete
  5. Salam kenei Kak Azni...walaupun br fes taim singgah sini..sy rasa dekat dengan tulisan2 yg sedikit sebanyak menyentuh jiwa sy..mungkin sbb profesyen dan naluri yg sama....terima kasih sudi berkongsi! keep on blogging!

    ReplyDelete
  6. waalaikumsalam ummiaisyah,
    terima kasih sudi singgah. Selamat berkenalan, terima kasih untuk ucapan kasih mu itu .

    ReplyDelete
  7. Kak Azni, terima kasih kerana memanjangkan pahala saya.Pahala kak Azni jua...

    ReplyDelete