
sifu yang tidak banyak bercakap tetapi banyak bergerak
pagi itu mereka berlatih dengan tekun
supaya persembahan jam 11.00 pagi kelak berjalan dengan lancar
Fokus dan konfiden..mungkin itu yang di kata oleh sifu pada anak didiknya

Wajah stuntman Tsung Wah tanpa topeng singa, yang di sebelah kiri sekali ialah ex student tahun 2010 manakala yang 3 orang lagi masih bergelar pelajar
Gema gendang tarian singa menandakan satu persembahan hebat akan berlangsung
Suasana ketika itu sungguh berfokus dan masing2 memberikan tumpuan yang tidak berbelah bagi
Gambar2 ini hasil gabungan dari 2 kamera Compact dan 5 kamera DSLR

Aku mengambil masa untuk menyusun gambar dari 7 kamera yang berbeza
Lihatlah itu, dari 1 kamera yang ku "crop' supaya dapat di lihat lebih jelas kehebatan pelagak2 singa
untuk dapat 'capture" seperti ini mesti ada mata yang tajam dan tangan yang tangkas memetik pemicu kamera
Hebat dan penuh yakin mereka melompat..yang penting tenaga dan fokus mereka sangat kuat dan tajam
Setiap jurufoto mempunyai sudut pandangan dan cita rasa yang berbeza
ada yang suka mengambil sudut pandangan dari jauh
ini antara 'capture" yang aku minati kerana dalam gambar itu ada karektar dan cerita di belakang tabir
ini ialah pic original sebelum di "crop"
'angle" dari sudut 'eye level"
dari pandangan "bird view"
Tarian singa adalah tarian tradisional dalam adat warisan kaum Cina
...ia di iringi sekumpulan pemuzik yang akan memainkan perkakasan alat muzik tradisional kaum Cina
Kesinambungan penari, pemuzik, penonton dan jurufoto melengkapkan sesuatu majlis yang diraikan
Pelagak tarian singa akan menggunakan sepenuh kreativiti untuk menggerakkan kepala, badan serta bahagian belakang kostum
Dalam sesuatu tarian ada jalan ceritanya yang tersendiri

Acara yang padat tidak membolehkan aku untuk bertanya2 pada sifu sang singa apakah cerita di sebalik persembahan mereka
tapi aku dapat melihat dengan jelas dari salah satu kamera ,ekspresion sebenar di sebalik kehebatan tarian ini.


Jelas di sini ~~penghayatan watak adalah sangat penting untuk satu persembahan yang hebat
walaupun aku tidak tahu jalan ceritanya, tapi ia cukup untuk aku mentafsirkan penceritaannya yang tersendiri
aku tidak perlu mempengaruhi pembaca jalan cerita tarian, kerana apa yang di lihat tidak sama apa yang di fikirkan
Mereka kelihatan sangat comel di lihat dari jarak dekat
... sedang berkira2 untuk memulakan aksi


Begitulah..
Setiap yang bermula
akan ada akhirnya..

Walau apa pun yang kita lakukan dalam hidup
sudah pasti ada banyak cabaran serta rintangan yang perlu kita tempuhi
sebagaimana pelagak2 tarian singa ini
Kehidupan ini bermula dengan sesuatu yang asing, dan di mahirkan melalui latihan dan pengalaman
seperti bidang pendidikan atau apa juga pekerjaan mesti lah dengan minat, di ikuti dengan fokus
serta ketajaman hati serta keikhlasan budi
di sulami dengan sentuhan kreativiti
dan yakin diri
tanpa melupakan siapa yang ada di sekeliling, yang menjadi sesuatu yang kita lakukan dengan penuh minat menjadi sekalung budi, seikhlas hati di dalam jiwa kita
pasti sesuatu yang baik di lakukan dalam kehidupan akan di akhiri..
dengan satu penghormatan
serta kenangan
yang di tinggalkan..
tetapi tidak di lupakan

Begitu juga dengan diri ku, yang sentiasa mengenang beliau sebagai seorang pengetua yang bergaya, berkarekter, istemewa dan unik.
till we meet again
Terima kasih sudi singgah
seperti selalu..
ReplyDeletesatu dokumentasi amat bernilai..sentuhan persembahan sarat dengan daya kreatif..gaya catatan bersahaja menyentuh jiwa pembaca..semangat kerja berpasukan tinggi yang cemerlang..
tidak semestinya profesional untuk menghasilkan satu kerja dan produk berharga..formaliti juga bukan lesen menghasilkan kerja berkualiti..
semuanya telah dibuktikan oleh manusia bernama dekni..he he he congrat..
Teacher...blog yg teramat sempoi ..saya suka..namun sedikit komen bagi memantapkan blog teacher ini. kalau teacher boleh buka satu akaun dengan sesawang fotopages lagi best..jadi semua gambar yang diambil teacher boleh simpan di fotopages dan di blog ini teacher boleh tumpu kan sepenuh nya dengan hasil nukilan teacher, pada yang sama teacher juga boleh masuk kan sekali "link" fotopages pada entri baru setiap kali ada gambar terbaru telah dimuat turun ke akaun fotopages teacher.
ReplyDeletesalam bro mad tukang gambar profesional,
ReplyDeleteTerima kasih sudi singgah dan tinggalkan sekuntum bunga. Walaupun mengambil beberapa hari mengedit pic dari 7 kamera, ia satu kepuasan bagi sang pencerita. Semalam yang berlalu dengan pantas terlipat dalam memori yang kian pudar di telan waktu.
Maka bagi kisah2 yg ada "value" haruslah di patei dengan satu garapan yang mudah tapi penuh bermakna.
c u in next entry, ceria2 selalu
Durian,
ReplyDeletesedap gak nama budak durian ni. Teacher ni ol style. orang lama. Ada juga teacher lihat blog yg guna cara yg di kata itu.
Oleh kerana ram teacher ni jenama lama, maka pick up pun bukan up 2 date cam kumpulan durian di Dubai,. tq follo teacher. ceria2 selalu
Dekni .. satu perkara yang uda nak puji tentang guru-guru sekolah Dekni ni mereka ni.. sporting.. sama-sama pikul kamera, ,, shooting event yang berjalan..
ReplyDeletekalau kat sekolah uda... kalau tak guru fotografi ( hanya bawa kamera compak ...) .. uda aje laa yang menyebok diri tangkap gambar.. kalau ada pun sorang lagi cikgu pun bawa compak digital juga.. ...
Kadang-kadang terasa malu juga heheh almaklumlaa... badan dah sebesar skrin tv lcd.. tapi sayang kalau tak diambil gambar....tapi at last mereka cari dengan uda juga gambar-gambar tu...
tak mengapa uda, teruskan usaha murni uda tu, kita buat dengan niat nak merakam sejarah dan sharing dengan seberapa ramai yang ingin melihatnya.
ReplyDeletekat TW, boleh di katakan cikgu2 muda majoriti ada compact camera, yg otai2, 3 yg memiliki DSLR, semuanya kerana hobi dan minat. Jika dah upload photo di laptop, ramai pula yang mengerumuni dan gelak ketawa ria bersama. Unik sungguh TW :-)