Monday, June 20, 2011

menjelang 100 tahun Tsung Wah

Encik Tan Geok Aun
Penolong kanan HEM SMJK Tsung Wah

Kisahnya..15 Jun 2011

Cikgu Tan > Puan Azni,.saya nak minta bantuan cikgu sekiranya tidak menjadi keberatan.
Bolehkah cikgu azni membantu pihak sekolah mengambil gambar bangunan sekolah yang terbaharu untuk pameran 100 tahun Tsung Wah bersejarah.

Is it ok for you ?

Aku memandang cikgu Tan dengan mata ehsanku. Mana mungkin aku tidak membantu lelaki yang aku kagumi ini. Tambahan beliau merupakan ketua yang ku hormati.

Pada pagi khamis 16 Jun 2011 dari jam 7.30 pagi hingga jam 8.40 tanganku pantas memetik pemicu kameraku. Langit Tsung Wah pagi itu sungguh indah. Dalam tempoh itu aku mendapat 200 keping gambar dan tugas mengedit gambar brmula malam itu.

Pagi Jumaat , aku mengadap pc di bilik komputer dan print 50 keping gambar black and white dengan laser jet. Jam 10 pagi aku serah kepada cikgu Tan untuk dibawa ke meeting 100 tahun TW dengan pengelola sambutan yang melibatkan tadika TW, SRK TW, SMJK private TW dan SMJK TW.

20 Jun 2011..

jam 7.20 pagi cikgu Tan memanggil ku

Cikgu Azni, what time you free?

..I'am not sure ..why

Selesai kelas,.. pantas kaki ku mengejar langkah panjang lelaki itu berjalan ke library

.................sambil menganggukkan kepalaku dan memandang Mr Tan dan Mr Chong Chee Sian

ok., cikgu Chong,. nanti u tolong scan picture lama bangunan Tsung Wah dan print. Kak azni akan snap picture baru menghampiri angle yang diambil berpandu dari picture lama ini

Cikgu Azni, sorry to burden, thank you very much for helping the school

ok Mr Tan, no problem,. I try my best,.. Chong, terima kasih tolong akak.

Tengahari tadi....

cikgu azni,. here the foto.

ish..Chong, cepatnya,. terima kasih banyak ya.

sambil melemparkan senyuman Chong membalas > sama-sama

Tsung Wah 100 tahun, betapa bertuahnya aku untuk melihat sejarah yang bakal terpahat

No comments:

Post a Comment