Sunday, May 8, 2011

Merancang majlis perpisahan untuk boss

Kisahnya..sekitar awal bulan April 2011

Azi, ema, jom kita buat majlis kat hotel untuk Mr Tung,.nak tak ?
.......kami no problem, ok je, sapa nak in charge?

Kita lah.. Serentak azi n eyma jawab : Kita ?...ngeh3,..ok je jom

Azni > Yati,. saya rasa kita perlu buat satu majlis yang sempurna untuk Mr Tung,macam tak de apa yang special untuk dia,..tak best rasanya

Yati > Ye lah azni,..saya pun rasa yang sama, kita ni lepaskan Mr Tung macam tu je,..hari tu tak sempat nak cakap betul2 kat dia,..saya setuju, azni beritahulah apa yang patut saya buat.

Azni > Zainurin,.akak nak mintak tolong ni,,kau tolong risik kat Mr Tung,..kami nak buat satu majlis untuk dia kat hotel di Ipoh,, dia nak tak.

Zainurin > Ok nanti saya khabo kat Mr Tung

Esoknya..

Kak Azni, Mr Tung setuju, cuma dia kata agak terkejut ada lagi yang ingat dan nak buat majlis untuk dia walau dah bersara. Mr Tung kata beritahu jumlah kos dan dia akan bayar semua.

Azni > Eh,.merepek je Mr Tung ni, kita nak rai dia, buat pe pulak dia nak bayar..tak pe lah nanti akak talipon dia

Zainurin > Elok lah tu, kak tanya tarikh yang sesuai, sebab dengar2nya Mr Tung nak ke Eropah.
Sekitar jam 3.00 petang

Hello..Mr Tung,. saya Azni. Apa Khabar,..maaf sebab menganggu,. adakah ini masa tidur Mr Tung?

No lah,. saya mana tau tidur petang, my jogging time is at 5,.yes azni, anything you want to say to me?


........................

Selang beberapa minggu selepas itu,....helllo Mr Tung, u free tak lepas jam 2.00 ni,. saya nak pergi rumah Mr Tung serah surat jemputan, agenda majlis dan senarai menu.

OK, Iam free, are you free,.then ask Hayati,Wan, Annie or who else can come,. we have lunch together,.saya belanja.

Ok, then we meet at Rest House,. see u there,.thank you Mr Tung.

Dalam pertemuan itu Mr Tung seperti biasa dengan sikapnya yang ramah tamah dan bertanya2 juga perihal sekolah . Selepas perbualan santai maka kami mendapat persetujuan bersama bahawa beliau akan memberi sejumlah sumbangan besar Ringgit Malaysia,.bukannya membayar keseluruhan kos majlis Hi Tea Sekalung Budi Seikhlas Hati.

Sebelum berpisah Mr Tung mengucapkan ribuan terima kasih dan berkali2 menyatakan perasaannya tersentuh dengan penghargaan yang diberi.
Mr Tung Chon Huat, Hayati dan Annie Suraiya
Aku lihat boss ku ini kelihatan agak kurus dari biasa,. mungkin kerana kini beliau mempunyai banyak masa untuk bersenam sebelah pagi dan petang.
Dalam perihal mencari hotel yang menawarkan best price, menu, lokasi dan halal, aku menyerahkan tugas ini kepada Azila. Beliau ni memang cekap dalam hal2 ini dan kadang kala aku terfikir alangkah bagus jika Azi menceburkan diri dibidang human relation seperti menjadi PR atau event manager kerana beliau betul2 enjoy dan menjiwai kerja2 seperti ini.

Manakala untuk eyma pula aku serahkan hal ehwal pengurusan duit serta kutipan bayaran. Bab2 seperti ini eyma memang cekap memandangkan eyma ialah guru Matematik.
Keserasian aku bekerja dengan Azila, Eyma dan Hayati itu menyemarakkan diri aku untuk menganjurkan Majlis Sekalung Budi Seikhlas Hati.

Ditambah lagi dengan sikap sebahagian besar rakan2 guru yang memberi sokongan penuh agar majlis yang dirancang pada 7hb Mei itu dapat direalisasikan. Terima kasih pada semua kawan2ku,. tanpa mereka tak mungkin semua ini akan berlaku.
Tema majlis itu sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat...

SEKALUNG BUDI SEIKHLAS HATI

lahir dari diri insan2 tanpa mempunyai apa2 agenda di sebaliknya,. seperti mana kita megikhlaskan diri untuk menaburkan bakti semasa mendidik anak2 sekolah.

Walaupun kadangkala dalam kehidupan kita menghadapi cabaran dan dugaan,. serta mencalarkan hati kita dalam tempoh berurusan dengan mereka2 yang bernama manusia.

Sebagaimana yang kita maklum dalam diri kita sendiri tidak ada kesempurnaan, ada kelebihan dan juga kelemahan diri,. namun sedaya upaya kita cubalah mengikhlaskan diri dalam mencari keRedhaanNya.

Bersambung...

No comments:

Post a Comment