Tuesday, March 8, 2011

Gunting rambut dan bawa kot



Pic aku dan Mr Tung Pengetua Tsung Wah 8hb March 2011
Pic di snap oleh sifu foto ~~ terima kasih cikgu Hayati :-)

Di satu petang minggu lepas..

.."kak midah...Mr Tung ada tak..

..Mr Tung tak de, dia pergi meeting di PPD

...la ye ke..ni..saya nak mintak tolong... nanti akak tolong talipon Mr Tung, esok datang sekolah.. . suruh dia siap2 gunting rambut dan bawak kot sekali. Cakap dengan dia cikgu azni suruh.

..nak buat apa cikgu?

..untuk sesi foto..

..dia tau tak?..

..tak..ni pandai2 saya dengan cikgu Rosli je..
kan Mr Tung dah nak bersara..kesian kat dia tak bergambar lagi kat sekolah pakai smart2, tau2 nanti dah habis tempoh jadi Pengetua kita.

..betul jugak tu cikgu, baik nanti kak midah talipon, kak midah kata azni yang suruh.

..boleh,,guna je nama saya

~~suara2 di belakang~~ ala..apak tak kan kata apa punya..dia ikut cakap cikgu azni, dia percaya cikgu azni. ( orang pejabat panggil Mr Tung apak aka ayah )

aku gelak dalam hati..sebenarnya pada aku boss aku ni manusia biasa macam kita, yang ingin kan perhatian dan di puji. Jadi dia memang selayak dapat credit yang sepatutnya atas segala usaha yang telah di lakukan pada sekolah.

Pagi tadi cikgu yati jumpa aku dan tanya..

Azni, Mr Tung tau tak apa2...bila nak ambil..kat mana..

..dia tak tau

..oo..padan lah..bila saya tanya, dia kata..Azni suruh gunting rambut dan bawa kot, itu saja saya tau.

((((((( haha...azni..azni..pandai betul mengarah boss )))) macam bagus je aku ni kan..

Sebenarnya aku ni berani je, yg lain berani gak..tapi berani2 takut.. cikgu Yati macam aku juga, seorang yang berani dan tolong buat keputusan2 kecil untuk membantu pengisian jiwa sekolah.

Sehari sebelum itu, aku booking dengan Puan Ng untuk buatkan relief buat cikgu Hayati. Manakala seorang lagi sifu foto iaitu cikgu Rosli akan join sekejap pada pagi itu, kerana beliau mempunyai tugas di luar sekolah. Aku tak dapat ikut sesi kerana jadual kelas yang padat.

Pic aku dan boss yang kat atas tu di ambil kira2 jam 9.00 pagi masa aku menghala ke blok library. Sempat dia tahan aku dan ajak bergambar kenangan.

Kira2 jam 1.00 tengahari aku di panggil masuk ke pejabatnya. Sambil tersenyum Mr Tung minta aku create badge makan malam meraikan persaraaannya anjuran lembaga pengelola sekolah.

Lepas bincang apa yang patut, beliau ucapkan terima kasih pada aku kerana mengaturkan sesi fotografi hari ini. Beliau seorang yang pandai menghargai orang2 yang bekerja, masa itu ku lihat matanya berkaca2 dengan genangan air mata. Melihat keadaan yang sedih itu lalu aku cepat2 minta diri untuk menyambung kerja.

Terima kasih kawan2 ku, sesungguhnya dengan kerjasama serta rasa cinta yang begini lah akan meninggalkan satu kenangan terindah bukan sahaja kepada diri yang di raikan tetapi pada insan2 yang sudi menyentuh jiwanya.

Kepada Mr Tung, rindu2 kelak, lihatlah pada detik2 indah yang terakam itu.

Selamat maju jaya ku ucapkan dan semoga fit selalu.

2 comments:

  1. pasal sesi bergambar atung dalam bilik dia ni buat anis ngan chua kah heng panic dalam bilik komputer. apa tak nye sat sat nampak cam kilat sat sat ade lagi kilat. takut + suspen tengok kat suis/plak tak de nampak percikan letrik. rupa2nya ade sesi fotografi d bilik bos.

    ReplyDelete