Monday, April 26, 2010

Art of My Life & Techno


 Taufik Abdullah AD84 Fine Art &Ibrahim Mohd Don AD83 Pottery 


Alkisahnya,, pada satu Hari Jumaat pada bulan April 2010, Mr Art Of My Life aka Bro Taufik telah melakukan satu kunjungan kehormat ke kawasan jajahan Tuan Techno bertempat di Perbadanan Kraftangan Perak. Maka keberangkatan beliau adalah bersama seorang sahabatnya menaiki keretapi dari Kelantan. ( Seronoknya naik keretapi...! ) Kunjungan bro Taufik turut disertai dua orang kenalannya yang berbangsa Cina dari Kuala Lumpur. Jom layan pic..

"You banyak experience mesti boleh bikin bagus punya produk"...

"Ini pasu  besar-besar Ibrahim mau isi apa...itu Ali Baba sama 40 penyamun ka.."

Hahaha..Sebenornya teman idak tau apa butir-butir percakapan mereka kerana pada hari tersebut teman berada di sekolah. Bila tanya Tuan tanah kedawung Techno,,biasala,,, orang lelaki mana nak labun banyak2,, deme ni sayang air lior..


Maka pada hari itu idok la teman dapat bertentang mata dengan tuan empunya diri Art of My Life yang maintain macho ni. Setau teman beliau ini adalah adik kepada sifu AD kita,, Mr Tajali. Seingat-ingat teman bro Taufik ini adalah pemuda pemalu. Tapi sekarang dah tak malu kot..ok je nampaknya. So kepada bro Taufik,, Selamat maju jaya dalam kehidupanmu di Dunia dan di Akhirat. Amin.