Monday, September 28, 2009

Raja Sculpture

KARYA RAJA SHARIMAN


Raja Shariman memberi taklimat ringkas pembuatan arca pada tetamu seninya

Satu petang Sabtu waktu redup2, Boss Techno ( Ibrahim Don aka my man) telah membuat lawatan keterujaan bersama anak2 buah Unimas ke Tanah Tuan Kedawung Bukit Chandan kepunyaan Raja Shariman Budak AD85 ( main teka je ni)

Saya hanya ingat Raja Shariman adalah adik Raja Norshiba Budak AD83 (Textile)

Raja Sculpture Malaysia ini adalah seorang Raja yang berjiwa rakyat walau pun beliau adalah dari golongan bangsawan. Setiap kali berbicara dia akan membahasakan dirinya man. Saya biasa lihat man kat Ad tapi masa tu hanya sekilas pandang saja, memang tak sangka man menjadi seorang yang hebat pada hari ini.


Selama 15 tahun bermaustautin di Selangor, saya hanya mengenali Raja Shariman menerusi karya2 hebatnya di Balai Seni Lukis Negara. Penghijrahan kami ke Perak, peluang mengenalinya menjadi mudah.


Keperibadiannya sangat sederhana, merendah diri, tenang dan senyuman sentiasa mengiringi tutur katanya. Sikapnya yang paling saya kagumi, beliau sangat mengasihi bondanya. Setiap kali jumpa man samada di pasar tani, pasar malam, ceramah2 seni dan masjid2, man sentiasa bersama isteri dan bondanya. Sambil berjalan, man akan memegang tangan sambil berbual mesra
Raja Shahriman, kamu adalah hamba Allah yang hebat. Akak doa moga man berjaya didunia dan di akhirat.Amin



Velan budak Johore dengan work Raja Shariman

Student Unimas ( Practical di Techno Ceramic)

Duduk dari kiri : Akhbar ( Sabahan) , Velan ( Johorian)
Belakang dari kiri : Rashid ( Sarawakian), Reza ( Pahang)


STUDIO RAJA SHARIMAN BUKIT CHANDAN , KUALA KANGSAR, PERAK


Depan : Unimas ( Fine Art & Ceramic )
Belakang : Amri, Azani, Ibrahim Don dan Tuan Tanah Studio

























































6 comments:

  1. DEkni..ingat tak, masa kita ATD Raja Shariman ni Final year...karya dia yang uda masih ingat ada kaca-kaca pecah dan benda-benda yang tajam...kita berdua sama-sama ronda melihat hasil karya mereka masa diploma show.

    ReplyDelete
  2. Ingat..dan betapa geramnya kita lihat work budak2 fine art yang besepah2 di celah tangga dan studio di tinggal cam nak bagi kita jer..hehe.

    Uda, sapa nama batch atd kita si misai hensem hitam manis tinggi ganteng tu.Ingat lagi dia menayang2work final year fine artnya yg di sorok belakang pintu turun ke IDE. Tah kat mana mamat tu sekarang. Mesti jadi cikgu gatal yg romantis.hahaha...

    ..dan sampai hati Don dok senyap je x komen apa kat blog kita ek..terok sangat ke kita ni sampai Don tak kenal. Sabo je Don Juan tu.A. lenon kalau terbaca komen ni kim salam banyak2 kat Don cikgu kedah tu..awat x kenai kami..

    ReplyDelete
  3. Dekni,
    Nice posting about the humble sculptor.Dia nak buat solo kat petronas galeri okt ini.
    Keep it up Dekni!

    InsyaAllah nanti saya sampaikan salam pada Don

    ReplyDelete
  4. Tenkiu la A Lenon . memang abg senior ad yang sejati. u ni wat dekni teringat kebaikan mu masa dok ragging kami.

    ReplyDelete
  5. galeri seramik tak cerita ke azni...ramai ke student yg praktikal kat situ

    ReplyDelete