Monday, June 27, 2011

Perbarisan Kontingen Temasya Olahraga ke 47 SMJK Tsung Wah 2011

Johan keseluruhan perbarisan 2011
Unit beruniform Bulan Sabit Merah SMJK Tsung Wah

Sedang aku ingin memetik pemicu kamera semasa acara tarik tali akhir,.tiba2 kamera ku jam..

wah..kenapa ya,.adakah lens aku rosak atau sangkut, selepas ku cuba beberapa kali maka ku lihat jumlah gambar yang ku ambil dari jam 8.30 pagi menjelang 12 tengahari sudah maksimum iaitu 1,161 keping gambar.

maka itulah aku yang suka mengambil gambar dan di akhir sports day pada hari itu,. dalam beg kamera ada 1 memory card 4G yang boleh ku gunakan sekiranya kehabisan ruang.

Sekian,. terima kasih sudi singgah. jumpa lagi dilain waktu

Sunday, June 26, 2011

Temasya Olahraga ke 47 Tsung Wah 2011

Hari ini hari sukan sekolah Tsung Wah yang ke 47Athlit rumah biru kebanggaan kami. Lihatlah muka ceria mereka yang baru menamatkan larian baton 4 X 100meter dan dapat tempat pertama.

Aku menyayangi warga rumah biru yang banyak melancarkan perjalanan rumah dibawah jagaanku tahun ini. Terima kasih ..cikgu sayang kamu semua ))) Soal menang kalah tidak penting padaku, yang paling utama semua orang gembira untuk bersukan.
Semoga berjumpa di klip video Temasya Kejohanan Olahraga tahunan ke 47

Wednesday, June 22, 2011

aku sayang mereka dengan cara ku

Cikgu Azni dan 2 pelajar lelaki dari tingkatan 4A3. Ini merupakan tahun ke 4 aku di Tsung Wah

Semakin lama aku berada di Tsung Wah, perlahan-lahan aku memahami gaya dan corak pemikiran anak2 cina.
Sebagai seorang guru, satu cara untuk berkongsi perasaan "we are Tsung Wah " aku akan merakamkan gambar kenangan semasa mereka beraktiviti di sekolah. Sekiranya ada masa, aku berusaha membuat video dari gambar tersebut.
Aku memandang pelajar dengan mata ku yang kasih, Aku sayang mereka dengan hati yang ikhlas tanpa mengharapkan apa2 balasan.
Kadang kala mereka seperti 'menjarak " diri dari ku atas alasan malu,. namun aku berusaha menghampiri mereka dengan gaya ku yang bersahaja. Boleh di katakan pelajar TW mengenali diri ku melalui platform Facebook kerana aku akan berkongsi gambar2 aktiviti TW di laman sosial itu.
Sememangnya mereka menghormati diri ku walau pun aku tidak pernah mendidik mereka. Ini dapat di kesan dengan perkataan "laoshi/cikgu" dari mulut mereka apabila terserempak dengan diriku, sambil menunduk kepala tanda hormat. Aku menghormati dan menyayangi pelajar yang pandai hormat pada guru.
Sekiranya aku ada masa, aku akan berbual2 hal2 biasa bersama mereka. Walau pun aku berbangsa Melayu,. namun perasaan sayang aku sebagai seorang guru pada pelajar adalah tidak mengira kaum dan agama.

Semoga Tuhan beri aku kesihatan dan keimanan yang tinggi untuk mendidik mereka menjadi manusia yang berguna melalui cara ku yang tersendiri.



Monday, June 20, 2011

menjelang 100 tahun Tsung Wah

Encik Tan Geok Aun
Penolong kanan HEM SMJK Tsung Wah

Kisahnya..15 Jun 2011

Cikgu Tan > Puan Azni,.saya nak minta bantuan cikgu sekiranya tidak menjadi keberatan.
Bolehkah cikgu azni membantu pihak sekolah mengambil gambar bangunan sekolah yang terbaharu untuk pameran 100 tahun Tsung Wah bersejarah.

Is it ok for you ?

Aku memandang cikgu Tan dengan mata ehsanku. Mana mungkin aku tidak membantu lelaki yang aku kagumi ini. Tambahan beliau merupakan ketua yang ku hormati.

Pada pagi khamis 16 Jun 2011 dari jam 7.30 pagi hingga jam 8.40 tanganku pantas memetik pemicu kameraku. Langit Tsung Wah pagi itu sungguh indah. Dalam tempoh itu aku mendapat 200 keping gambar dan tugas mengedit gambar brmula malam itu.

Pagi Jumaat , aku mengadap pc di bilik komputer dan print 50 keping gambar black and white dengan laser jet. Jam 10 pagi aku serah kepada cikgu Tan untuk dibawa ke meeting 100 tahun TW dengan pengelola sambutan yang melibatkan tadika TW, SRK TW, SMJK private TW dan SMJK TW.

20 Jun 2011..

jam 7.20 pagi cikgu Tan memanggil ku

Cikgu Azni, what time you free?

..I'am not sure ..why

Selesai kelas,.. pantas kaki ku mengejar langkah panjang lelaki itu berjalan ke library

.................sambil menganggukkan kepalaku dan memandang Mr Tan dan Mr Chong Chee Sian

ok., cikgu Chong,. nanti u tolong scan picture lama bangunan Tsung Wah dan print. Kak azni akan snap picture baru menghampiri angle yang diambil berpandu dari picture lama ini

Cikgu Azni, sorry to burden, thank you very much for helping the school

ok Mr Tan, no problem,. I try my best,.. Chong, terima kasih tolong akak.

Tengahari tadi....

cikgu azni,. here the foto.

ish..Chong, cepatnya,. terima kasih banyak ya.

sambil melemparkan senyuman Chong membalas > sama-sama

Tsung Wah 100 tahun, betapa bertuahnya aku untuk melihat sejarah yang bakal terpahat

Wednesday, June 15, 2011

Tsung Wah art club

There is one thing one has to have: either a soul that is cheerful by nature, or a soul made cheerful by work, love, art, and knowledge.

Tuesday, June 14, 2011

my way TUNG CHON HUAT AMP

video untuk majlis sekalung budi seikhlas hati yang diadakan pada 7 mei 2011 di Heritage Hotel Ipoh. Terima kasih kepada cikgu Rosli dan cikgu Hayati untuk koleksi gambar. Masa ni baru belajar dengan Azila cara2 guna movie maker.

Terima kasih Azi :-) jasamu dikenang


Friday, June 10, 2011

Perjalanan menjaring Matahari AD83


Dedikasi untuk rakan AD83 sebagai tanda kenangan persahabatan