Wednesday, May 1, 2013

Milik Allah, dan kita sebenarnya tidak punya apa-apa. Bersyukur dengan nikmatMu

Alam indah dari lebuhraya Kuala Kangsar -Taiping
 
Assalamualaikum sahabat blogger yang ku kasih.
 
Setiap hari kita lalui kehidupan samada secara perlahan atau secara pantas adalah bagaimana kita mengolah dan menangani kehidupan kita itu. Semua manusia secara asasnya ada mata, hati, akal dan perasaan. Apa yang membezakan kita adalah ego. Keimanan sudah pasti perbezaan yang jelas-jelas. 
 
Pertama  kali aku dengar perkataan ego ini adalah masa mula-mula aku bergelar mahasiswa di sekolah seni tempat aku belajar suatu waktu dahulu.
Masa itu era rock kapak tahun 1983, kata aruah abang senior yang berambut afro itu.."adik-adik, abang nak beritau adik-adik,..orang seni ada egonya.
 
Katanya lagi.."yang membezakan kita orang seni ialah, ego itu tinggi atau rendah. Nanti adik-adik akan tau pelan-pelan bila dah mula belajar kat sini"


 Bunga tanjung yang sungguh  menawan gugur di seberang jalan rumah ku pagi ini
 
Aku tamat belajar di sekolah seni tersebut adalah pada tahun 1987. Aku mula berkerja di sebuah kilang antarabangsa terkemuka dan Allah beri aku peluang naik kapal terbang, tengok awan terapung -apung,dan dapat lihat negara yang menjajah kita pada tahun yang sama. Bermakna aku mendapat nikmat dari Allah lebih awal dari rakan-rakan sama belajar di sekolah seni. Aku tidak berniat takjub diri,.maafkan aku wahai Tuhan.. 
 
Apabila aku bertukar kerja menjadi orang muzium, banyak sungguh milik Allah dapat ku nikmat dan lihat. Apatah lagi dengan title orang yang menjaga bahagian pameran ilmu kejadian, bagai pucuk ulam mendatang. Masuk keluar hutan dan berjumpa pelbagai rakyat jelata.....dari orang kampung, polis hutan, perhilitan, orang galian, orang asli, kenyang aku berjalan merata hutan di negeri Darul Ehsan. Aku  melihat indahnya alam milik Allah yang asli dari mata mentah dan muda. 
 
Cuma yang tercicir pada ketika itu ialah,..
 
masa itu aku tidak bercita-cita langsung memetik lensa kamera merakam apa yang ku lihat. ... sebab tidak memiliki kamera dan tiada kecenderungan untuk membeli kamera.
 
walhal, kamera Nikon arwah kak Azlina sangat mahir aku gunakan semenjak dari usia aku 15 tahun.
Namun aku bersyukur dengan nikmat Allah itu.
 

 Pakis hijau ini sungguh cantik dan kelihatan tembus cahaya di bengkel usang sahabat kami yang bernama Sa'aya, pengusaha seramik di kampung Karai
 
Masa aku buat keputusan berhenti kerja muzium, aku menangis sungguh-sungguh. Hingga kini aku masih ingat lagi muka kawan-kawan muzium aku, terutama Pengarah muzium aku yang bernama Encik Paiman Keromo. Dengar-dengar beliau kini berkhidmat di Muzium Selat Teberau.
 
Demikianlah telah tertakdir perjalanan hidup aku yang akur dengan perjalanan yang telah disusun oleh Allah SWT.
 
Berkhidmat di enam buah sekolah selama 23 tahun dengan diberi kerajaan tiga kali anugerah cemerlang bukanlah perkara yang melayakkan aku berbangga untuk apa pun.,kerana aku tak semengah mana. 
 
Sebenarnya aku sangat malu dengan anugerah itu, yang aku rasa tidak layak. Ia di dasari atas kerja dunia yang dinilai oleh manusia yang ada strength and weakness. 
Pujian dan anugerah hanya layak  diberi oleh Allah sahaja. Terlalu banyak perkara yang aku lalai dan leka. Paling aku takut ialah perasaan takjub diri dan riak.
 
Cita-cita dan matlamat aku didunia setakat ini belum sampai lagi. Aku teringin sangat nak duduk tenang-tenang di satu tempat dimana dapat aku tinggal dalam kawasan yang sedang-sedang sahaja. Aku nak berjalan kaki dikawasan tersebut dengan pakaian Allah dan belajar ilmu-ilmu agama dengan ustaz yang berkarekter seperti ustaz Kazim yang sederhana dan merendah diri. SubhanaAllah, Maha Suci Allah alangkah bahagianya jiwa apabila dapat hadiah sebegini dari Allah.
 
 
 
Sarang labah-labah kelihatan tenang-tenang sahaja menjalur-jalur antara daun ke batang yang sempat ku curi pandang semasa melihat hujan berhenti dari bengkel Sa'aya di Karai.
 
MasyaAllah, SubhanAllah Maha Suci Allah Tuhan Yang Pengasih lagi Penyayang, semoga cita-cita tinggi aku itu terkabul oleh Mu sebelum aku menutupkan mata di dunia yang indah ini. Semoga ajal ku kelak dalam keadaan yang baik, bersangka baik dan baik-baik belaka. Insyallah..mudah-mudahan..Amin.

6 comments:

  1. KakNi....alahai syahdu je baca entry akak ni. banyak beno pengalaman hidup akak, lagi2 menjalani hidup seorang seniman yg sgt halus jiwanya. Terpancar dr penulisan akak ni. saya suka baca perenggan 2nd last, cita2 nak settle down tu. saya pun sama, cuma klu dpt dok dkt Al-Haram lagik best! hari2 serahkan jiwa raga pada tuhan yg Esa.
    Anyway, selamat mengundi!

    ReplyDelete
  2. Cita-cita itu sama dengan cita-cita IM. Bezanya IM inginkan di sana juga ada peluang untuk bekerja sukarela untuk agama dan masyarakat.

    ReplyDelete
  3. Terrific post but I was wondering if you could write
    a litte more on this subject? I'd be very grateful if you could elaborate a little bit more. Many thanks!

    My page: купить авиабилет сербию

    ReplyDelete
  4. Cantik permandangan banjaran gunung tu. Ego, semua orang ada ego tapi yang penting bagaimana mengawal ego tersebut. Kadang2 kita tak perasan kita sebenarnya ego. Orang yang ego biasanya tidak boleh dikritik. Selalunya melenting bila dikritik. Kadang2 tu perkara yang simpel pun tapi boleh mendatangkan kemarahan. Kritik perlu untuk kita baiki diri sebab orang lain lebih nampak kelemahan kita. Kritik juga perlu untuk kita memperbaiki dan memajukan diri. Jadi disinilah perlu kita merendahkan ego kita. Tak gitu cikgu? Cikgu mengundi di mana tahun ni?

    ReplyDelete
  5. Dear adik Yong,
    Demikianlah kecintaan akak mu ini. Semoga tercapai cita2 kita semua untuk tenang-tenang dalam territory Allah Taala, Kita semua sayang akan Allah.

    IM,
    Alhamdulilah kita bercita-cita sama, Teruskan segala usaha IM untuk memperkayakan amalan murni.

    Dear Anonymous,
    Thank you for dropping by. Saya akan cuba lebih baik.

    Anonymous.
    Kita manusia yang lemah lagi tidak sempurna. Bersamalah kita berusaha memperbaiki diri kita semua. Terima kasih singgah.
    Mengundi di hati :-)

    ReplyDelete
  6. Indahnya bahasa, cantiknya gambar. Ayat2 yang meruntun jiwa saya yang membaca. Terima kasih Azni

    ReplyDelete