Sunday, June 20, 2010

Kuala Trengganu

Kawasan R & R Genting Sempah
Cuti sekolah bulan Jun hampir tamat. Maka esok adalah sekolah,, kata orang Parit...esok hari Senayan (Isnin).Namun dikesempatan ini saya menulis diblog yang telah lama dibiarkan bersawang. Biasalah budak Ad,, suka buat kerja last menit,,yg gitu baru jadi. Betul tak kengkawan,,especially my silent reader!! Hehe..tu ada yang angguk-angguk pala sambil senyum sendiri.Sebelum tu.. nak mohon ampun dan maaf pada Fa & Bro Atip kerana tak singgah pun dirumah kome2. Bukan tak sudi...atea saya ke Ganu tanpa tuan techno,, nanti kecik pulak hatinya..ceh3 alasan tak cukup kuat sebenonya tu. Apa-apa pun insyallah ada rezeki kita jumpa satu hari nanti,, hutang ikan pekasam saya pada Fa pun belum ditebus,,maaf sekali lagi ya Fa.

Kami bersarapan di kawasan R&R Genting Sempah seawal jam 8.00 pagi.Orang ramai berpusu-pusu ke destinasi yang satu..isi perut la,, nasib baik la ada bawak bekal sikit2,, jadi tak perlu berebut sangat. Biasalah,,jalan dengan nenek(mak saya la ) banyak perkara2 yang kita tak ambil berat dia cover siap2, Risau anak cucu lapar dijalan. Mak seperti biasa tak pernah jemu memesan teh tarik feveretnya. kadangkala hairan..walaupun mak dah berusia 70 tahun,, beliau jarang di hinggapi penyakit2 yang menyusahkan dirinya dan orang lain. Syukur alhamdulilah..itulah rezeki yang Allah SWT berikan padanya.


Ini ialah anak saudara saya yang bernama Ari Ikmal Hasshim. Beliau ni lah Pilot kami ke Trengganu. Nasi lemak yang Ari pilih ni memang sedap betul la,, berasnya wangi seperti dicampur dengan sedikit pulut. Padanla mak usu tengok ramai yang beratur kat gerai ni.
Keluarga saya gemar berposing. Maka layan je la ..zass
Selepas begitu banyak jam yang telah berlalu,, yang memakan beratus kilometer dari kelana jaya, akhirnya kami sampai juga ke Kuala Trengganu dengan selamat dan jayanya. Hotel penginapan terletak berhampiran dengan Masjid Sultan Zainal Abidin. Senibina Masjid putih ini sangat mengkagumkan,,ala2 Morrocon.
Lalala,, dekni sebilik dengan mak dan anak2.
Lepas check in kami keluar mencari sorru..mak dah tak larat nak ikut. Apa-apa hal kami tapau la untuk mak,, dah siap2 jerangkan air panas untuknya,,gitu gini mak dah keluarkan bekalan nasi impit dan kuah kacangnya. Bab2 macam ni mak tak pernah failed.. :-)
Selepas 2 kali pusing di gerai makan Batu Burok,, maka kami pun memilih gerai ini untuk menyahut panggilan perut,, kelihatan agak "tempting".
Sotong goreng tepung
Sayur tauge dan nasi
Udang & sotong goreng tepung
Oleh kerana makan tengahari yang sudah menjangkau jam 4.00 petang,, lauk pauk yang kelihatan "tempting" tu tak lah begitu menerujakan. Harga..boleh tahan la tepuk dahi,,apo nak di kato,, redho je la. Lain kali kena ghoyak Ganu la ke demo2 ni wehh.
Hari semakin lewat petang,, kami bersiap2 untuk berjumpa Yang Maha Esa

Dua beradik..Azizah dan Azni
Ini saja lah anak makcik Rafeah yang tinggal,, arwah abang dan kakak telah mendahului kami semua..al Fatihah.
Menjelang maghrib, motorsikal berdedai-dedai di jalanraya,, ni ialah malam Sabtu yang dianggap malam minggu mereka.Jika di Trengganu cuti umum jatuh pada hari Jumaat dan Sabtu.
Ini lah Kak Suraya aka Dr Norhaya, seorang dokter pakar Autisme di Hospital Kuala Trengganu.Beliau merupakan jiran kami yang paling akrab zaman budak2 di Balai Polis Cheras dulu. Tujuan kami ke Trengganu adalah untuk menziarahinya yang baru kehilangan ayahanda tercinta . Dr Su kehilangan maknya semasa beliau berada di tahun 1 di Fakulti Perubatan.Orangnya sangat berbudi bahasa dan tutur katanya sangat lemah lembut.
Pada malam tu kak su bersungguh2 nak membawa kami makan malam di satu tempat yang telah dipilihnya. Kami dok diam2 je la,, Kak su yang order apa yang disukai. Terimakasih banyak kak su,, semoga Allah sentiasa memberkati dan memberi rezeki pada kak su & suami.
Ika ala2 posing manja dengan ibu. Masa arwah kak ina masih hidup,, anak2 sedara memanggil kami dengan panggilan yang biasa di panggil anak sendiri.. Arwah kak ina dipanggil mama, Kak izah dipanggil ibu, saya dipanggil mak..ada tambah belakang..mak usu!!haha..apalah budak2 ni.
Bergambar kenang-kenangan di depan restoran
Dalam perjalanan pulang kehotel kami terserempak dengan Fun fair dan pasar malam yang terletak ditengah-tengah bandar Kuala Trengganu.
Apa lagi..layan je la..zass Nasib baik la mak sporting nak turun jalan2 cuci mata
Ala-ala Las Vegas
Nelfi, Angah n Kak Long

Hari pun semakin lewat malam,, sekian dulu buat kali ini. Buat pembaca2 setiaku,, terima kasih banyak kerana sudi singgah :-)