Wednesday, January 2, 2013

Air sirap satu, kopi ais satu, nasi dua pinggan setengah.Letak kuah saja, tak payah lauk.

Assalamualaikum sahabat yang ku kasih.

Selamat Tahun Baru 2013. Semoga hari-hari yang mendatang akan lebih bermakna dan terisi dengan wadah yang lebih bererti dalam kita menongkah arus kehidupan.

Tahun 2012 dilalui dengan penuh sederhana. Ada kisah suka dan duka...

seperti siang berganti dengan malam dan masa terus berputar.

Seperti mana sahabat-sahabat lain, aku juga turut  mendoakan diri sendiri,. agar diberi nafas dan kesempatan di bumi Allah yang indah ini,. untuk terus melayari hidup yang tidak tahu di mana kah penghujungnya.

Apabila aku sudah mulai masuk fasa penghujung usia 40 jalan ke 50 tahun, pandangan aku pada hidup telah berubah, selaras dengan kata-kata bukan pujangga....rumah kata pergi, kubur kata mari.
Tengahari tadi aku duduk makan dalam kedai dengan encik suami,.. di penghujung suapan nasi ku,. masuk sepasang suami isteri warga emas dalam kategori rakyat jelata yang susah seperti sang pengemis,. memimpin masuk mungkin cucu mereka yang rupa paras langsung tiada iras mereka. Kanak-kanak lelaki usia lebih kurang 3 tahun itu comel dan putih.

Aku biasa melihat mereka "bersiar -siar"  di pekan Kuala Kangsar dengan gaya yakin dan "arrogant".

"Kami nak nasi 2 pinggan setengah, letak kuah gulai satu, letak kuah lemak satu, letak sayur satu. Sayur tauge tak mahu, sayur lain boleh. Lauk tak payah. Orang miskin makan kuah saja dengan nasi. Air sirap satu, kopi ais satu"

( mereka masuk kedai, terus duduk, dan memesan makanan dan minuman.
Percakapan yang sama di ulang-ulang, dengan perhitung aku sebanyak  4 kali )
Baik suami ,.atau pun isteri ,..mereka bercakap dengan nada kuat dan yakin.
Riuhnya di tambah dengan cucunya yang tak mahu sayur kangkung, minta kuah lemak menjadikan suasana dalam kedai tengahari itu agak "meriah".

Aku lihat tauke kedai layan mereka seperti sudah "biasa", sebab mereka tidak melayan "serta merta"

Selesai aku menbasuh tangan di sinki, aku terus ke kaunter bayaran. Oleh kerana sikap semulajadi aku yang bersahaja, aku sempat "menyiasat" siapakah mereka...

"mereka dari Jeliang cikgu..."

ooo..Jeliang kat mana kak?

jalan ke manong, naik bas. Suaminya tu panas baran., ada sekali tu dia marah sungguh....
...............................................................
............................................................

ooo...

"kak,.saya bayar sekali untuk mereka.."
 .....sambil aku membetulkan duduk di kereta, encik suami mmemberi "ulasan selari" nya.

As usual,. aku keluarkan modal 2012 yang pernah dia katakan pada aku..

" You ingatkan... apa yang you pernah kata pada nie, ..

Orang naik basikal masalah dengan rantai basikalnya, orang naik mercedes dengan masalah mercedesnya. Siapa kita untuk menilai apa pun, kepada siapa pun.

Macam kita lihat orang lain,..macam ok je..tapi tak ok.

macam tu juga orang tengok kita, entah apa pandangan mereka pula....

.alah bang...sedang keluar dari satu perut pun perangai tak sama, dan tak faham pun siapa kita..."
 
Maka rakan-rakan yang ku kasih, permulaan untuk tahun baru 2013 ini,bersama-sama kita berdoa,. agar kita selalu memandang kehidupan disekeliling dengan rasa bersyukur.
 
Belajar menghargai orang-orang yang mengasihi diri kita.
 
Kuat dan tingkatkan ibadah kita pada Nya, Berusaha mencari masa bersendiri dengan Dia Yang Maha Pengasih dan Penyayang.
 
Berbakti dan berikhlas hati sesama makhluk di muka bumi ini...dan mohon pada Allah agar mati kita kelak dalam beriman, berbaik sangka dan mendapat pengampunan dan redha pada insan-insan yang mungkin kita pernah berdosa pada mereka.
 
Waullahualam.
 
Sekian,.terima kasih sudi meluangkan masa singgah dan membaca secebis catatan ku.



Saturday, December 15, 2012

Gerimis malam..mengingati mati,..dan pesanan Tuan Imam


7.50 malam 26 November 2012

Lan,..cer ko ke depan, laju sikit dari aku,..tengok apa yang menyekat jalan kat depan tu, ..kot kot ada apa yang boleh dibantu.
(jari jemari ku pantas menekan pemicu kamera)

..dalam pekat malam sahabat baik aku menyeberangi sungai Perak melalui jambatan "penghubung silaturrahim" penduduk kampung dengan ahli tanah perkuburan Islam Kampung Buaia.


...ke teng ...ke teng...ke teng...ke teng.....



( tapak kaki aku sedang memijak lantai besi jambatan tua yang ku lihat dalam samar-samar... ...nak tanya atau tak...nak tanya atau tak )

( ahh...demi untuk "kenangan istemewa" aku mesti beranikan diri,...)


Assalamualaikum Tuan Imam,.
.
Waalaikumsalamwarahmatuallahiwabarakatuh.......

..hm,,,Ustaz...saya cikgu Azni,. kawan arwah Cikgu Nor Khalilah.


Ya cikgu sila kan, apa yang hendak cikgu katakan

..begini.....

(walau pun aku agak gentar untuk menyatakan hasrat aku, namun aku "gagah"kan diri  berkata-kata)

Begini Ustaz,..

Ya saya,..

( cara-cara Ustaz menjawab, beliau kelihatan sangat "friendly",.

Ini berdasarkan "observation" singkat aku di masjid tadi.

Kebetulan aku jemaah wanita tunggal dan "asing" di masjid kampung Buaia.



( kami sempat bersembang dengan ustaz di tangga perihal urusan pengkebumian sebelum bergerak )


Ustaz,... 

saya nak mohon bebenaran ustaz untuk mengambil gambar pengkebumian...

saya hanya gambarkan dari jauh,. dan tidak akan mengambil gambar jenazah.





..belum sempat aku menyambung kata-kata seterusnya.....

..beliau berhenti berjalan,.sambil berkata..


Alhamdulillah,

silakan cikgu..,
(dalam samar-samar aku lihat ustaz senyum sambil mengangguk-anggukkan kepala )

Cikgu,. ustaz sangat gembira dengan niat cikgu.

Tiada larangan.... malah di boleh mengambil gambar jenazah dengan tujuan untuk mengingatkan kepada yang hidup.

Saya benarkan. ..silakan cikgu,.
Ini lah yang sepatutnya kita yang hidup lakukan dan ingatkan. 
Mungkin ada rakan-rakan yang tidak dapat hadir pada malam ini dapat melihat gambar yang cikgu ambil. 

Ini bagi mengingatkan pada kita yang lalai dan lupa akan kematian,. silakan cikgu.
Jika perlu cikgu paparkan di mana yang sesuai, agar kita yang hidup merasa insaf.

Terima kasih Ustaz,..terima kasih..
sama-sama cikgu,..saya jalan dulu ya cikgu.
Silakan ustaz.

( debaran jantungku yang kencang telah mereda...seiring itu aku sebak dan menitiskan air mata ...
..sebak,.. kerana aku di beri kesempatan ini oleh Allah untuk turut bersama-sama mengiringi perjalanan akhir seorang sahabat )


(....sedang aku berteleku di satu sudut dalam gelap,.aku terkejut dipanggil Tuan Imam..)

Cikgu,..Cikgu..

Mana cikgu tadi?

...ya Ustaz..saya di sini. 
( aku masih terkejut,.kerana aku hanya seorang wanita  ingin "selesa"  diam-diam.....kenapa aku diberi perhatian khusus olah Tuan Imam, sedangkan ini urusan pengkebumian jenazah...)



Silakan cikgu ambil gambar, jika perlu ke depan

..baik ustaz..
(aku tak berganjak kerana hanya perlu menarik lensa cara "wide" atau "zoom" sahaja ) 

cikgu,..
Ya saya Ustaz,.

sila berkongsi apa yang ada di sini,. dan saling ingatkan pada kawan-kawan yang tidak dapat hadir pada malam ini..

ya Ustaz,.insyallah...


Tuan-tuan dan puan-puan yang hadir pada malam ini,.

Lihatlah,. inilah bantal kita yang terakhir didunia..

Bantal yang di perbuat dari tanah,... kita balut dengan kain putih,. 

maka sila ambil iktibar..,,bahawa kita semua adalah sama disisi Allah Taala,. yang berbeza adalah,.ibadah kita pada Nya, amalan-amalan yang baik...
 

Tuan-tuan,cikgu..

Dalam liang ini,..tak kira siapa,.cikgu kah,..pengurus besar kah.,sama sahaja, tak ada beza..tak ada beza..sama




apa yang ada pada kita,......harta,.anak.,semua tinggal..semua tinggal..
kita semua akan bersendirian di dalam ini.,,

sehinggalah hari perhitungan,. menghitung ibadah kita, amalan kita,..




...Usah takut tuan dan puan serta adik-adik....ustaz ada disini,


...bersama-sama kita melihat bagaimana jenazah dikebumikan.
Kita ambil iktibar untuk menginsafkan diri kita.

 Berbuat baiklah didunia ini, jaga hubungan kita dengan Allah,.insyallah..



Ustaz ucapkan terima kasih pada yang hadir,.syukur alhamdulilah,..malam ini ramai sama-sama berada disini, walau pun sedikit lewat ,.dalam keadaan gerimis. 


Ustaz nak berkongsi sedikit pengalaman ustaz...jika di Makkah tuan-tuan..masyallah...

Ustaz melihat begitu ramai yang berebut-rebut untuk turut bersama solat jenazah..(masa ini ustaz menangis, dan bercakap dengan suara sebak dan tersekat-sekat..)

...........



..cikgu...cikgu
(suara itu kuat dan jelas)

aku melihat seorang lelaki berketayap putih dengan T.shirt kuning memandang aku dengan tepat

ya saya..

Cikgu, gunakan lah flash, mana nak jadi gambar tak pakai flash

( kali ini aku benar-benar terkejut...alamak..siapa pulak kah beliau, aku fikir aku akan di marahi, rupanya sebaliknya)

er...tak mengapa..tak perlu flash..tak perlu, insyallah gambar ok....



azni..   (cikgu Roslan)

..kalau tak silap saya,. lelaki yang tegur tadi tu,.yang pegang "torch light" tu adik arwah kak ilah. Dia tu pensyarah Fotografi di IKBN.

oo ye ke..

..dulu masa aku budak-budak, aku membaca bait-bait dalam buku di perpustakaan,... guru penyuluh hidup.

Arwah adalah seorang guru yang menjadi inspirasi aku,.beliau selalu berusaha menyuluh hidup insan-insan yang berada di kelilingnya.

Sifat mulia beliau yang paling jelas ialah sangat kuat bersedekah, terutama memberi makan pada siapa saja yang beliau teragak.

Aku mesti akui,.walau pun sebelum ini aku kurang rapat dengan arwah, hanya sesekali menyakat,. dan ada kala "menegur" keriangan "luar biasa" beliau. 

Rupa-rupanya 2 jam masa "kristal" yang Allah berikan pada aku dan arwah sebulan sebelum meninngal dunia adalah bagi membolehkan aku "melihat dengan dekat" siapakah pemilik wanita berhati suci ini.


Sememangnya rezeki Almarhumah Kak Khalilah di kebumikan betul-betul di pintu masuk ke Tanah Perkuburan Kampung Buaia.



Semasa hayatnya, arwah selalu mengucapkan salam dan  "good morning" "bye-bye "pada rakan taulan serta pekerja-pekerja sekolah.

..jasadnya telah terpisah dari roh...




yang tinggal, ilmunya.

.serta anakanda Nurul Ilham yang solehah,..mudah-mudahan..insyallah
 


Cikgu, beri saya kamera cikgu,.......

...............



Gambar kenangan aku, bersebelahan dengan rakan guru..Cikgu Roslan, Zaity dan Fazli.



Nurul Ilham anakanda Arwah Kak Khalilah yang sangat....sangat tabah serta kuat daya juang




Semoga arwah ditempatkan di kalangan kaum muslimin dan muslimat yang soleh dan solehah..



Sekalung terima kasih kepada keluarga Almarhumah Kak Nor Khalilah kerana mengizin dan meredhakan aku berkongsi segala nya di sini


Juga ribuan kasih kepada encik suami yang mengizin dan merestu 
"ziarah" aku, beliau di luar kawasan semasa peristiwa.



Al Fatihah