Wednesday, September 21, 2011

Mr Tung yang masih kami ingati

cerita Sekalung Budi Seikhlas Hati 7 Mei 2011 yang masih tertangguh

Sebuah catatan yang masih tidak ku selesaikan.... beliau seorang boss ku yang terkesan di hati atas keserasian aku bekerja dengan nya. Walau pun Mr Tung seorang berbangsa Cina dan merupakan Pengetua ku yang pertama di SMJK (C), namun cara beliau menangani isu serta permasalahan dengan pantas membuat kan aku masih mengingati beliau sebagai pengetua yang baik.

Kata orang..yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti, namun di sebahagian hati kami yang biasa melihat gelombang cara Mr Tung bekerja, sepakat menyatakan bahawa tidak akan ada yang sama seperti beliau. Sikapnya yang sangat 'transparent" dan out spoken, sememangnya sangat terkenal di kalangan warga Tsung Wah. Seperti mana aku, tukang kebun kesayangannya yang bernama Pak Busu terasa sangat kehilangan beliau. Ada aku mengusiknya, sesekali datanglah ke sekolah menjengok kami. Ada-ada saja jawapannya yang mencuit hati.

Mr Tung, kami kenang Mr Tung sebagai boss yang istemewa, semestinya aku perlu menyelesaikan blog SEKALUNG BUDI SEIKHLAS HATI yang telah lama berlalu. Semoga saja mantan pengetua ku ini sihat-sihat belaka dan gembira menghabiskan masanya dengan banyak perkara yang ingin beliau lakukan dalam hidup.

No comments:

Post a Comment