Monday, February 28, 2011

鬼束ちひろ - いい日旅立ち・西へ Bukan Pada Ucapan

Tak berani mata memandang
Hanya senyuman dari kejauhan
Ada rahsia
Di dalam hati yang tersembunyi

Pada riak wajahmu
Ku tahu kau menyenangiku
Begitu juga perasaanku
Terhadap dirimu

Biar tak usah kita ucapkan
Ketulusan bukan pada ucapan

Alleycats ~ Bukan Pada Ucapan

Sunday, February 27, 2011

sedaya upaya demi cinta


Rakan sekerja merangkap ketua panitia seni Roslan Hassan dan diri ku
SMJK Tsung Wah, Kuala Kangsar Perak
2 orang toke hias pentas bergambar kenangan sempena Hari Anugerah 2010

Sikap cikgu Lan yang terbuka membuatkan aku cukup selesa bekerja dengan nya. Sepanjang perkhidmatan ku di bidang pendidikan seni di 6 buah sekolah, cikgu Lan antara rakan sekerja yang sentiasa positif dengan bidang yang kami ceburi. jarang menyatakan tidak, dan ayatnya yang aku suka..

..beli lah, duit dema. Boleh. ( ini kes mintak kebenaran beli barang2 seni )
Bersama boss besar yang bakal pencen sebulan lebih dari tarikh aku tulis entry ini. Tak tau nak bagi apa kat Mr Tung...ada juga dia mengusik..i want my potret. Lepas tu dia ketawa kuat2.

Secara jujurnya dia antara pengetua yang terbaik pernah aku jumpa. Banyak perkara yang aku belajar darinya. Beliau menghargai seni, dan selepas dia pencen mungkin aku boleh slow down..bekerja dengannya semuanya kena cepat dan pantas. Bila ku tanya bila nak..tommorrow!
Lihat tu..nakalnya, sudah di denda berdiri, masih sudi peace lagi. Itu lah ceria budak2
Padang dan langit Tsung Wah di lihat dari art room
sering kali ku buang kan pandangan ke sini, perasaan tenang bila melihat langit
dari dulu lagi memandang langit adalah kesukaan ku
Entrance ke art room yang baru

akhirnya, selepas sekian lama ku 'kecek'dengan mr tung, termakbul juga doa dan permintaan kami untuk dapatkan bilik seni yang lebih besar dan selesa
selepas siap mural ku yang ke 10, baru lah aku berani buka mulut dengan pengetua.

Percubaan ku melalui banyak fasa

....Mr Tung..tolonglah... kindly give us a new art room before u retire....bilik seni yang ada tu kecil dan sempit, susah kami nak buat practical work
jawapan standardnya ----

NO, CANNOT. THATS IT.

masa mula2 aku bercita2 nak mintak art room baru, kata puan XX >>>>> saya berani potong jari saya kalau dia bagi bilik seni baru.

...........hai biar betul, sampai begitu sekali. tapi hingga kini ku lihat jari puan XX cukup 10, tak kurang 1 pun.

Yang terakhir aku di panggil waktu cuti sekolah 2010 untuk mencipta baner fleksibelnya.

Selesai discussion, seperti biasa, bila ada ruang je...

...alah mr tung..u dah nak pencen, kalau pengetua baru tak tentu lagi nak pandang subjek seni. U adalah pengetua yang tau hargai seni.

Mr Tung >azni.. u know what.... ( sambil menyandarkan dirinya di kerusi dan menarik nafas panjang............... )... having ' a room " at chinese school is a luxury things, because we dont have enough place for the pupils. U already have your art room. so...

so..how..

no cannot, i'am so sorry.
Bilik seni lama tidak dapat di gunakan dengan comprehensive kerana ruang yang kecil tidak menggalakkan pelajar berkarya dengan selesa. Aku sendiri tidak gemar ke bilik seni itu kerana ia terletak di atas kantin sekolah. Bau tumisan bawang putih sangat2 kuat dan buatkan suasana tidak selesa
Apa pun keputusan pengetua, aku tetap berbakti kepada sekolah dengan stail dan corak pemikiran ku. Idea seni yang agak besar sebelum cuti sekolah ialah aku mengujudkan suasana 'green' di sekolah dengan japanese bamboo, water fountain dan lain2.
Untuk sebuah sekolah cina, sentuhan seni seperti itu adalah sesuatu yang di lihat mewah.
Ada juga bisik2 nakal dari guru2, betapa aku begitu berani membelanjakan wang sekolah.
Selepas ku terangkan pada seorang "internet bergerak", maka semuanya faham dan tiada lagi yang nak mengada2 nak kata bukan2. Keikhlasan ku tidak perlu lagi ku pendam. aku belajar dari pengalaman lalu. aku tidak mahu lagi merugikan diri sendiri dan tempat aku cari makan atas sebab emosi semata2.
maka, akhirnya dua minggu sebelum cuti sekolah 2010 tamat, Lan talipon
...assalamualaikum, dah tau ke

..apa nya..

Atung dah lepaskan bilik yang kita nak tu

haa.........biar betul lan..........

iye..

alhamdulilah....
Lan > Atung suruh pindah cepat, mintak tolong pak busu katanya

la............ye ke..saya nak balik KL, minggu depan la kita kemas ye lan

Lan> Boleh, macam mana pun tak pe, saya next week tanda kertas

Ok Lan, jumpa minggu depan
...............
Minggu depannya, aku pun datang ke sekolah. Mula2 aku ke bilik guru dan nampak cikgu Roziah juga cikgu seni

..eh budak kecik pun ada.. ( memang dia sangat comel walau dah beranak 3 dan sedang mengandung anak ke 4 )

eh kak azni, dah tau ke

tau..oo bilik seni ya, ni akak datang nak pindah barang la ni, budak kecik toksah sibuk2. rehat2 je
ala kak azni cikgu lan dah pindah semua barang2

haa.........biar betul Roziah

Iye..hari ni cikgu Tung beritau pindah, esoknya terus cikgu Lan pindahkan barang2 dengan meja dan almari2 sekali.

ishhh..banyak tu

A ar dia ajak pekerja, kata cikgu Lan sebelum keputusan di tarik balik, baik cepat2 pindah
Itu lah sikap Roslan Hassan. Seorang yang berdedikasi dan tidak suka menyusahkan orang lain. Terima kasih banyak2 Lan.
Bekerja di Tsung Wah ini boleh di katakan mewah, sebutlah nak beli peralatan apa. OHP, LCD, Carta, buku2 seni dan segala macam neka semuanya ada belaka. Even peralatan mengukir, batik, cetakan, semuanya lengkap. Yang tidak lengkap hanya lah..budak2nya. Bab ni kalau nak cerita akan jadi panjang.
Maka dari itu, sebagai seorang guru yang sejati, terutamanya guru seni keikhlasan bekerja adalah penting. Jika niat kita betul, insyallah Tuhan akan permudahkan
Bukan calang2 guru2 melayu yang mengajar di sekolah cina jika tidak di iring dengan sabar, sabar dan sabar........
Mula2 aku melapor diri di sekolah ini, perkara pertama yang di ingatkan pada ku oleh Mr Wong PK 1 ialah..
Saya harap cikgu azni akan faham pelajar2 cina ni. Mereka ni nampak seperti biadap, tetapi mereka tidak bermaksud begitu. Memang budaya sudah begitu. Saya harap cikgu akan dapat sesuaikan diri.
diam tak diam sudah nak masuk tahun ke 3 aku di Tsung Wah. Banyak pengalaman bekerja yang ku timba. Mula2 nak masuk sekolah ni, jiran dan juga kaunselor SMK Sayong pesan padaku..
kalau mengajar di sekolah cina, sebelum keluar gate sangkutkan semua masalah kat pagar sekolah, jangan di bawa balik
rupanya betul petua jiran ku itu.
mana tidaknya..calon SPM kelas seni akhir selalu menguji kesabaran aku. Bila ku suruh siapkan kerja kursus, mereka akan jawab begini

Cikgu, u angkat lah itu markah, kami tak mau. kita kasi u percuma itu markah
Belum lagi dengan gelagat menyanyi dan bersembang kuat2. tapi lately masalah ni sudah berjaya aku selesaikan. caranya mudah je
Oleh kerana art room kami terletak jauh dari kelas2 lain, maka apa lagi...

kata cikgu lan > amboi..disco cina
Memang mereka suka sangat dengar radio Hits 1 FM siaran Cina. Semuanya akan senyap dan khusyuk melukis sambil menyanyi. Siapa2 yang cuba buat bising, kalangan mereka sendiri yang akan sound check tepat kat radio tak bertapis tu.
Maka tugas ku pula lah sedaya upaya memupuk kecintaan mereka kepada dunia seni
Pada mereka bilik seni ini ialah "pelarian"kepada kebosanan belajar ilmu2 buku.
Alhamdulilah, yang nakal2 dapat sudah ku jinak kan walau tidak 100 persen
aku nak bila mereka melangkah masuk ke bilik ini mereka akan happy
aku seorang guru yang sporting, tapi sporting ku ada batas...kalau aku angin, memang puting beliung tu akan keluar sampai ke telinga kelas lain
Bilik seni tempat mereka meluah perasaan dan bersosial juga
tempat menjalinkan persahabatan yang akan menjadi satu kenangan yang indah
boleh juga di katakan tempat bersantai
anak2 murid ku semua
cikgu nak lihat kamu berjaya dan gembira

hayatilah persahabatan seikhlas yang mungkin
kadang kala kita tidak sangka ada orang lain juga yang sayangkan kita
seperti ketua kelas dan penolong cikgu ni, sorang yang rajin sorang lagi ni malas sikit..
yang lain2 tu sila lah beri kerjasama ya, jangan asyik nak gembira hingga lupa tanggungjawab untuk belajar
cikgu2 kamu ni semuanya hebat2 dan baik belaka
walau pun kita berlainan bangsa itu tidak pernah menghalang kasih yang terjalin
apa tah lagi cikgu bahasa inggeris yang kamu semua suka buli ni, jangan nakal sangat..
apapun............. cikgu ucapkan terima kasih kepada anak2 cikgu yang manis,manja dan nakal sebab sayangkan cikgu2 semua
Semoga tahun ini tahun berjaya untuk kita semua, dan cikgu ucapkan selamat maju jaya kepada semua warga pendidik dan anak2 didik Malaysia. Yakin Boleh!